Seksa orang yang meninggalkan solat fardhu
Posted On Sunday, September 29, 2013 at at 6:41 PM by maori
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh: satu kali meninggalkan akan
dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di
dunia.
2. 2. Solat Zuhur: satu kali meninggalkan
dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar: satu kali meninggalkan dosanya
sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib: satu kali meninggalkan dosanya
sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya: satu kali meninggalkan tidak akan
di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.
6 Seksa di Dunia Orang yang Meninggalkan
Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya
soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai
tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak
mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi
sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya
sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan
sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat
akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan
kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa
dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan
Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu
kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu
menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka
tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini
wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk
menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber: www.detikislam.blogspot.com
Kelebihan Mencium Anak
Posted On Wednesday, September 25, 2013 at at 10:15 PM by maori
Ciumlah
anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Sumber:
www.hmetro.my