SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Tanda-tanda Kehadiran Malam Lailatul Qadar


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber: www.iluvislam.com


Posted in Labels: | 0 comments

Menghayati Ramadhan

RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.


Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan yang penuh keberkatan ini?

Bulan dan detik-detik yang sarat dengan kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri?


Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).


Puasa “MADRASAH” membentuk peribadi Muslim sejati.


Matlamat puasa tidak lain adalah untuk merawat penyakit dan kecacatan yang menimpa diri seorang muslim. Puasa merupakan madrasah membentuk peribadi muslim yang bersifat ikhlas, sabar, melatih rohani dan jasmani.


Puasa mendidik dan membentuk muslim bersifat sabar dalam apa jua situasi dan keadaan. Sabar yang paling kuat adalah sabar dalam melawan kehendak nafsu ammarah dan sering mengajak tuannya ke lembah kejahatan dengan melakukan perkara-perkara haram dan menjauhkan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Seseorang yang berpuasa yang meneladani dan memahami anjuran Rasulullah ketika mendengar kata-kata keji dan kurang enak dilemparkan ke atasnya akan segera berkata, "sesungguhnya aku berpuasa".


Sifat sabar yang dimiliki oleh setiap muslim menjadikan amalannya di atas paksi ikhlas kerana Allah SWT. Allah menjadikan setiap pahala amalan kepada hamba-hambanya melainkan puasa kerana puasa dinisbahkan kepada-Nya dalam erti kata lain Allah SWT yang memberikan ganjaran pahalanya.


Puasa mengajar seorang muslim menjaga lidahnya dari berkata dusta, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tidak ada ertinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum. (riwayat al-Imam al-Bukhari).


Hadis ini adalah peringatan kepada setiap diri agar meninggalkan perkataan dusta dan ghibah. Sabda baginda tidak ada ertinya di sisi Allah merupakan perumpamaan tertolaknya ibadah puasa yang bercampur dengan perkataan dusta.


Seorang muslim yang berpuasa sewajarnya membetulkan niat ikhlas kerana Allah SWT dalam menjalani ibadah puasa. Selain itu, menjaga diri daripada perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya kecacatan terhadap puasa yang dilakukan dengan mengikut garis panduan yang di ajar oleh baginda SAW.


Memelihara ikhlas adalah dengan cara mengarahkan hati hanya kepada Allah SWT dan hanya mengharapkan pahala dan keredaan dari-Nya. Manakala ittiba' (pengajaran) dalam puasa pula adalah dengan mengetahui hukum-hukum puasa sehingga sah puasa yang dilakukan, mengecapi kenikmatan dan pahala, serta jauh dari dosa.


Bagaimana mungkin seorang muslim dapat merealisasikan ittiba' iaitu meneladani Rasulullah SAW dalam puasa, sementara dia jahil terhadap puasa-puasa yang wajib sehingga membatalkan puasanya. Puasa bukan hanya semata-semata menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan palsu dan melakukannya, maka Allah SWT tidak mempedulikannya dalam meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat al-Bukhari). Daripada hadis ini dapat difahami bahawa berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi berpuasa adalah menjaga daripada berkata-berkata perkara yang sia-sia atau perkara keji.

Sumber : www.utusan.com.my

Posted in Labels: | 0 comments

Perhimpunan Bulanan, Pelancaran Jalur Gemilang & Hari Q

Posted in Labels: | 0 comments

Ramadhan penjana diri insaniah . .

Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat dari sudut kewangan, bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat dari sudut kesihatan, bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan? Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa, berkat dan fadhilat, rahmah dan magfirah. Pandangan-pandangan ini secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu, tetapi juga pada bulan –bulan yang lain.

“ What you see is what you get”. Maksudnya , apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.. Jadi kesan dan manfaat puasa bergantung kepada cara kita melihatnya , jika pandangan kita mengenai puasa kita tepat , maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga . Sebaliknya , jika pandangan kita tersalah atau serong maka akan tersasar juga lah hasil dan kesan puasa itu . inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam dewasa ini-kesan puasa tidak padu dan menyeluruh. Antara penyebabnya ialah pandangan kita terhadap puasa yang tidak tepat.

Kebanyakan umat Islam mengamalkan puasa pada aspek ‘ritual’ nya sahaja. Aspek-aspek yang lebih mendalam dan mendasar yakni elemen ‘substance’ dalam puasa itu sering terabai. Semasa bulan puasa kita melihat masjid penuh dengan berbagai-bagai aktiviti misalnya , umat Islam berterawih, bertadarrus , majlis berbuka puasa yang meriah dan lain-lain amalan tradisi. Namun bagaimanakah keasan amalan-amalan ritual itu dalam menjana akhlak dan keperibadian yang tinggi. Tegasnya , apakah pakej amalan-amalan rohani sepanjang Ramadhan mampu menyekat kemungkaran dan kejahatan hingga terbina keluarga yang bahagia dan masyarakat yang penyayang?

Puasa kerap dilihat secara terbatas – yakni hanya sebagai satu tuntutan ibadah khusus yang memerluakn kita menahan lapar, bersahur, solat terawih dan sebagainya. Begitulah selalunya anggapan sesetengah kita . Sedangkan skop puasa lebih daripada itu . Puasa pada pengertian bahasa ialah’ menahan diri’. Jadi apakah sebenarnya yang tersirat dalam kunci-kunci ‘menahan diri’ itu / Apa yang perlu ditahan? Kenapa kita perlu menahannya? Dan bagaimana?

Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu . Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus unutk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nafsu yang secara semulajadinya sangat buas dan jahat. Allah S.W.T. menyebut dalam firman-Nya: “ Sesunguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”

Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Musuh yang paling kuat memusuhimu ialah nafsu yang berada di dalam dadamu.” Dengan berpuasa, orang Islam hakikatnya sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa didalam diri. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Tuhan, zakat membersihkn rasa tamak pada harta di dalam jiwa / maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu. Ibadah puasa adalah pakej latihan –latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati. Firman Allah S.W.T.: “ Wahai orang –orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (Al- Baqarah: 83). Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu? Dalam surah Al-Baqarah ayat 83 menjelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman. Oleh sebab itu kewajipan berpuasa dimulakan dengan seruan ‘ Wahai orang yang beriman .’ Tegasnya , sesorang yang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinan kepada Allah S.W.T. Oleh itu puasa mesti diniatkan ‘kerana Allah S.W.T.’ Disinilah sering berlaku kesilapan dikalangan umat Islam. Tanpa disedari yan gberpuasa bukan kerana Allah S.W.T.


Kadang-kadangkala apa yang’ diniatkan’ lebih terfokus kepada hikmah bukan perintah. Misalnya, antara hikmah berpuasa ialah dapat melahirkan rasa simpati ,empati dan ihsan kepada orang -orang miskin. Ini kerana rasa lapar dalam bulan puasa mengingatkan kita pada nasib orang-orang selalu berlapar. Benar, ini adalah hikmah berpuasa tetapi itu bukan niat utama kita berpuasa. Jika itulah niat yang utama, kenapa orang yang sering berlapar itupun masih diwajibkan berpuasa?
Besar bezanya, ‘berlapar’ kerana Allah S.W.T. pada bulan Ramdhan. Sesetengahnya pula terlalu asyik memburu fadhilat hinggakan fadhilat itu yang menjadi niatnya . Sayugia diingatkan bahawa fadhilat bukanlah dasar sesuatu ibadah ,tetapi ia hanya bersifat galakan atau’insentif’ yang berfungsi sebagai galakan atau dorongan. Bagi memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah S.W.T.

Sebagai hamba Alah S.W.T. maka sudah sewajarnyalah kita mematuhi perintah Tuhan sama ada dengan atau tanpa ganjaran. Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah yang memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat Al-Quran tersebut. Pendek kata, muqaddimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat. Sungguhpun begitu, niat yang betul sahaja belum menjamin kesan puasa yang baik. Ia perlu disusuli oleh pelaksanaan yang baik juga. Sebab itu puasa hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tepat mengikut segala ‘manual’ feqahnya . Dan ia juga mesti dilaksanakan dengan ‘roh’ tasawufnya. Selain menepati hukum wajib dan sunatnya secara feqah, puasa juga hendakalah diiringi dengan melaksanakan amalan-amalan yang baik da meninggalkan amalan-amaln yan gjahat dari segi lahir mahupun batin. Pada dasarnya nafsu adalah musuh batin, maka sepatutnya sepatutnya ia juga mesti’dilawan’ secara batin juga.

Namun soal batin sangat berkait dengan soal lahiriah. Oleh itu pertalian kuat antara nafsu dengan makanan, pandangan, perkataan, dan sebagainya mesti diputuskan! Paksi kejahatan dalam diri itu digambarkan begini…….Nafsu mendapat kekuatan daripada makanan dan rangsangan syaitan. Dan ia menjadi kuat apabila seseorang menjadi kuat apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut (makanan) pula sangat berkait dengan nafsu seks. Dari situ lahirlah sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.Maka apabila seseorang makan dengan banyak, nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkat untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran. Ini menjelaskan kepada kita kenapa pada bulan puasa, yang mana syaitan telah ‘dirantai‘ pun , ramai yang melakukan kemungkaran. Berdasarkan logika , nafsu sepatutnya sudah lemah dalam keadaan begitu. Sumber tenaganya (makanan) dan ‘motivator’nya (syaitan) sudah tidak ada. Kenapa? Ini kerana proses ‘menyempitkan’ saluran darah yang merupakan ‘highway’syaitan) dengan mengurangkan makanan tidak tercapai justeru pada sewaktu berbuka puasa saluran ini dibuka seluas-luasnya semula. Jadi apa lagi, nafsu pun mengamuk kembali. Kita bukan menyekat nafsu , tetapi hakikatnya Cuma mengempangnya buat seketika dan apabila telah membuka –buak kita lepaskan semahu-mahunya. Jadi tidak hairan kalau nafsu bukan semakin lemah , tetapi semakin kuat dibulan puasa! Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja . Ini disebabkan kita tidak melihat puasa sebagai salah satu mekanisme melawan hawa nafsu melalui menyempitkan laluannya dengan cara menahan lapar dan dahaga . Ketika ditanya , mengapa kita berpuasa, ? Ramai orang Islam menjawab, agar kita dapat merasakan kelaparan yang dailami oleh orang –orang miskin, maka dengan ini akan terbina jiwa prihatin dan simpati kepada nasib mereka. Jika benarlah itu tujuan utama, berpuasa dan mengapa orang miskin yang berpuasa juga wajib berpuasa? Bukanlah hari-hari yang bukan bilangan puasa pun mereka rasa selalu mengalamimya rasa lapar dan dahaga (kerana kesempitan hidup)/ Ikut logiknya , biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang berpuasa. Tetapi tidak sedemikian , yang kaya dan yang miskin sama-sama diwajibkan berpuasa . Ini bermakna ada tujuan lain yang lebih tinggi dan ada utama disebalik rasa ‘lapar’ dalam berpuasa. Lapar kerana kesempitan hidup dengan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya. Orang yang miskin selalunya merasakan kelaparan dan kerana kesempitan duit. Tetapi di bulan puasa mereka berlapar semata-mata kerana Allah S.W.T. yang hakikatnya itulah latihan membentuk peribadi mereka. Menjadi orang miskin yang sabar.Dan buat sikaya yang selalu kenyang pula , mereka terpaksa berlapar kerana Allah S.W.T. yang hakikatnya itulah latihan yang membentuk peribadi mereka terpaksa berlapar kerana Allah S.W.T. dibulan puasa walaupun makanan ada dihadapan mata, justeru itu satu latihan bagi membentuk peribadi kearah menjadi sikaya yang syukur hatinya!

Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi medan latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa orang yang dapat menahan anggota pancaindera seperti pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah S. W.T. dimana hati dan akal dikawal daripada mengingati sealin Allah S.W.T. dimana hati dan fikiran dikawal daripada mengingati selain daripada Allah S. W.T. inilah puasa yang cemerlang. Latihan berlapar disiang hari diikuti pula oleh pakej latihan yang berbentuk habluminallah dan habluminannas. Pakej ini perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan yang padu dalam berpuasa.

Oleh itu, dalam bulan puasa , kita perlu menjalani latihan-latihan bersungguh. Antara latihan yang perlu dijalani ialah solat terawih, membaca Al-Quran, memperbanyakkan sedekah, iktikaf di masjid mengerjakan umrah dan membanyakkan amalan kebajikan. Apabila nafsu dan hati telah terdidik , ia ibarat penjana untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada sebelas bulan berikutnya. Hati setelah dicanai dengan membanyakkan solat sunat, minda pula dicanai melalui pembacaan Al-Quran , bertasbih dan beriktikaf, maka hati dan fikiran dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Apakah kelebihan iktikaf? Ia adalah satu perkara yang memberi konsentrasi dan mengawal minda. Apabila minda cantik, sikap itu adalah terjemahan dari hati dan minda.

Kesimpulannya, Allah S. W.T. pula telah menyediakan suasana yang kondusif bagi persiapan tersebut. Namun kesan puasa tidak sama pada semua orang . Ia bergantung kepada orang yang melihat, tahap kita berusaha , kemampuan kita menahan keperitan dan untuk mendapatkan taqwa. Moga-moga kita sebagai muslim sejati mendapat taqwa pada bulan Ramadhan ini.

Posted in Labels: | 0 comments

Hari Raya @ Puasa dulu . . .

Kurang satu minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Maknanya ada kira-kira sebulan lebih, hari raya akan diraikan. Bagi umat Islam, Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu. Banyak fadilat dan manfaat yang datang bersama Ramadan. Apatah lagi tahun ini umat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air dalam bulan Ramadan. Tentu banyak nostalgia mahu dibangkitkan sepanjang Ogos yang merupakan bulan merdeka dan juga bulan untuk umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa. Sememangnya rezeki juga datang mencurah-mencurah pada bulan yang menguji ketahanan mental dan fizikal umat Islam. Manakala hari raya atau kedatangan Syawal pula bagi meraikan kejayaan umat Islam melawan godaan nafsu dengan berpuasa selama 30 hari. Begitulah susun-aturnya - Ramadan datang dahulu sebelum Syawal.

Namun trend kebelakangan ini semacam terbalik. Belum pun sempat Ramadan menjenguk, iklan-iklan hari raya melimpah-ruah. Jualan murah yang tidak diketahui murah atau mahal berlangsung di sana-sini, semua sempena menyambut hari raya. Jualan murah pula tidak terhad pada satu item sahaja. Namakan apa saja pasti ada saja jualan murah yang berkaitan. Baik pakaian, perabot, aksesori, tiket kapal terbang malah pakaian dalam sekali pun kononnya dijual murah semata-mata untuk memeriahkan hari raya.

Bagaimana pula dengan persiapan menyambut Ramadan. Apa yang diuar-uarkan? Terbacakah kita tentang iklan sembahyang terawih di Dataran Merdeka misalnya? Adakah iklan-iklan yang mengajak anak-anak muda bersama-sama menghidupkan Ramadan di Dataran Pahlawan? Atau sama-sama bertadarus di masjid-masjid bagi menambah pengisian sepanjang Ramadan?

Berbuka

Kebiasaannya, yang diuar-uarkan berkaitan bulan puasa adalah bufet berbuka puasa di hotel-hotel. Hotel itu menawarkan RM65++++, manakala hotel ini pula mempromosikan 100 hidangan berbuka dengan hanya RM95++ satu kepala. Ada pula hotel menyediakan hiburan sampingan seperti persembahan ghazal mengiringi majlis berbuka puasa. Untuk menjadi lebih pelbagai dan kononnya kreatif, ada tawaran menginap di hotel dengan pakej bersahur di dalam bilik.

Jelas apabila datangnya puasa dan hari raya, aspek yang diketengahkan hanyalah soal berbelanja, makan, makan dan makan. Seolah-olah Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk umat Islam makan sepuas-puasnya seperti mana iklan - dengan RM95++ anda boleh menikmati 100 juadah berbuka puasa. Nikmatilah harga runtuh dan potongan istimewa untuk perabot baru bagi memeriahkan hari raya anda. Jualan musim perayaan, bazar raya dan macam-macam iklan yang mula memenuhi akhbar dan berkumandang di radio serta televisyen.

Bukan untuk menyalahkan iklan lantaran itu adalah strategi perniagaan mereka, tetapi daripada mana mereka belajar strategi itu kalau bukan berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri. Mungkin hasil kaji-selidik dan pemerhatian syarikat-syarikat iklan, orang Melayu beragama Islam gemar berlebih-lebihan dalam soal menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga tidak lokek berbuka puasa di hotel. Seperkara lagi, orang Melayu ada kecenderungan makan di hotel semasa Ramadan seolah-olah sepanjang 11 bulan yang lain mereka tidak oleh berbuat demikian. Peliknya harga bufet yang ditawarkan bukanlah rendah - malah dari tahun ke tahun boleh saja dirumuskan harga bufet berbuka puasa semakin mahal. Namun keterujaan berbuka puasa di hotel menyebabkan hotel-hotel berlumba-lumba mengiklankan promosi berbuka puasa di premis mereka.

Perabot

Lebih daripada itu, orang Melayu memang suka menukar perabot, membeli barang kemas, langsir baru, perhiasan rumah yang baru dan pelbagai lagi setiap kali mahu menyambut kedatangan Syawal. Bukan cerita dongeng kalau dikatakan ada yang sanggup berhutang untuk memenuhi keinginan tersebut. Sedangkan jika dihayati konsep Ramadan dan Syawal itu sendiri, elemen pembaziran, menunjuk-nunjuk dan membuang masa tidak termasuk di dalam senarai. Hakikatnya baik Ramadan maupun Syawal membawa nilai muhasabah diri, mengenang insan yang tidak bernasib baik, bersedekah, meningkatkan amalan kebaikan dan mengeratkan silaturrahim.

Sehubungan itu, kepada umat Islam di Malaysia, biarlah Ramadan menjadi persiapan kepada sambutan hari raya yang serba sederhana. Seperkara yang perlu diingat - Ramadan dan Syawal tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita. Atau belum tentu kita dapat melalui dua bulan istimewa itu, justeru kurangkan keterujaan yang tiada kaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Sumber: www.utusan.com .my

Posted in Labels: | 0 comments