SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.
Showing posts with label Berita Aktiviti Jabatan PJK. Show all posts
Showing posts with label Berita Aktiviti Jabatan PJK. Show all posts

Program Pend Luar & Program BIG KPLI 2011

Program Pendidikan Luar dan Program Bina Insan Guru KDC KPLI Pendidikan Khas ambilan November 2010 dan KPLI (R) Bahasa Inggeris 2 ambilan Januari 2011.

Unit Terlibat

KDC KPLI Pendidikan Khas 1 ambilan November 2010

KDC KPLI Pendidikan Khas 2 ambilan November 2010

KDC KPLI Pendidikan Khas 3 ambilan November 2010

KPLI (R) Bahasa Inggeris 2 ambilan Januari 2011.

Tarikh : 27 - 30 Mei 2011

Hari : Jumaat - Isnin

Tempat: Pusat Kecemerlangan Taman Laut, Pulau Tinggi, Mersing, Johor Darul Takzim

Program Pendidikan Luar 2010

Program Pendidikan Luar bagi KPLI KDC LPBS Pend. Khas Nov 2009 / KDPM KDC Kemas Mei 2009 akan dilaksanakan pada 11 - 14 Oktober 2010 di Rezab Hidupan Liar, Tanjung Tuan, Melaka. Selamat beraktiviti.

Pertandingan Bowling Piala Pengarah 2010

Pertandingan bowling Piala Pengarah 2010 anjuran Unit Ko Ku telah dijalankan pada 23 Februari 2010 di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh. Jabatan Pend. Jasmani dan Kesihatan diwakili oleh Cik Khadijah binti Hj. Tompang (KJ), Pn. Zaimawati binti Abdul Kadir, Tn.Hj. Zulhisham bin Mohd. Ali. Pn. Zaimawati berjaya menduduki tempat ke dari 15 pemain utama kategori Wanita. Tarikh pusingan berikutnya adalah pada 24 Mac 2010, 24 April 2010 dan 22 Mei 2010. Kepada pemain Jabatan PJK harap dapat bersedia bagi pusingan berikutnya. Bravo Esprit de Corp.

Lawatan Sambil Belajar PJM3106 Anatomi & Fisiologi








Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPGKPM telah merancang siri lawatan sambil belajar bagi subjek PJM3106 Anatomi dan Fisiologi bagi pelajar PISMP ambilan Januari 2009. Berikut adalah tarikh dan makluman program yang telah dirancangkan.


Siri 1 – 20 Februari 2010 (Sabtu) Unit Matematik dan Pra Sekolah 1

Pensyarah: Tn. Hj. Zulhisham bin Mohd. Ali

Siri 2 – 27 Mac 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 1 dan Pend. Khas 3

Pensyarah: Pn. Zaimawati binti Abdul Kadir

Siri 3 – 03 April 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 2 dan Pend. Khas 5

Pensyarah: En. Ramle bin Hj. Taib

Siri 4 – 17 April 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 4 dan Pra Sekolah 2

Pensyarah: Pn. Rohaya binti Mee & Pn. Fatimah binti Yusof


Lokasi lawatan:

Muzium Anatomi di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Unit PISMP Januari 2009 (PK 1, PK 2, PK 3, PK 4, PK 5, PRA 1, PRA 2 dan MATEMATIK)


Objektif lawatan:

1. Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tubuh badan manusia dan fungsi-fungsinya.

2. Melihat keadaan sebenar bahagian-bahagian tubuh yang telah diawet.

3. Memahami dan mendalami teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

4. Meningkatkan kesedaran dan meningkatkan ketakwaan pelajar terhadap penciptaan

Allah.

5. Bersyukur dengan anugerah yang telah diperolehi sebagai hamba allah, sebagai khalifah

yang telah terpilih.

Program Kesedaran Penyakit Jantung dan Bengkel Lompat Tali Untuk Jantung IPGKPM


Kepada semua pelajar, staf akademik dan staf sokongan dipersilakan hadir untuk melakukan Ujian Saringan Kesihatan Jantung. RM10.00 akan dikenakan bagi Ujian Saringan Kesihatan- meliputi:

· Tahap Kolesterol dalam darah.

· Tahap Glukosa dalam darah.

· Indeks Jisim Badan (BMI).

· Tekanan Darah.

· Khidmat Nasihat.

· Pameran Kesedaran Penyakit Jantung.

Semua warga IPGKPM dialu-alukan untuk hadir. Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 4 Februari 2010 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Tarikh: 5 Februari 2010 (Jumaat)

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Dewan Srikandi, IPGKPM

Pada 6 -7 Februari 2010 (Sabtu & Ahad) akan dijalankan Bengkel Lompat Tali Untuk Jantung bagi 80 pelajar PISMP ambilan Januari 2010 yang mengambil matapelajaran PJM3106 Anatomi dan Fisiologi sebagai latihan amali sistem jantung.

Anjuran Bersama

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKPM dan

Yayasan Jantung Malaysia (Persatuan Lompat Tali untuk Jantung)


Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS JAIJ ambilan Mei 2006





Majlis Perpisahan KDPM KDC PLPS JAIJ Ambilan Mei 2006 yang telah diadakan di King Hotel, Ayer Keroh, Melaka pada 24.12.2009 (Khamis) jam 2:30 petang. Unit Pengajian Agama ini telah menjalani latihan perguruan selama 3 tahun 9 bulan. Banyak kenangan ketika bersama anda. Apa yang baik bawa balik kenangan dan berkongsilah dengan orang tersayang dan apa yang tidak baik tinggalkanlah dan semadikan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Walaubagaimana pun, saya sebagai Penyelaras KDC PJK mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru pelatih yang telah mengharungi 1001 macam pahit tetapi manis akhirnya.