Simbol "peace” yang biasa kita buat dalam/semasa ambil gambar
Posted On Wednesday, December 21, 2011 at at 9:55 PM by maoriSila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar. Ya, itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar-gemburkan diseluruh dunia. Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar. Tetapi berhati-hatilah, kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui, sila ambil tahu sekarang.
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).
Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Oleh itu berhati-hatilah, berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..kerana janganlah kita membiarkan walau perkara yang sekecil ini, menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.
Nabi Muhammad bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).”
Sumber: www.sinar-islam29.blogspot.com