SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin untuk pengunjung blog ini.
Harap jika ada sebarang kesalahan yang menyinggung pengunjung sekalian mohon kemaafan.

Ya Allah di penghujung Ramadan yang penuh barakah ini dan menjelang Shawal yang mulia, ku mohon kepada Engkau berkatilah dan muliakan pengunjung blog ini, anugerahkan kebahagiaan untuk mereka & ahli keluarganya, kurniakan segala kekuatan & kegagahan iman, limpahi & berkati rezekinya, tinggikan darjatnya, makbulkan segala hajat, doa & taubatnya. Amin amin Ya Rabbal Alamin.

Cincin disarung hati berdebar
Jari nan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Dengan rendah hati kami mohon kemaafan jika ada salah dan silap.

Maori

Posted in Labels: | 0 comments

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi



Untuk makluman pelajar semester 3 ambilan Januari 2010, kelas p & p Anatomi dan Fisiologi akan dilaksanakan mengikut jadual waktu induk, Harap semua pelajar dapat berpakaian sukan sepanjang kuliah ini bagi memudahkan pelaksanaan kelas teori dan amali (Arahan Ketua Jabatan PJK). Harap Maklum.

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Hari Guru 2010

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mengetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.


Cukupkah dengan sekadar ucapan dan hadiah yang diberikan ? Sedangkan hakikatnya guru sering dianggap sebagai kerjaya yang paling mudah dan senang. Namun masyarakat lupa dengan peranan yang telah guru mainkan bagi membina modal insan. Guru kerap dijadikan sasaran sekiranya anak-anak mereka di denda dan sebagainya. Namun guru ibarat lilin tetap menyala walaupun kadang kala diri mereka sendiri terbakar. Ingat setiap usaha dan kerja yang dijalankan dengan ikhlas hanya Allah yang dapat membalas jasa anda – guru. Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia termasuk yang pernah menjadi sejarah dalam diri setiap insan yang pernah menjadi “murid”. Selamat Hari Guru 2010.

Posted in Labels: | 0 comments

Sultan Johor Mangkat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi. Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja. Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar. Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi. Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Al Fatihah.

Moga roh al marhum sultan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Amin ya rabbal alamin

Sumber:www.bharianonline.com.my


Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Kembali ke IPGM KPM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelajar PISMP sem 2 ambilan Januari 2009, PPISMP sem 3 ambilan Julai 2008 dan KPLI R BI 1 dan BM 3, setelah bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Masih banyak kerja yang perlu kita selesaikan bagi melengkapkan kursus perguruan anda di IPGM KPM. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya minta halalkan makan dan minum dan apa juga sepanjang bersama-sama dengan saya sepanjang 2009.

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua saudara mara, rakan-rakan, pelajar dan semua umat Islam yang mengenali kami sekeluarga. Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing. Berhati-hati di jalan raya.


Posted in Labels: | 0 comments

Diskaun Raya 20 peratus

Plus beri potongan mulai tengah malam hingga 7 pagi selama 6 hari.
PETALING JAYA: Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite untuk enam hari sempena Aidilfitri kali ini. Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata tawaran diskaun itu antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 September ini. "Diskaun itu tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya itu di luar waktu puncak setiap hari," katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya diskaun itu sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan menghargai pengguna lebuh raya seperti disaran Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, baru-baru ini. Nik Airina menasihatkan pengguna mematuhi Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (JWP) ditetapkan Plus Expressways yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu. Beliau berkata, JWP yang dikuatkuasakan untuk enam hari iaitu pada 18, 19, 22, 23, 26 dan 27 September ini. "Kami menjangka jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami, terutama Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak kepada 1.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding sejuta kenderaan pada hari biasa. "Jadi kami berharap pengguna dapat mengikuti jadual itu yang terbukti menjadi faktor utama menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya," katanya. Beliau berkata, ketika perayaan Tahun Baru Cina lalu kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP.
"Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya mulai minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini," katanya. Sejumlah 2,500 kakitangan Plus dan 400 anggota polis dan St John Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. – Bernama
Penulis - alangkah bagusnya jika amalan ini dilaksanakan sejak dulu lagi agar memberi kemudahan kepada semua pengguna PLUS yang telah bertahun menggunakan kemudahan tanpa mengira turun naik minyak. Kaedah ini sepatutnya boleh dilaksanakan pada musim cuti sekolah dan semua cuti yang melibatkan banyak pergerakan kenderaan. Tentang tempoh masa tu bolehlah difikirkan tidak hanya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi boleh diberikan juga kemudahan ini kepada pengguna PLUS yang menggunakan lebuh raya pada waktu lainnya agar semua pengguna PLUS mendapat kemudahan yang sama.

Posted in Labels: | 0 comments

Belasungkawa Ustaz Asri

Pendakwah yang juga merupakan ketua kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim, 40, telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi (13 Ogos 2009/Khamis) kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Kumpulan Rabbani yang diasaskan allahyarham merupakan pelopor awal hiburan Islam dalam masyarakat di negara ini bersama kumpulan Raihan, Hijjaz dan Brothers pada pertengahan tahun 90-an.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam. Semoga Allah mencucuri roh beliau di kalangan yang beriman dan beramal solleh.

AL FATEHAH

Posted in Labels: | 0 comments

Qariah Malaysia, Qari Iraq Juara Tilawah

KUALA LUMPUR: Qariah negara, Sharifah Hasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan qari Iraq, Usama Abdullah, masing-masing muncul johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-51 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Sharifah Khasif Fadzillah, 27, yang kali kedua menyertai tilawah Al-Quran antarabangsa memperoleh markah 94.75 peratus manakala Usama memperoleh markah 91.96 peratus. Qari Iran, Jafar Hadi Fardi Aghchay, yang memperoleh markah 91.92 peratus muncul naib johan dan qari Indonesia, Azhar Darma Djunaidi memenangi tempat ketiga dengan markah 91.71 peratus.
Qariah Thailand, Natipa Manasia yang memperoleh markah 88.46 peratus menduduki tempat kedua manakala Dayang Nurul Amalina Yahya dari Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga dengan markah 86.21 peratus. Johan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM13,600 (AS$4,000) berserta piala pusingan dan sijil penyertaan; naib johan RM10,200 (AS$3,000); ketiga RM6,800 (AS$2,000) dan keempat, RM3,400 (AS$1,000).

Hadiah kepada pemenang qari disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah manakala hadiah pemenang qariah oleh Sultanah Haminah Hamidun (Berita Harian Online).

Posted in Labels: | 0 comments

H1N1: Sekolah Perancis guna TV jika ditutup - Mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia

PARIS: Menteri Pelajaran Perancis berkata kerajaan sudah menyediakan pembelajaran yang boleh disiarkan menerusi televisyen dan radio jika sekolah terpaksa ditutup akibat penularan wabak H1N1. Luc Chatel berkata, ia disediakan agensi pembelajaran jarak jauh kebangsaan.

Sesi sekolah di Perancis akan bermula semula akhir bulan ini atau awal bulan depan. Katanya, pembelajaran itu boleh disiarkan di dua saluran televisyen dan satu saluran radio awam bagi memastikan penerusan pembelajaran umum.

Chatel berkata, sekolah dijadualkan dibuka semula seperti biasa dan sebarang penutupan berkaitan selesema berkenaan akan ditentukan berdasarkan kes.

Minggu lalu, kerajaan Amerika Syarikat mencadangkan sekolah hanya ditutup jika sebilangan besar pelajar dijangkiti H1N1. - AP (Berita Harian Online).

Posted in Labels: | 0 comments

SK Batu Berendam 2 ditutup

10 Ogos 2009 (Isnin). Saya datang ke SK Batu Berendam 2 pada jam 7.15 pagi untuk menjalankankan Penyeliaan Bersama dengan guru pembimbing bagi Shazana binti Saberi. Tepat jam 9.15 pagi murid-murid 2 Cemerlang 1 telah bersedia. Kebanyakan murid perempuan tidak memakai pakaian PJ berkemungkinan hujan yang turun awal pagi. Setelah tamat kelas saya dan Pn. Aliza telah mengadakan perbincangan dan memberikan markah dengan guru pembimbing Pn. Aliza binti Talib, beliau bergegas meninggalkan saya kerana beliau mempunyai kelas seterusnya selepas jam 9.45 pagi. Ketika saya sedang berbincang lanjut dengan Shazana, terdengar pengumuman (jam 10.15 pagi) yang disampaikan oleh GPK 1 SK Batu Berendam 2, saya pun selamba berkata dengan Shazana "Ha! sahlah hari ini sekolah kamu akan bercuti". Belum pun habis pengumuman tersebut habis terdengar nama pegawai kesihatan di sebut. Maka, tersenyumlah Shazana dan berkata "Cikgu, saya dah lama tak dapat balik ke kampung". Mungkin ini satu hikmah di sebalik sesuatu yang tidak kita sedari. Saya juga sempat menghadiri taklimat kesihatan oleh doktor dari pejabat kesihatan daerah Melaka Tengah, berkaitan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan oleh murid-murid sepanjang kuarantin di rumah. Harap-harap tiadalah kematian yang dicatatkan selepas langkah ini di ambil oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya pun termenung kerana 3 sekolah di bawah pemantauan saya iaitu SK Telok Mas, SK Bendahara Seri Maharaja dan SK Batu Berendam 2 ditutup. Hanya SK Seri Duyong sahaja yang belum ditutup. Saya amat berharap dapat menjalankan penyeliaan praktikum di sekolah tersebut pagi esok 11 Ogos 2009 (Selasa).

Susah susah aje. He he he he

Posted in Labels: | 0 comments

H1N1 kini ancaman serius – PM

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.

“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya. - Bernama.

Saya berpendapat alangkah baiknya jika kita rakyat Malaysia mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan supaya apa juga perhimpunan dilarang termasuklah:

1. Menutup semua sekolah untuk sementara sehingga penularan H1N1 berkurangan.

2. Menutup semua pusat pengajian tinggi awam @ swasta untuk sementara.

3. Jualan Murah di pusat membeli belah utama seluruh negara.

4. Demonstrasi jalanan oleh semua parti politik @ NGO.

5. Semua pertandingan sukan @ rekreasi yang melibatkan orang ramai.

6. Majlis kenduri kahwin.

7. Majlis Anugerah.


Posted in Labels: | 0 comments

IPGM KPM dibuka semula.

Selepas semua pelajar diarahkan pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang tarikh kuarantin di rumah selama 7 hari (23 - 29 Julai 2009 / Khamis - Rabu) maka IPGM KPM akan dibuka semula pada 30 Julai 2009 (Khamis) untuk meneruskan aktiviti akademik dan kuliah serta latihan perguruan negara. Semua yang terjadi adalah kesan dari gejala H1N1 yang semakin menular di peringkat negara dan antarabangsa. Dari hari ke hari semakin banyak premis pendidikan ditutup hasil dari gejala H1N1 ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin seharusnya membantu langkah-langkah yang diarahkan dan diwarwarkan oleh pihak berkuasa. Pencegahan dari jangkitan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Panduan dari Kementerian Kesihatan haruslah diambil berat dan dipatuhi sepenuhnya terutama dari segi disiplin dalam mengawal jangkitan tersebut. Sama-samalah kita menjalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Posted in Labels: | 0 comments

H1N1 Influenza A

Perhatian untuk semua pelajar PISMP ambilan Januari 2007 - Praktikum 2
Untuk makluman semua pelajar dibawah pemantauan saya bahawa IPGM KPM telah mengarahkan CUTI BERGANTI mulai 23 - 29 Julai 2009 (Jumaat-Rabu). Ini mengambil kira situasi kebanyakan ramai pelajar yang menghidapi demam dan selsema. Sehubungan itu, sebarang aktiviti praktikum tidak dibenarkan dilaksanakan sepanjang tarikh berkenaan. Semua staf akademik dikehendaki hadir pada 27 Julai 2009 (Isnin) untuk menjalankan gotong royong dan pemeriksaan kesihatan. Kuliah akan dijalankan semula pada 30 Julai 2009 (Khamis).

Jika ada pelajar yang disahkan mengidap penyakit atau dalam kuarantin....maka tindakan sewajarnya mestilah mengikut nasihat doktor. Maklumkan kepada guru besar dan pensyarah penasihat. Maklumat lanjut atau surat dari Pengarah akan menyusul kemudian.
Adalah diharapkan semua orang dapat berjaga-jaga; Walaupun wabak ini belum disahkan di IPGM KPM; Harap maklumkan kepada semua rakan dan sekolah (Praktikum bahaw ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga sahaja.

Berikut adalah situasi semasa di IPGM KPM sahaja.
(Rujukan lanjut di http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php)

Maklumat berkaitan 13 kes tempatan daripada 4 kejadian kluster di negeri Melaka adalah seperti berikut:

1. Lima (5) kes daripada kluster di kalangan pelajar Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Maktab Perguruan ini mempunyai seramai 1,878 pelatih dan sejumlah 130 kes bergejala ILI dikesan sejak 20 Julai 2009. Sebanyak 5 sampel telah diambil dan kelima-limanya didapati positif jangkitan influenza A(H1N1). Semua pelatih yang bergejala ILI telah diberi rawatan simptomatik sebagai pesakit luar dan dikuarantin di asrama KPM berkenaan untuk membendung penularan influenza A(H1N1).

2. Empat (4) kes daripada kluster yang berlaku di kalangan 1,258 pelajar Kolej Yayasan Mara, Melaka. Seramai 33 pelajar telah dilaporkan menghidap jangkitan ILI dan dari 5 sampel random yang diambil, 4 adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). 32 pelajar kes ILI telah dikuarantin di bilik isolasi di Asrama kolej tersebut sejak 21 Julai 2009 sementara seorang pelajar telah dimasukkan ke Hospital Melaka dan sedang menerima rawatan antiviral.

3. Tiga (3) kes daripada kluster di kalangan pelajar penghuni Asrama Kolej Professional Mara, Melaka. Asrama ini mempunyai 161 orang penghuni (153 pelajar dan 8 staf) dilaporkan mempunyai 41 kes ILI. Tiga (3) sampel random yang diambil mendapati semuanya adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). Pelajar yang terlibat dikuarantin di salah sebuah blok penginapan sekolah mulai 21 Julai 2009. Tiada kes baru dikesan di kalangan pelajar lain.

4. Satu (1) kes daripada kluster di Nilam Nursing School Bachang, Melaka yang mempunyai 326 pelatih jururawat dan 20 kakitangan. Seramai 27 orang didapati menunjukkan gejala ILI. Daripada 2 sampel yang diambil, 1 positif dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kes-kes berkenaan di isolasi di asrama kolej.

Kesemua 4 fasiliti yang dimaksudkan telah diarahkan ditutup serta-merta mulai 23 Julai 2009 selama 7 hari untuk membendung penularan di institusi berkenaan.

Posted in Labels: | 0 comments

Pemantauan Program KDC KPLI Pend. Khas Ambilan November 2008

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua pelajar KPLI Pend. Khas ambilan November 2008.
Sepanjang bulan Julai dan Ogos saya tidak dapat menjalankan pemantauan yang telah diamanahkah kepada saya kerana akan bertugas menjalankan penyeliaan praktikum bagi pelajar PISMP ambilan Januari 2009 dari 29 Jun - 21 Ogos 2009.

Sehubungan itu, saya bercadang akan mula menjalankan pemantauan di sekolah anda pada awal bulan September. Harap anda dah mula menyiapkan modul2 yang telah dibekalkan oleh IPGM KPM sepanjang tarikh berkenaan.

Berikut adalah pelajar seliaan saya di bawah program pemantauan KPLI Pend. Khas

Nordiana binti Abd. Rahman SK LKTP Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.
Sabariah binti Hj. AHmad SK LKTP Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.
Majilah binti Basiron SK LKTP Linggiu, Kota Tinggi, Johor.
Siti Suhada binti Daud SK LKTP Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.

Posted in Labels: | 0 comments

Praktikum 2 PISMP Ambilan Januari 2007

Assalamualaikum
Perhatian kepada semua pelajar dibawah bimbingan saya, harap anda dapat bersedia dari segi mental, fizikal, emosi, rohani sepanjang praktikum 2 yang akan berjalan dari 29 Jun - 21 Ogos 2009. Diharap anda dapat menjaga AKHLAK, AURAT, ADAB sepanjang praktikum ini berjalan. Anda semua dikehendaki menyediakan satu laman blog untuk tujuan penulisan jurnal harian @ mingguan sepanjang program ini. Sila rujuk contoh blog KSPK 2007 yang disediakan sebagai rujukan. Saya akan menjalankan 2 kali penyeliaan minor + 1 kali penyeliaan bersama guru pembimbing subjek minor anda. Berikut adalah pelajar di bawah penyeliaan saya.

SELAMAT BERPRAKTIKUM

NOOR HAYANA BINTI ABU SAMAH SAINS SKBB 2
SHAZANA BINTI SABERI SAINS SKBB 2
NOORLIYANA BINTI NORADZMAN SAINS SKBSM
NURUL NADHRAH BINTI KAMARUZZAMAN SAINS SKBSM
FATHIAH BINTI HARUN MATE SKBSM
NURHUSNA BINTI MANSOR MATE SKBSM
WAN SHAZWANI NADIAH BINTI W.A.RAHMAN SAINS SKSD
FARAHWAHIDA BINTI ZULKIFLI SAINS SKSD
NURHAYATI BINTI JUSOH PRA SKTM
ROSLINDA BINTI ABDULLAH PRA SKTM

Posted in Labels: | 0 comments