SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Kemerdekaan dari persepsi Islam.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 kepada semua rakyat Malaysia.
Renungkanlah . . .

Pengertian kemerdekaan negara dari sudut politik bolehlah difahami dimana sesebuah negara memperolehi kebebasan untuk rakyat tempatan memerintah dan menentu bentuk penyusunan serta agenda pembangunan negara.

Negara kita pernah ditakluki oleh beberapa kuasa besar sejak tahun 1511. Bermula dengan Portugis dan disusuli oleh Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali balik kepada Inggeris sehingga Malaya mencapai kemerdekaan dari Inggeris pada tahun 1957, dan seterusnya kewujudan Malaysia pada tahun 1963. Negara di takluki dan dijajah kerana kita pada waktu itu tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan negara dari pencerobohan penjajah. Kita lemah dalam pelbagai aspek berbanding dengan mereka, termasuk dalam ketenteraan dan ekonomi. Justeru itu adalah suatu pengajaran untuk kita ummat Islam pada masa ini, membina kekuatan termasuk kekuatan kerohanian dan juga kekuatan fizikal untuk membolehkan kita mempertahankan kemerdekaan dan seterusnya mengisi kemerdekaan mengikut acuan dan matlamat kita.

Dari sudut Islam, kemerdekaan bagi sesebuah negara dicapai apabila kepimpinan kerajaan mampu menerajui pemerintahan negara dengan berasaskan pendekatan Islam. Dengan kata lain kita mampu menyusun kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan berpandukan ajaran Islam. Bukan sahaja kita bebas dari penaklukan fizikal penjajah tetapi juga kita bebas dari penjajahan ideologi ciptaan manusia dalam mengendalikan pemerintahan negara.

Pengabdian kepada Arahan Allah s.w.t. bermaksud kerajaan sesebuah negara dapat dan mampu menyusun dan membangun negara untuk mewujudkan sebuah peradaban masyarakat yang berasaskan prinsip agama. Justeru itu negara memerlukan kepada barisan kepimpinan kerajaan yang berwibawa dan bertrampilan.

Kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Al-Rasyidin (the Most Guided Caliphs) adalah disebabkan mutu kepimpinan mereka yang luar biasa. Disamping mereka memiliki ikatan keimanan yang jitu dengan Allah s.w.t. dengan menghayati nilai kebenaran, menegak keadilan dan memupuk kasih sayang dikalangan ahli masyarakat, mereka turut berkemampuan membina kemuafakatan rakyat melalui pengubalan Perlembagaan Madinah serta menaikkan taraf hidup rakyat sehingga di zaman khalifah Umar Al-Khattab, Kerajaan Islam telah berkembang dengan besarnya.

Kejayaan pemerintahan mereka di asaskan kepada kemampuan mereka menghayati prinsip pengendalian negara, berpandu kepada prinsip al-Quran, iaitu prinsip al adl wal ihsan (memupuk keadilan dan kasih sayang dikalangan umat manusia).

Dalam surah An Nahl: 90, Allah s.w.t. berfirman:
إن الله يأمر بالعدل والاحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون
Maksudnya: ²Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran².

Prinsip Al-Quran ini sangat tepat dalam penyusunan masyarakat bernegara dan ia patut diterjemahkan dalam kesemua perkara dalam pengendalian negara. Contohnya, dalam pengurusan ekonomi bernegara, keadilan ekonomi yang menepati prinsip al-'Adl membawa pengertian yang mendalam. Secara ringkas, beberapa ciri berikut dapat menjelaskan bahawa keadilan akan terlaksana dalam penyusunan sesebuah sistem ekonomi:

Pertama, setiap individu sebagai pemegang amanah Allah berhak memiliki harta dan berusaha semoga harta tersebut sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi melalui pencetusan kegiatan ekonomi. Kerajaan melalui Dasar fiskal dan kewangan perlu menjana kegiatan ekonomi pada tahap yang tinggi pada tiap masa semungkin. Sektor swasta turut bertanggung jawab mengambil dan mencetus peluang untuk menjana pembangunan ekonomi negara. Melalui pencapaian penjanaan kegiatan ekonomi, kestabilan ekonomi negara seperti pencapaian gunatenaga penuh, kestabilan paras harga dan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang mampan akan tercapai. Ini memungkinkan rakyat menikmati taraf hidup yang tinggi secara berpanjangan.

Kedua, setiap individu diberi kebebasan dan peluang yang adil dalam menceburi dalam setiap urusan ekonomi. Tidak ada golongan yang boleh menggagalkan kebebasan ini. Negara dengan itu mempunyai tanggungjawab dalam menjamin bahawa kesaksamaan peluang ekonomi ini benar-benar dapat dilaksana.

Ketiga, setiap individu dapat memenuhi keperluan asasinya yang mana, tanpa keperluan tersebut, ia akan menjejaskan kebajikannya dan seterusnya masyarakat.

Mengikut Imam Al-Ghazali, keperluan asasi meliputi pemeliharaan keimanan, kehidupan, intelek, keturunan dan kekayaan mereka. Negara bertanggungjawab memastikan matlamat ini tercapai melalui semua dasar-dasar yang dikemukakan.

Keempat, setiap faktor yang menyumbangkan kepada proses pengeluaran ekonomi hendaklah mendapat ganjaran yang adil dengan sumbangan mereka. Sistem pulangan yang positif kepada faktor modal dengan berlandaskan kaedah riba adalah diharamkan. Begitu dengan kaedah lain yang berunsur penindasan.

Kelima, pengembelingan sumber kekayaan negara hendaklah mengikut keutamaan keperluan rakyat semasa, setempat dan untuk keperluan zuriat masa hadapan.

Keenam, setiap bentuk pembaziran dalam pembiayaan awam atau pembaziran disebabkan ketidakcekapan yang terdapat dalam proses pentadbiran, pengeluaran, pengagihan dan penggunaan mestilah diminimakan dan jika mampu, dihapuskan.

Terlaksana prinsip-prinsip tersebut dalam penyusunan ekonomi akan terlaksana keadilan dalam pengurusan ekonomi negara.

Ekonomi kerjasama (muafakat) yang menepati konsep al-Ihsan pada hakikat yang sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi. Permulaan yang penting kepada kemuafakatan dalam penyusunan ekonomi bermula dengan ketepatan pendekatan penglibatan Sektor Awam dalam ekonomi. Ibn Khaldun dalam perkara ini telah memberi satu pendekatan yang sangat tepat dengan menasihati pemerintah semoga tidak menaikkan kadar cukai terhadap pengusaha swasta. Atau dalam kata lain pembabitan sektor awam perlu diminimakan. Beliau bimbang dan berpendapat dengan menaikkan kadar cukai ia akan mematikan keusahawanan rakyat. Pandangan ini jelas menunjukkan bahawa beliau ingin dalam sesebuah ekonomi, sektor swasta perlu diberi tempat yang penting dalam menjana ekonomi negara. Tetapi ketika ekonomi berada dalam keadaan meleset, peranan sektor awam amat penting.

Untuk memahami secara lebih terperinci kaedah penglibatan perbelanjaan sektor awam dalam penyusunan sesebuah ekonomi, Professor Nejatullah Siddiqi, seroang pakar ekonomi yang terkemuka pernah mengutarakan pendekatan seperti berikut:

Pertama, penglibatan dalam peranan kerajaan yang ditentukan oleh syariah untuk pembiayaan tetap seperti pembiayaan kepada keperluan pertahanan negara, keselamatan dalam negeri, sistem perundangan, pentadbiran awam, keperluan asasi rakyat, da'awah dan sebagainya.

Peranan ini dianggap sebagai keperluan minima untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang tersusun disesebuah negara.

Kedua, peranan pemerintah yang dirujuk dari semangat syariah di atas asas ijtihad untuk keperluan sesuatu masa dan tempat.

Oleh kerana keadaan sesebuah negara kerap berubah dan memerlukan pihak pemerintah turut sama melibatkan demi kebajikan rakyat di mana sektor swasta mungkin tidak sesuai, Islam sentiasa membuka pintu untuk ijtihad. Ini berlaku dengan jelasnya dalam negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997.

Ketiga, peranan yang ditugas kepada negara pada sesuatu ketika dan tempat oleh rakyat melalui proses syura.

Kepemimpinan negara masa kini jika mahu berkesan dan berjaya dalam memajukan negara sudah pasti perlu memahami dan menghayati prinsip al-Quran tersebut semoga mampu mengendali negara ke mercu kejayaan dalam kesemua aspek secara menyeluruh dan sepadu sehingga wujud sebuah masyarakat yang bertamadun yang diredhai Allah s.w.t. seperti kehendak al-Quran:

بلدة طيبة ورب غفور
Maksudnya: "(Negeri mu) adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun". (Saba':15)

Keberkesanan kepemimpinan negara semasa dengan itu memerlukan kepada kemampuan mereka berperanan secara berkesan. Keadaan semasa yang dipengaruhi oleh kesan sejagat dan corak hidup yang penuh bersaing memerlukan kepada kepimpinan negara yang memahami perkembangan dalam negeri, serantau dan dunia dan mampu mengendali negara semoga berperanan secara berkesan dalam suasana tersebut. Menghayati prinsip al-Quran seperti di atas tetap sesuai dan bersifat maju.

Dalam suasana semasa, Islam kembali diberi perhatian oleh umat Islam. Dalam arus kebangkitan minat masyarakat kepada Islam, golongan ilmuan Islam perlu menguasai ilmu Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. semoga pandangan hidup Islam dapat difahami secara sempurna. Begitu juga dengan prinsip-prinsip panduan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. dalam menyusun dan memajukan negara. Islam dengan itu perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang memberi kebaikan (rahmat) kepada penyusunan masyarakat bernegara. Allah berfirman:

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Maksudnya:"Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Al-Anbiya : 107). Nik Mustapha Bin Nik Hassan IKIM

Posted in Labels: | 0 comments

Mutiara Kata: Perkara, perbuatan paling berat dipikul ummah di dunia

IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”

Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.” Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.” - Berita Harian Online.

Posted in Labels: | 0 comments

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPGM KPM






iMinggu kesedaran ini telah berlangsung dari 10 – 12 Ogos 2009 (Isnin – Rabu). Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan di tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah organisasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pameran oleh Bomba, JPA3, PDRM, demonstrasi menyelamat oleh JPA3, ceramah Kesihatan Mental & Fizikal – Cara Hidup Sihat (Kem. Kesihatan Malaysia), ceramah Keselamatan di tempat kerja (DOSH/JKKP), demonstrasi asa menyelamat oleh BOMBA dan Simulasi Rawatan Kecemasan & CPR (Kem. Kesihatan Malaysia). Amat diharapkan dari Minggu Kesedaran ini adalah semua staf akademik dan staf sokongan serta pihak pengurusan tertinggi IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka dapat menerapkan kesedaran untuk mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi dan menerapkan amalan budaya alam sekitar lestari ke dalam persekitaran kerja organisasi.

Maori - semoga semua pekerja sama ada staf akademik dan staf sokongan akan terus menyokong usaha pihak pengurusan menjadikan IPGM KPM tempat kerja yang selamat dan sihat.

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Pengurusan Jenazah Staf IPGM KPM Siri 2









Kursus ini telah dijalankan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) di Balai Islam Saidatina Aisyah. Kursus ini diadakan sebagai satu pengukuhan diri terhadap sesama manusia agar dapat melaksankan secara tepat hal ehwal yan gberkaitan dengan peristiwa kematian. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang mesti wujud dalam kalangan sesama umat terhadap persoalan yang berkaitan dengan hukum-hukum muamalah sesama manusia. Peserta telah didedahkan dengan teori dan amali Pengurusan Jenazah, Amali Pengurusan Jenazah 1 (cara menguruskan jenazah sebelum mandi), Amali Pengurusan Jenazah 2 (pengurusan kain kapan, cara memandikan jenazah, cara mengkapankan jenazah dan solat sunat jenazah). Di akhir kursus ini peserta telah dapat memahami dengan lebih mendalam proses berkaitan dengan pengurusan jenazah lebih terperinci dan melaksanakan empat perkara yang berkaitan dengan pengurusan jenazah dengan cara yang betul dan sempurna. Moga-moga ilmu yang diperolehi ini akan dapat dipraktikkan apabila diperlukan kelak di tempat tinggal masing-masing. Maori - terasa sayu apabila dikapankan (seolah-olah dah betul-betul meninggal dunia-ampunkan dosa2ku) oleh Tn. Hj. Rosly bin Sairan - ATM

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Dalam Perkhidmatan 2 Minggu Multimedia Dalam Pendidikan Islam - Guru Agama Thailand






Kursus ini telah dijalankan bermula dari 2 – 15 Ogos 2009 di IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Guru-guru agama dari Thailand ini telah diperkenalkan dengan pelbagai bahan berkaitan penggunaan perkakasan komputer termasuk software, multimedia, video windows maker dan lain-lain. Sepanjang mereka berada di IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka mereka telah menjalani latihan amali di makmal komputer. Selain itu, lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Melaka termasuk kawasan bersejarah di Banda Hilir, Tesco, Balai Cerap Al Khawarizmi, SMK A Maahad Muar dan lain-lain. Selain itu, mereka juga berpeluang melawat ke Putrajaya. Majlis Penutup program ini telah diadakan pada 13 Ogos 2009 di Dewan Seri Melor. Program ini telah dirasmikan penutupnya oleh Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu, Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor.

Posted in Labels: | 0 comments

Hadirmu Dirindui - Ramadhan Al Mubarak . . . Pergimu Ditangisi

Ramadhan datang lagi. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183) Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Gunalah segala kesempatan di Ramadhan ini untuk menjana dan meningkatkan taqwa di sisi Allah SWT. Kita tida tahu sama ada kita sempat menemui Ramadhan pada tahun hadapan. Lakukan amalan terbaik seolah-olah ini Ramadhan kita yang terakhir....Jadikan Ramadhan seperti menurut Dr Yusof Qhardawi sebagai madrasah atau universiti. Semoga di akhir Ramadhan nanti kita layak mendapat ijazah kelas pertama di sisi Allah SWT. Eid Mubarak...

Posted in Labels: | 0 comments

Jakim Bersama Universiti Malaya Menganjurkan Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 - JAKIM



Bahagian Penyelidikan, Jakim bersama Universiti Malaya (UM) telah berjaya menganjurkan Seminar Sains Solat Kebangsaan 2009 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2009. Seminar ini telah menarik perhatian hampir 1000 orang peserta terdiri daripada masyarakat awam dan juga menghimpunkan seluruh pegawai di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri- Negeri (JAIN), Jabatan Mufti Negeri– Negeri, Kementerian-kementerian, wakil UM dan IPTA tempatan.


Objektif seminar yang dianjurkan ini adalah seperti berikut;
i. Menyediakan platform bagi membincangkan isu solat daripada perspektif kerohanian dan sains.
ii. Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya penghayatan dan pergerakan solat kepada kesihatan.
iii. Mengeratkan hubungan antara para saintis dan tokoh agama dalam menyebarkan dakwah.

Seminar ini dimulakan dengan ucapan aluan Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim dan diikuti ucapan daripada Y.Bhg. Prof Ghauth Jasmon Naib Canselor Universiti Malaya. Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan seminar tersebut dan seterusnya melancarkan 3 buah Buku Projek Biosolat iaitu:

i. Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Sains dan Holistik;
ii. Senaman Regangan dan pergerakan Solat; dan
iii. Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan dan Pergerakan Solat.

Maori - semoga usaha murni ini dapat meningkatkan lagi keimanan umat islam dan memberi kefahaman kepada bukan Islam.

Posted in Labels: | 0 comments

Bolt shatters 100-meter world record again - thestar online




BERLIN: Usain Bolt crossed the finish line, saw his record-setting time on the clock and spread his arms as if he were soaring like a bird. About all this guy can't do is fly. And by saving his celebration until after the finish line this time, he showed how fast a man really can go on two feet. The Jamaican shattered the world record again Sunday, running 100 meters in 9.58 seconds at the world championships to turn his much-anticipated race against Tyson Gay into a one-man show.

That was 0.11 seconds faster than the mark he set last year at the Beijing Olympics - the biggest improvement in the 100-meter record since electronic timing began in 1968. Gay, his closest rival, broke the American mark with his 9.71 performance and still looked like he was jogging - finishing a few big strides behind Bolt in second place. Bolt's only competition these days is the clock. And when he's really trying, not hot-dogging it over the line the way he did in China, even time itself doesn't stand a chance. "I don't run for world records," said Bolt, who crossed the line with a slight breeze at his back. Yet those records always seem to find him. He thinks he can go even lower. "I know I said 9.4," Bolt said, grinning.

"You never know. I'll just keep on working."


Posted in Labels: | 0 comments