SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Kelebihan Bulan Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan
dan rahmat Allah SWT.

Sabda Nabi s.a.w. :- ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’ Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a. :- ‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’

Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’

Sabda Nabi S.A.W :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W :- ‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’

Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- ‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’

Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

Sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban. Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W.
kali keduanya, katanya :- ‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’ Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- ‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-

Orang yang kekal minum arak.
Orang yang derhaka dua ibubapanya.
Orang yang kekal dalam zina.
Orang yang banyak berkelahi.
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

Sumber: www.hsnlife.com

Posted in Labels: | 0 comments

Indahnya Senyuman

Alhamdulillah pagi jumaat ini dapat mendengar tazkirah bertajuk "Indahnya Senyuman". Saya dapat membaca satu artikel mungkin berkaitan, harap dapat dikongsi bersama pembaca.


Indahnya senyum keredhaanmu.. Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala. Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas Bila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri. Sekiranya dia dapat kesusahan pun, dia dapat pahala.


Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala, mendatangkan dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji. Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.


JIWA TAUHID

Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman, boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal, makin lemah jiwa. Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH. Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH lakukan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyusahkan kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk penghapusan dosa kita.

Mungkin waktu kita muda-muda dulu kita pernah menyusahkan orang lain. Setidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga kawan, pukul kawan, ejek-ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang. ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita pula. Hapuslah dosa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah mengejek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui anak, melalui orang lain untuk menghapuskan dosa.

Bila kita terasa dosa kita terhapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyukuran, Kita akan sembelih lembu lima, enam ekor. ltu baru penjara dunia. Penjara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan menakutkan.

Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhirat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu ganjaran pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok. Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemimpin sekalipun, walau sehebat mana pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia seorang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan ruas.


Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyusah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak nampak maha berkuasanya ALLAH. Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq. Dia nak hapuskan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu masih terus berjuang dan dari sehari ke sehari makin berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan mendukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu kalau dibandingkan dengan pemimpin yang dikawal oleh bodyguard tapi akhirnya dapat dijatuhkan juga.

Kalau mengikut logik, itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH. Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila didatangkan ujian oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sakit memang sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sampai kita hilang pertimbangan. Katalah ada orang menyusahkan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.・

Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita umpamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang bersalah; dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH! Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Patutnya kawan itu yang marahkan kita, tengok, aku dah termarahkan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka...・Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedangkan kita patut susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga daripada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya kita sedar tentang hal ini.


DIDIKAN UNTUK WANITA

Bagi seorang isteri, kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru balik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. tak apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan dengan cara inilah dosa aku terampun・ Jadi kita tak akan marah-manahkan suami kita. Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak apa, tapi kalau orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita make don’t know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita, kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula, isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak sedar. Dia buat don;t know sahaja. Sebab itu pentingnya tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadikan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ni dunia siapa yang bikin?・Tentu dia jawab, tuhan ALLAH la...Tauhid macam itu, orang kafir pun miliki.

Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit sebanyak-banyaknya, ALLAH seolah-olah berkata, ni Aku beri peluang untuk engkau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi mengapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewaan, kita tak ambil peluang untuk cari pahala. Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat berikan pahala sabar pula. Tadi diberi peluang dapat pahala syukur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya.

Kalau tak ada kejadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala? Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda kepada kita.


AMARAN ALLAH

Menjaga hubungan hati dengan ALLAH itu penting. Sekiranya ujian-ujian yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambarkan bagaimana. Tentulah ALLAH murka.

Di dalam Hadis Qudsi ada disebut: Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. Bolehkah Kita cari Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi selain daripada bumi ALLAH? Katalah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya adaIah kepunyaan ALLAH.

Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman demikian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia menyuruh kita mencari bumi selain daripada bumi-Nya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja. Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidupan di bumi-Nya ini ada payah dan ada senang. Katakanlah, kita berdoa kepada ALLAH, minta nikmat sahaja. Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja rezeki seringgit, Kita tambah sembahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH.

Mampukah kita berbuat begitu? Kalau tidak mampu, terimalah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kalau kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boleh menambah bakti. Bukannya kita boleh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat! Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-langgang. Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang dibuat. Kita akan tambah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya.

Apakah kita mampu berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham. Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku dipiatnya.・Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori? Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan diIanggar lori, lagi parah. Kalau dia faham, tak apalah dijentik sikit sebagai mengingatkan aku jangan main di tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan dengan jentikan tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun, patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya ayah dan ibu aku ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku.

BiIa si anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak. Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam dunia ni, kerana nak menjaga ketenangan hati dan fikiran anak muridnya, mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak. Agak-agaknya bagaimana manusia ini keadaannya? Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan.

Bagaimana agak keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita. Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini? Begitulah kalau ALLAH tak jentik-jentik kita, tak disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini? Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari penderitaan yang besar di Akhirat kelak. Kalau kita faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

Sumber: www.weluvislam.com

Posted in Labels: | 0 comments

Peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil
(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W.dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu
dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.

iv. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan
Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat
umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Sumber: www.axocore.com

Posted in Labels: | 0 comments

Sifat Tawadhu'

Tawadhu' biasanya di terjemahkan dengan erti merendah diri. Beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ialah;


· Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). Tawadhuk adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk 'siddiq

· Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun

· Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
Orang yang yang tidak pernah membusungkan dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat.
Sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil

· Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."

Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:

يقول الله : من تواضع لي هكذا - وجعل باطن كفه إلى الأرض وأدناها إلى الأرض - رفعته هكذا - وجعل باطن كفه إلى السماء ورفعها نحو السماء

Maksudnya;"Barangsiapa tawadhuk(merendah diri) kerana Aku(Allah) seperti begini: ia itu Rasulullah menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke Bumi, nescaya Aku angkat seperti ini(ia itu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)." (Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)

Allah berfirman dala surah Al Furqan ayat 63

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا"

Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."

Antara perilaku orang yang tawadhu' ialah;

· Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.

· Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.

· Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.

· Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang ia ada kelas tersendiri.

· Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.

· Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.

· Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.

· Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.

· Segera minta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.

· Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.

· Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.

Posted in Labels: | 0 comments

Keistimewaan Bulan Rajab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yang besar dari ALLAH S.W.T.”

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan disisi ALLAH S.W.T. Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH S.W.T. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as : "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH S.W.T. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW,mengapakan anda menangis?" Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa dalam kubur." Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH,kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab,Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

KELEBIHAN BULAN RAJAB
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rajab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rajab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rajab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rajab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rajab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rajab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.
10. Bulan Rajab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rajab, wajib bagi yang ber puasa itua.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rajab, seperti bersedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan.

"Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rajab/ Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa." - "Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rajab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH S.W.T." "Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rajab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat."

"Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan." "Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga." - "Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulanini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah(hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: "Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?"Maka berkata Jibrilb a.s.: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rajab ini". Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW melalui sebuah kubur,lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH S.W.T. Lalu saya bertanya kepada beliau: "Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda : "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan siksa ke atas mereka". Sabda beliau lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur". Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?" Sabda beliau: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat karena ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku". "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Sumber: www.kafemuslimah.com

Posted in Labels: | 0 comments