SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin untuk pengunjung blog ini.
Harap jika ada sebarang kesalahan yang menyinggung pengunjung sekalian mohon kemaafan.

Ya Allah di penghujung Ramadan yang penuh barakah ini dan menjelang Shawal yang mulia, ku mohon kepada Engkau berkatilah dan muliakan pengunjung blog ini, anugerahkan kebahagiaan untuk mereka & ahli keluarganya, kurniakan segala kekuatan & kegagahan iman, limpahi & berkati rezekinya, tinggikan darjatnya, makbulkan segala hajat, doa & taubatnya. Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Cincin disarung hati berdebar
Jari nan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Dengan rendah hati kami mohon kemaafan jika ada salah dan silap.

Maori

Posted in Labels: | 0 comments

Waspada bisikan "Khanas"

Menurut pendapat Abu Kuraib daripada Ibn Abbas, surah ini termasuk dalam surah Makiyyah. Sedangkan mengikut riwayat Abu Salih daripada Ibn Abbas, ia termasuk surah Madaniyah. Ia mengandungi enam ayat dan diturunkan selepas Surah al-Falaq.
Firman Allah SWT: Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia, sembahan manusia.

Kenapa dimulakan dengan Rabb yang disandarkan kepada manusia sedangkan Allah Tuhan sekalian makhluk. Jawapannya dua:
i. Kerana manusia yang mengagungkan Tuhan di samping mereka yang ditaklifkan.
ii. Kerana ia diperintahkan untuk memohon pertolongan kepada Allah daripada kejahatan manusia.

Berkenaan dengan Allah sebagai raja bertujuan mengingatkan bahawa sekalipun di kalangan manusia ada yang menjadi raja, tetapi raja yang sebenar ialah Allah. Inilah yang dinyatakan oleh al-Mawardi dalam kitabnya al-Nukat wa al-Uyun.

Sayid Qutub berkata: "Dalam surah ini, permohonan perlindungan dipanjatkan kepada Allah Tuhan yang memelihara manusia, yang memerintah manusia dan yang disembah manusia, dan perkara yang dipohon ialah perlindungan dari kejahatan syaitan yang datang dan menghilang untuk membisik kejahatan di dalam hati manusia iaitu syaitan jin dan syaitan manusia."

Memohon perlindungan kepada Tuhan yang memelihara dan menguasai manusia dan disembah manusia itu ialah dengan menghadirkan sifat-sifat Allah yang agung yang dapat menolak segala kejahatan umum dan khususnya kejahatan syaitan pembisik yang datang dan menghilang.

Al-Rabb ialah sifat Allah yang memelihara, membimbing, mengarah, menjaga dan melindung. Al-Mulk ialah sifat Allah yang memilik, memerintah dan mentadbir. Al-Ilah ialah sifat Allah yang menguasai segala-galanya. Semua sifat-sifat ini berkuasa memberi pertolongan daripada segala kejahatan yang meresap dalam hati manusia yang tidak mengetahui bagaimana hendak menolak segala kejahatan yang tersembunyi itu.

Allah adalah tuhan pemelihara dan pelindung segala makhluk, Pemerintah segala makhluk dan penguasa segala makhluk. Tetapi di sini Allah disebut secara khusus sebagai pemelihara dan pelindung manusia, pemerintah manusia dan tuhan yang disembah manusia.

Supaya manusia berasa begitu hampir kepada-Nya dalam detik-detik mencari perlindungan dan naungan.

Allah telah mengarahkan Rasul-Nya dan sekalian umat supaya mencari perlindungan dan naungan pada-Nya dengan menghadirkan pengertian-pengertian dari sifat-sifat tersebut itu semoga melindungi mereka daripada kejahatan yang sangat halus jejak langkahnya.

Yang tidak terdaya ditolak melainkan dengan pertolongan Allah. Kerana kejahatan yang halus itu menyerang mereka tanpa disedari dan mendatangi mereka dari arah yang tidak terfikir oleh mereka.
Firman Allah: Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
Perkataan khanas ialah syaitan dan dinamakan demikian kerana dua sebab:
i. Sifatnya banyak tersembunyi.
ii. Kerana dia akan kembali dari mengingati Allah.

Al-Maraghi berkata dalam Tafsirnya: "Aku kembali berlindung ke hadrat-Mu ya Allah, Tuhan Pemelihara seluruh makhluk, kiranya Engkau menyelamatkan kami daripada kejahatan syaitan yang membuat bisikan was-was yang banyak sekali muncul dan tersembunyi. Ini disebabkan syaitan itu datang dari arah kebatilan, sehingga ia tidak mampu menghalang kebenaran jika berhadapan. Hanya ia mempunyai jiwa kepada akibat yang buruk sekiranya jiwa itu mengikut arus bisikannya, terpikat dan terikat kepada apa yang terlintas dalam hatinya."

Bisikan-bisikan jiwa yang demikian ini akan tersembunyi dan menyelinap masuk apabila dikuasai oleh akal, kemudian orang yang menerima bisikan itu menjadi tenang.

Bisikan-bisikan untuk melakukan keburukan dan pelbagai usaha membuat orang itu derita akan pergi bersama angin jika jiwa manusia mengingati perintah-perintah syarak. Oleh sebab itu, apabila seseorang menggodamu dan mendorongmu untuk melakukan kejahatan, kemudian kamu teringat kepada perintah-perintah agama, maka bisikan akan tersembunyi dan tidak terucap.

Firman Allah: Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.

Ibn Qutaibah berkata: "Dada-dada disini dengan makna hati."

Ibn Abbas berkata: "Syaitan selalu bergantung pada hati anak Adam apabila seseorang itu leka dan ia mewas-waskannya. Sebaliknya apabila seseorang menyebut Allah nescaya dia melarikan diri."

Al-Maraghi berkata: "Godaan yang biasa bersembunyi dan memberikan bisikan ke dalam dada manusia itu kadang-kadang berbentuk jin dan kadang-kadang dalam bentuk sebagaimana dijelaskan Allah SWT melalui firmannya yang bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin. (al-An'am: 112)"

Syaitan daripada jin kadangkala memberi bisikan dan kadangkala bersembunyi, demikian juga dengan syaitan manusia. Banyak sekali kita melihat orang yang memperlihatkan diri di hadapan kita selaku penasihat yang seolah-olah boleh dipercayai. Ketika kita mengherdiknya, lalu dia bersembunyi dan meninggalkan bisikan itu. Manakala jika kita perhatikan kata-katanya itu, lalu dia asyik dan menyimpang jauh pembicaraannya serta bersemangat dalam pembicaraannya.

Imam Muhammad Abduh mengatakan bahawa pemberi bisikan itu ada dua jenis:
Pertama bangsa jin, iaitu makhluk tersembunyi yang tidak kita ketahui. Kita hanya menemukan dalam diri kita suatu pengaruh atau kesan yang dinisbahkan kepada mereka. Pada setiap orang, terdapat syaitan ini iaitu satu potensi yang menarik kepada kejahatan dan memberi bisikan buruk pada hati manusia.
Kedua bangsa manusia, godaan dan bisikan mereka kita lihat dan kita saksikan dengan mata kepala dan telinga kita.

Dalam surah ini Allah memberi bimbingan agar manusia memohon pertolongan kepada-Nya. Sebagaimana Dia memberi bimbingan dalam Surah al-Fatihah untuk memberi isyarat bahawa yang dapat mengatasi semuanya ialah menghadapkan diri kepada-Nya semata-mata, ikhlas dalam berkata dan beramal, bertawakal mengembalikan segala sesuatu kepada-Nya dan bersabar menghadapi hal-hal yang kita tidak berkuasa untuk menghalangnya.

Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang ikhlas dalam segala amal perbuatan kami, jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, jin dan manusia. Jauhkanlah kami daripada kejahatan para pembisik dan penggoda, selamatkanlah kami daripada seksaan Neraka Jahanam.

Semoga Allah memberi rahmat kepada Nabi Muhammad, keluarganya yang baik lagi suci, para sahabat pembela agama-Mu dengan menanamkan ketenangan dan keyakinan dalam hati meneguhkan hati dalam mencintai agama ini.

Sumber: www.utusan.com.my_Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Ar-Rayyan hanya untuk yang berpuasa

ALLAH tidak mensyariatkan puasa dengan tujuan yang sia-sia. Hasil kajian sains moden menunjukkan puasa memberi banyak faedah kepada kesihatan. Salah seorang daripada sarjana moden yang membuat kajian tentang puasa ialah, Allan Cott. Beliau telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu memuatkannya dalam sebuah buku Why Fast iaitu pelbagai hikmah puasa.

Puasa adalah amalan sejagat. Bukan umat Nabi Muhammad SAW sahaja disyariatkan berpuasa. Bahkan umat-umat Nabi terdahulu juga berpuasa tetapi dengan tata cara yang berbeza.

Begitu juga dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, adakalanya mereka menahan diri daripada makan dan minum apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Pun begitu ia tidak bermakna darjat dan status puasa orang Islam setaraf dengan puasa-puasa yang lain. Puasa yang benar menurut perintah Allah dan aturan Nabi memiliki banyak keutamaan dan kelebihan:

DALAM sebuah hadis Nabi menjelaskan lima kelebihan bulan Ramadan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu.

"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka iaitubau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi syurganya setiap hari, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam (Hadis Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi daripada sahabat Abu Hurairah).

SEBAGAI dorongan dan motivasi orang-orang yang menjaga puasanya Nabi berkata: "Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Rayyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. (Hadis Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada sahabat Sahal bin Sa'd)."

ALLAH juga menjanjikan pahala yang sangat banyak bahkan tanpa batas kepada orang-orang yang ikhlas dan menjaga kualiti puasa mereka. Sahabat Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi bersabda bahawa Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala menurut kadar yang ditentukan) kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-Ku dan Aku yang mengganjarinya secara khusus..."

Dalam hadis Qudsi yang lain pula Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. (Hadis Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai daripada sahabat Abi Hurairah dan Abi Sa'id). Hadis ini juga memberi isyarat bahawa puasa juga berfungsi sebagai terapi jiwa. Allah menjanjikan rasa gembira sebanyak dua kali kepada orang-orang yang berpuasa. Kali pertama ialah ketika berbuka puasa dan kali kedua ialah ketika bertemu dengan Allah.

ANTARA keutamaan puasa yang besar dan bermakna ialah, ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Ini seperti yang disampaikan oleh sahabat Abu Hurairah r.a dari Nabi yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Dalam teks yang lain pula Nabi menyebut yang bermaksud: Solat lima waktu, solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya dan Ramadan (puasa) hingga Ramadan berikutnya adalah merupakan penebus dosa di antara selagi mana dosa-dosa besar dijauhi. (riwayat Imam Muslim).

PUASA adalah perisai buat membenteng diri daripada melakukan dosa dan menjauhi api neraka. Nabi pernah berkata: "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat". (Hadis Imam Ahmad dan an-Nasai daripada sahabat Usman bin Abi al-As).

Mendokong makna yang hampir senada dalam hadis yang lain Nabi menyebutkan, "Sesiapa yang berpuasa sehari di jalah Allah, nescaya Allah akan jauhkan neraka Jahannam sejauh perjalanan 100 tahun." (Hadis Imam Nasa'i disahihkah oleh Syaikh al-Albani).

Pernah suatu ketika seorang pemuda yang mahu menikah datang bertemu dengan Nabi. Oleh kerana kekurangan upaya nafkah untuk menikah, maka Nabi menyuruh lelaki ini berpuasa buat mengekang nafsunya.

Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh pernah menulis sebuah buku khusus menghimpunkan kelebihan puasa sunat dan puasa secara umum. Buku beliau diberi judul, Kelebihan dan Rahsia Puasa Sunat Menurut Sunnah Nabi SAW.

Sumber: www.utusan.com.my_Mohd. Riduan Khairi

Posted in Labels: | 0 comments

Dua kelompok orang miskin

Wujudnya dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta.

Dalam hal ini, cuba kita renungi firman Allah dalam surah al-Ma'arij, ayat 24 dan 25: Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.

Sebenarnya, sifat suka menzahirkan atau menyembunyikan kemiskinan ini mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tahap keimanan di dalam diri seseorang.

Orang yang teguh imannya, maka mereka mempunyai suatu senjata rahsia, iaitu 'kaya jiwa' atau 'kekayaan hati', yang menjadikan mereka cukup tinggi maruah dirinya.

Natijahnya, mereka amat malu menyatakan kemiskinan, bahkan seboleh-bolehnya mereka akan cuba menyembunyikan kemiskinannya daripada pengetahuan orang lain, walhal orang lain memang tahu bahawa mereka memang miskin.

Jujurnya, sikap ini mampu menerbitkan rasa hormat masyarakat kepada mereka dan sekali gus mengangkat martabat mereka pada kaca mata manusia.

Allah menukilkan dalam al-Quran dengan firman-Nya: (Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 273)

Bahkan Nabi Muhammad SAW turut menegaskan seperti mana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah: Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. Lalu bertanya para sahabat: "Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya, dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini. (riwayat Muslim).

Apa yang patut disedari oleh orang-orang miskin, bahawa kemiskinan yang menimpa mereka adalah suatu ujian. Seandainya mereka bersabar, maka mereka beroleh pahala yang besar.

Bahkan orang-orang miskin amat sedikit hisabnya di sisi Allah di mahkamah akhirat. Lalu, ia memudahkan mereka memasuki syurga Allah lebih awal berbanding orang-orang kaya yang panjang hisabnya.

Ibnu Abbas telah melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menukilkan suatu hadis: (Kala baginda dibawa melihat neraka dan syurga pada peristiwa Israk wal Mikraj): Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita. (riwayat Muslim).

Oleh itu, orang-orang miskin hendaklah menyemai benih kekayaan hati, yakni menyuburkan jiwa dengan zikrullah dan ilmu, mengukuhkan tauhid dalam dada dengan jitu, tidak berprasangka dengan Allah atas kemiskinan mereka itu, bahkan cuba berusaha merubah kehidupannya selagi mampu.

Andai mereka berusaha, maka tidak mustahil Allah SWT akan mengurniakan kekayaan kepada mereka, sama ada kekayaan zahir atau fizikal, juga kekayaan hati yang lebih praktikal dan kekal. Hakikatnya, orang yang kaya hati itulah sebenar-benarnya kaya, kerana mereka memandang kekayaan dunia tidak lebih hanya sementara cuma. Apa yang utama bagi mereka adalah kaya hati dengan iman dan takwa. Bahkan orang yang kaya hatilah yang akan melestarikan harta kekayaannya atas nama sedekah, infak dan zakat.

Tepatlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa. (riwayat Bukhari dan Muslim). Wallahua'lam.

Sumber: www.utusan.com.my_5/8/2011

Posted in Labels: | 0 comments