Cipta kecemerlangan mengisi masa
Posted On Sunday, November 25, 2012 at at 6:04 PM by maori
Imam Hassan al-Banna ada
menyebut, “Masa adalah kehidupan”. Ertinya,
orang yang tidak mempedulikan masanya seolah-olah mereka membuang kehidupannya.
Dalam erti lain, orang yang membuang masa sama seperti membunuh kehidupannya.
Islam sebagai agama yang mempelopori kecemerlangan sejak awal-awal lagi iaitu ribuan tahun dulu menyerang dan mencela mereka yang alpa dalam mengurus masa.
Islam sebagai agama yang mempelopori kecemerlangan sejak awal-awal lagi iaitu ribuan tahun dulu menyerang dan mencela mereka yang alpa dalam mengurus masa.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”.
Hebatnya masa menurut
Allah sehingga banyak perkataan ‘sumpah’ dalam al-Quran dikaitkan dengan masa.
Seperti demi waktu malam, demi waktu Duha, demi waktu siang dan banyak
lagi.
Generasi silam yang
mencipta kecemerlangan kerana mereka bijaksana dalam mengisi masa. Mereka bukan
hanya membaca, tetapi mengkaji dan menganalisis.
Mereka bukan hanya menjadi pengguna, tetapi pencipta, mereka bukan saja penulis ,tetapi menterjemah dalam bentuk perbuatan. Tidak hairanlah jika mereka menjadi tokoh di usia muda.
Kenapa kita tidak boleh jadi seperti mereka? Mereka manusia, kita pun manusia. Jumlah hari dalam setahun masih sama 365 hari, sebulan masih juga 30 hari dan tujuh hari seminggu pun masih tidak berubah sehari semalam 24 jam tetap seperti dulu.
Cuma berbeza ialah cara mereka mengisi ruang masa. Lihatlah Imam Al-Jauzi berkata, dia pernah membaca sebanyak 20,000 buku.
Ibnu Sina ketika merawat Sultan memilih untuk membaca semua buku di perpustakaan diraja daripada menerima pangkat kebesaran.
Imam Syafie mempunyai lebih daripada 1,000 guru. Cerita seumpama itu sepatutnya menjadi sumber motivasi kepada kita.
Bayangkan jika kita menghabiskan masa sejam sehari tanpa faedah dalam setahun kita membuang 365 jam kehidupan kita.
Dengan jumlah masa sebegitu banyak jika kita gunakan untuk mempelajari bahasa sudah berapa bahasa kita boleh faham?
Jika kita gunakan masa sebanyak itu untuk menghafal ayat al-Quran sudah berapa surah kita hafal? Itu baru sejam satu hari.
Bayangkan berjam-jam kita bersembang, melepak di tepi jalan, berborak tanpa tujuan, merayau-rayau, apa lagi lumba haram dan pulang dari pusat hiburan ketika Subuh menjelang.
Malang sekali jika kita termasuk dalam senarai mereka yang diisytihar Allah sebagai orang yang paling rugi. Hidup ini mempunyai tiga masa saja, iaitu masa yang sudah lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang atau masa kita adalah semalam, hari ini dan esok.
Kehidupan kita hari ini sebenarnya ditentukan masa silam dan bagaimana kehidupan esok ditentukan sikap kita hari ini. Sekiranya sifat malas yang kita ‘semai’ nescaya kegagalan yang akan kita tuai kelak.
Jiwa yang besar menghiasi diri dengan ilmu manakala jiwa sederhana bercakap soal peristiwa saja dan jiwa yang rendah asyik bercakap mengenai orang saja.
Orang yang berfikiran cetek pula hanya sibuk bercakap mengenai dirinya saja.
Malah, berkaitan masa juga, Rasulullah memberikan peringatan kepada kita untuk memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu:
·
Masa muda sebelum tua.
·
Masa sihat sebelum sakit.
·
Masa kaya sebelum miskin.
·
Masa lapang sebelum sibuk.
·
Masa hidup sebelum mati.
Kecergasan fizikal dan mental ketika muda sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebab apa yang akan terjadi pada hari tua ditentukan mengikut apa yang kita lakukan ketika muda.
Nikmat kesihatan juga amat berharga.
Seluruh anggota badan kita adalah milik
Allah yang wajib kita jaga amanah itu. Ramai yang tidak menghargai nikmat sihat yang mana terbabit dalam aktiviti yang membawa kemusnahan dan kesengsaraan pada diri.
Kekayaan tidak kekal, malah ia boleh bertambah dan hilang musnah sekelip mata. Justeru kekayaan adalah amanah, mendapat dan menggunakannya mengikut peraturan Allah.
Allah yang wajib kita jaga amanah itu. Ramai yang tidak menghargai nikmat sihat yang mana terbabit dalam aktiviti yang membawa kemusnahan dan kesengsaraan pada diri.
Kekayaan tidak kekal, malah ia boleh bertambah dan hilang musnah sekelip mata. Justeru kekayaan adalah amanah, mendapat dan menggunakannya mengikut peraturan Allah.
Kita boleh mencari harta sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan dilaknat dan diazab atau pun tidak menjadi Tha’labah yang kaya tetapi bakhil.
Jadilah kekayaan harta yang kita miliki untuk menjadi seorang dermawan. Terakhir sekali yang amat penting masa hidup sebelum mati.
Kata Saidina Ali: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedia dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (kenikmatan) selepas mati.”
Sumber: www.hmetro.com.my
Mencapai Istiqamah
Posted On Friday, November 23, 2012 at at 10:15 PM by maori
Istiqamah
adalah satu perkataan bagi menggambarkan sifat unik yang mungkin sukar
diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita.
Istiqamah
bermaksud menuruti jalan yang lurus, iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok
meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau batin serta
meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT.
Kebiasaannya,
istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah kerana iman adalah asas kepada
keutuhan istiqamah. Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang
Muslim.
Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.
Saidina Abu Bakar RA ketika ditanya mengenai istiqamah menjawab bahawasanya: “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun).”
Umar Al Khattab RA pula menyatakan bahawasanya: “Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”
Sementara itu, Usman bin Affan RA menyifatkan istiqamah sebagai: “... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.”
Secara mudahnya, istiqamah dapat difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredaan Allah SWT.
Namun dalam realitinya, istiqamah sukar diterjemahkan kerana diancam oleh pujukan hawa nafsu, disangsikan pula oleh bisikan syaitan. Oleh itu, kadangkala kita menjadi keliru dan was-was dengan jalan dipilih.
Apatah lagi apabila melaksanakan sunnah Rasulullah SAW atau syariat Allah pada akhir zaman ini yang diibaratkan umpama menggenggam bara api, sekali gus membuatkan kita kadang kala dipandang jelek dan kolot.
Ada orang yang berhijrah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat, tetapi kemudian membuka kembali auratnya kerana berasa tidak yakin dengan penampilannya di dalam masyarakat selain tidak tahan mendengar ejekan sinis orang sekeliling.
Begitu juga apabila berbicara mengenai istiqamah dalam masyarakat umat Islam. Umat Islam yang beristiqamah adalah keadaan di mana seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah, kepercayaan, ibadah dan perlakuan tanpa keraguan terhadap apa diwahyukan Allah melalui Rasul-Nya.
Pendek kata, melaksanakan semua tuntutan Allah tanpa memilih mana yang sesuai dengan alasan mengikut peredaran zaman.
Bukti istiqamah ini dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah Al-An’am bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”
Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi tujuan kejadian manusia. Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku.”
Selain itu, seperti dibicarakan di atas, istiqamah juga bererti menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan Rasulullah SAW dengan pasrah dan bersungguh-sungguh.
Hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi surah al-Ahzab, ayat 36, bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak pula bagi wanita beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka.”
Di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ada beberapa panduan bagaimana untuk kita menuju kepada istiqamah. Antaranya:
1. Kesedaran dan kefahaman benar mengenai Islam.
Untuk
mencapai darjat istiqamah secara maksimum, seseorang itu memerlukan pemahaman
terhadap Islam secukupnya. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik
tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia.
a akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau seteruk mana sekalipun ia datang menggoncang. Pemahaman mengenai Islam yang tidak sempurna hanya membawanya ke jalan sesat.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya.
Dua
perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim merasa dekat dengan Allah, ke
mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan
keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat
oleh Allah. Dengan begitu, seseorang itu tidak lagi berani menyimpang dari
jalan-Nya.
Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
3.
Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah.
Ini
sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman
yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta
mengingatkan kita daripada kekeliruan.
Bukan bermaksud memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka yang tidak menampilkan ciri-ciri Islamik, tetapi hanya cuba lebih rapat dengan mereka yang soleh supaya kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar istiqamah.
4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.
Antara cara terbaik bagi mewujudkan sikap istiqamah dalam diri adalah apabila seseorang itu sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan.
Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”
Doa ini bermaksud: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)
Semoga dengan sedikit penerangan mengenai sifat istiqamah ini, kita semua dikurniakan jalan lurus untuk mencari keredaan Allah SWT sebagaimana hakikatnya yang mengatakan: jika mengimpikan syurga, jangan sekali-kali mengimpikan jalan luas untuk ke sana.
Sumber:
www.hmetro.com
Hati baik tolak keburukan
Posted On Monday, November 19, 2012 at at 11:19 AM by maori
Manusia
memiliki potensi menerima dan menolak. Jika tidak, mereka kehilangan dirinya
serta rahsia kewujudannya.
Ia
ibarat pohon kering yang daunnya berguguran, tidak hijau dan tidak hidup. Sama
juga dengan pohon tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. Ia tidak memiliki pengaruh dalam
kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi. Potensi
menerima dan menolak sangat dipengaruhi hati.
Apabila hatinya baik, ia cenderung menerima kebaikan dan menolak keburukan. Sebaliknya, apabila hatinya buruk, ia cenderung kepada keburukan dan menolak kebaikan.
Hati adalah raja kerana ia mengendalikan setiap langkah manusia. Ia bekerjasama dengan akal yang berperanan menentukan setiap keputusan yang menjadi pengukur buruk atau tidak manusia.
Jika baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila buruk, buruklah seluruh tubuh. Demikian sabda Rasulullah s.a.w mengenai hati.
Di antara umat Islam, ada beberapa orang biasa yang kedudukannya sangat istimewa di hadapan Allah.
Ia bukan ulama atau syuhada’. Mereka dapat menyingkap rahsia kehidupan dan rahsia Allah dalam dirinya sehingga dapat menggunakan potensi penglihatan, pendengaran dan hati sesuai dengan kehendak Allah S.W.T.
Mereka juga mampu mengendalikan semua pancaindera untuk ketaatan kepada Allah. Ia adalah gerakan organ tubuh dan jiwanya dalam ketekunan dan kekhusyukan beribadah.
Jiwanya lahir gelombang semangat, malamnya dihidupkan dengan bertahajud serta berdoa menyesali setiap kekeliruan. Pada siangnya ditebarkan kasih sayang dan kebaikan.
Mereka menyeru manusia supaya kembali ke jalan Allah. Roh dan hatinya menjadi penarik setiap hati manusia kembali menemukan pintu hidayah.
Hatinya mendapat petunjuk dan perlindungan daripada Maha Pemberi Petunjuk.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (Surah Al-Anfal ayat 24).
Allah menggambarkan orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya dalam al-Quran: “Kemudian selepas itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat 74).
Abbas As-Siisiy dalam buku Ath-Thariq Ilal Qulub (Bagaimana Menyentuh Hati (1420 H) menjelaskan, dalam ayat itu, Allah menjelaskan, batu itu sensitif, bahkan ketika meluncur jatuh ia takut kerana Allah.
Tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu itu dapat menjadi sensitif yang melekat satu sama lain kerana takutnya kepada Allah.
Abbas As-Siisiy berkata lagi, bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan Allah kenikmatan yang besar seperti akal, perasaan dan hati sebagai penitipan rahmat.
Sebahagian manusia hatinya hidup mensyukuri semua kenikmatan Allah. Sebahagian besar yang lain pula kurang mensyukuri bahkan tidak bersyukur sama sekali terhadap pemberi rezeki iaitu Allah.
Manusia kufur nikmat itu sudah mati hatinya. Sebagaimana firman Allah: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah Al-Baqarah ayat 10).
Orang yang mati hatinya sukar menerima kebenaran. Mereka bertindak sesuai dengan kehendaknya. Nafsu syahwatnya menjadi pengendali sehingga akan menjadi makhluk yang angkuh dan sombong.
Kerana itu, berlindunglah daripada hati yang keras, hati yang mati dan hati yang dikendalikan nafsu. “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
Sumber: www.hmetro.com
Rahsia di sebalik bulan Muharram
Posted On Wednesday, November 14, 2012 at at 12:00 AM by maori
Tahukah anda apakah
rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah
ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah
memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah
dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan”
atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al
Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan
ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
Peristiwa-peristiwa
penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga
telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang
disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya
seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:"Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya
seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:"Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2
tahun".
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa /
belanja anak isteri
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir
miskin
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang
sesat
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap
kepala anak yatim
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara
kehormatan diri
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah
hingga akhir seribu kali
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat
empat rakaat
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
“Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang
berbuka puasa
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.
Sumber:
Laman Nurani
Faedah Buat Baik Dengan Anggota Badan
Posted On Tuesday, November 6, 2012 at at 10:00 PM by maori
TAHUKAH
anda, ada suatu amalan yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan?
Rasulullah SAW bersabda: “sesuatu yang
paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat
mendatangkan keburukan ialah balasan (seksaan) bagi orang yang berbuat jahat
dan yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dalam
hadis lain, Baginda bersabda: “Siapa yang
ingin rezekinya diperluas dan umurnya panjang maka hendaknya ia
bersilaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pembaca
budiman, sebelum kita hendak menghubungkan silaturahim dengan orang lain iaitu
keluarga terdekat atau teman taulan, tanya diri kita dulu sudahkah kita bersilaturahim
dengan diri kita sendiri?
Kalaulah kita boleh berlaku baik dengan anggota badan, barulah kita boleh dan lebih senang berinteraksi dengan orang yang di luar kita.
Silaturahim dengan anggota badan yang penulis maksudkan ialah berbuat baik dengan muka, mata, hidung, mulut, telinga, rambut, tangan, dan kaki kita.
Mengapa seseorang tidak dapat menghormati orang lain? Jawapannya, kita sendiri tidak menghormati anggota badan kita.
Dalam erti kata lain, kalau kita tidak pandai bersilaturahim dengan anggota kita, mana mungkin kita boleh menyambung silaturahim dengan orang lain.
Silaturahim ertinya menjalin kasih sayang atau memberikan perhatian sepenuh hati. Salah satu buktinya adalah dengan bersalaman di mana tangan kita menyentuh tangan sahabat kita (tentu saja yang mahram).
Maka, perhatikan diri anda, Allah memberikan sehari lima kali untuk kita bersilaturahim dengan wajah, mata, hidung, mulut, tangan, kepala, rambut, telinga dan kaki kita dengan cara berwuduk.
Maka, jika kita ingin panjang umur dan luas rezeki, bersungguh-sungguh ketika berwuduk. Contohnya, ketika sedang mencuci kaki, perhatikanlah kaki kita, fokus kepadanya, sapulah dan usaplah dengan tenang dan sepenuh hati.
Jika begitu, wajar hidup kita tidak bahagia, kurang sihat, rezeki tidak lancar dan kurang berkat. Yang dekat tidak diberi perhatian, apatah lagi yang jauh.
Layanilah anggota badan kita tadi dengan penuh santun dan penuh penghormatan. Kadang kala, jika kita ditimpa penyakit seperti sakit perut, sepatutnya kita minta maaf pada perut.
Letakkan
tangan ke atas perut sambil berkata, “Wahai
perut aku minta maaf kerana aku makan makanan yang tidak sihat atau kerana
makan terlalu banyak yang membuatkan engkau sakit”.
Kepada
yang terkena penyakit kencing manis juga patut minta maaf pada seluruh badan
kerana kita tidak menjaga makan, tidak bersenam sehingga menyebabkan kaki
terpaksa kena potong atau menderita lama di hospital.
Begitulah dengan pelbagai pelanggaran sikap dan tabiat kita lakukan sehingga membuatkan anggota badan kita menderita. Tunjukkanlah rasa tanggungjawab pada anggota badan kita sebagai amanah.
Insya-Allah, ada kemungkinan kita berpotensi untuk menghormati dan mengutamakan orang di sekeliling kita. Selamat mencuba.
Sumber: www.hmetro.com.my