SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Datang kepada semua pelajar ke Semester Jun-November 2009


Selamat datang kepada semua pelajar ke IPGM Kampus Perempuan Melayu bagi semester Jun-November 2009. Untuk makluman semua pelajar, bagi semester ini saya akan mengajar tajuk PJM3102 Pergerakan Asas. Kepada semua KU PK 2, PK 3, PK 4 dan Matematik diharap dapat menyemak jadual waktu interaksi di papan Jadual Waktu Induk (Anjung Hikmah) bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tajuk ini memerlukan pelajar menjalani aktiviti amali dan teori sepanjang semester Jun-November 2009. Oleh itu, pelajar diharap dapat menjaga kesihatan agar tidak terganggu ketika menjalani kursus ini. Namun jika terkena penyakit berjangkit luar jangka harap pastikan mendapat rawatan sewajarnya dengan hospital kerajaan. Surat sakit asal juga mesti disertakan apabila diminta oleh Jabatan PJK.

Program Pendidikan Luar







Program Pendidikan Luar bagi unit KDC KDPM SABK ambilan November 2007 dan KDC KDPM KEMAS ambilan Mei 2008 (44 orang pelatih) dari 28 Mei - 1 Jun 2009. Manakala Program Pendidikan Luar bagi unit KDC KPLI Pendidikan Khas (82 orang pelatih) ambilan November 2008 akan dijalankan pada 15 - 18 Jun 2009 akan diadakan di Kem Kambau Pulau Sibu Johor. Selamat Menjalankan Aktiviti. Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian.

Konvokesyen IPGM Kampus Perempuan Melayu 2009






Konvokesyen IPGM KPM pada 28 Mei telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mendapatkan Diploma dan sijil mereka. Majlis itu telah di rasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim. Unit Praktikum juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan Pensyarah serta Staf IPGM yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut. Kerana itu Majlis Jalinan Mesra telah diadakan untuk semua. Tahniah kepada semua graduan dan Selamat menjalankan tugas di mana juga anda berada.

Posted in Labels: | 0 comments