Mencapai Istiqamah
Posted On Friday, November 23, 2012 at at 10:15 PM by maori
Istiqamah
adalah satu perkataan bagi menggambarkan sifat unik yang mungkin sukar
diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda kita.
Istiqamah
bermaksud menuruti jalan yang lurus, iaitu jalan tanpa bengkang-bengkok
meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau batin serta
meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT.
Kebiasaannya,
istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah kerana iman adalah asas kepada
keutuhan istiqamah. Tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang
Muslim.
Dalam kamus bahasa, istiqamah diertikan sebagai sikap teguh pendirian dan sentiasa konsisten.
Saidina Abu Bakar RA ketika ditanya mengenai istiqamah menjawab bahawasanya: “Istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun).”
Umar Al Khattab RA pula menyatakan bahawasanya: “Istiqamah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan tidak terumbang ambing seperti musang (yang berlari ke sana ke mari).”
Sementara itu, Usman bin Affan RA menyifatkan istiqamah sebagai: “... mengikhlaskan amal kepada Allah SWT.”
Secara mudahnya, istiqamah dapat difahami sebagai melakukan perkara baik secara berterusan dan ikhlas kerana Allah hanya untuk mencapai keredaan Allah SWT.
Namun dalam realitinya, istiqamah sukar diterjemahkan kerana diancam oleh pujukan hawa nafsu, disangsikan pula oleh bisikan syaitan. Oleh itu, kadangkala kita menjadi keliru dan was-was dengan jalan dipilih.
Apatah lagi apabila melaksanakan sunnah Rasulullah SAW atau syariat Allah pada akhir zaman ini yang diibaratkan umpama menggenggam bara api, sekali gus membuatkan kita kadang kala dipandang jelek dan kolot.
Ada orang yang berhijrah daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat, tetapi kemudian membuka kembali auratnya kerana berasa tidak yakin dengan penampilannya di dalam masyarakat selain tidak tahan mendengar ejekan sinis orang sekeliling.
Begitu juga apabila berbicara mengenai istiqamah dalam masyarakat umat Islam. Umat Islam yang beristiqamah adalah keadaan di mana seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah, kepercayaan, ibadah dan perlakuan tanpa keraguan terhadap apa diwahyukan Allah melalui Rasul-Nya.
Pendek kata, melaksanakan semua tuntutan Allah tanpa memilih mana yang sesuai dengan alasan mengikut peredaran zaman.
Bukti istiqamah ini dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah Al-An’am bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”
Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi tujuan kejadian manusia. Perkara ini disebut oleh Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 bermaksud: “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku.”
Selain itu, seperti dibicarakan di atas, istiqamah juga bererti menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan Rasulullah SAW dengan pasrah dan bersungguh-sungguh.
Hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi surah al-Ahzab, ayat 36, bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan tidak pula bagi wanita beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka.”
Di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, ada beberapa panduan bagaimana untuk kita menuju kepada istiqamah. Antaranya:
1. Kesedaran dan kefahaman benar mengenai Islam.
Untuk
mencapai darjat istiqamah secara maksimum, seseorang itu memerlukan pemahaman
terhadap Islam secukupnya. Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik
tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia.
a akan tetap istiqamah menghadapi badai godaan walau seteruk mana sekalipun ia datang menggoncang. Pemahaman mengenai Islam yang tidak sempurna hanya membawanya ke jalan sesat.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan pengawasan-Nya.
Dua
perkara ini sangat penting. Ketika seorang Muslim merasa dekat dengan Allah, ke
mana pun ia pergi, di mana pun ia berada dan bagaimana pun situasi dan
keadaannya, dengan keyakinan penuh ia akan sentiasa merasa diawasi dan dilihat
oleh Allah. Dengan begitu, seseorang itu tidak lagi berani menyimpang dari
jalan-Nya.
Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Allah SWT berfirman menerusi surah Al-Baqarah, ayat 235, bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
3.
Bergaul bersama orang soleh dan beristiqamah.
Ini
sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman
yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta
mengingatkan kita daripada kekeliruan.
Bukan bermaksud memutuskan hubungan silaturahim dengan mereka yang tidak menampilkan ciri-ciri Islamik, tetapi hanya cuba lebih rapat dengan mereka yang soleh supaya kita tidak tergelincir daripada landasan sebenar istiqamah.
4. Berdoa kepada Allah SWT supaya sentiasa dikurniakan istiqamah hingga akhir hayat.
Antara cara terbaik bagi mewujudkan sikap istiqamah dalam diri adalah apabila seseorang itu sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segala urusan dan keadaan.
Ummu Salamah RA mengatakan, bahawasanya ada satu doa yang sering dibaca serta diamalkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: “Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala diinik”
Doa ini bermaksud: “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Hakim serta disahkan sahih oleh Az Zahabi di dalam kitab Shahihul Jami’)
Semoga dengan sedikit penerangan mengenai sifat istiqamah ini, kita semua dikurniakan jalan lurus untuk mencari keredaan Allah SWT sebagaimana hakikatnya yang mengatakan: jika mengimpikan syurga, jangan sekali-kali mengimpikan jalan luas untuk ke sana.
Sumber:
www.hmetro.com
Hati baik tolak keburukan
Posted On Monday, November 19, 2012 at at 11:19 AM by maori
Manusia
memiliki potensi menerima dan menolak. Jika tidak, mereka kehilangan dirinya
serta rahsia kewujudannya.
Ia
ibarat pohon kering yang daunnya berguguran, tidak hijau dan tidak hidup. Sama
juga dengan pohon tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. Ia tidak memiliki pengaruh dalam
kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi. Potensi
menerima dan menolak sangat dipengaruhi hati.
Apabila hatinya baik, ia cenderung menerima kebaikan dan menolak keburukan. Sebaliknya, apabila hatinya buruk, ia cenderung kepada keburukan dan menolak kebaikan.
Hati adalah raja kerana ia mengendalikan setiap langkah manusia. Ia bekerjasama dengan akal yang berperanan menentukan setiap keputusan yang menjadi pengukur buruk atau tidak manusia.
Jika baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila buruk, buruklah seluruh tubuh. Demikian sabda Rasulullah s.a.w mengenai hati.
Di antara umat Islam, ada beberapa orang biasa yang kedudukannya sangat istimewa di hadapan Allah.
Ia bukan ulama atau syuhada’. Mereka dapat menyingkap rahsia kehidupan dan rahsia Allah dalam dirinya sehingga dapat menggunakan potensi penglihatan, pendengaran dan hati sesuai dengan kehendak Allah S.W.T.
Mereka juga mampu mengendalikan semua pancaindera untuk ketaatan kepada Allah. Ia adalah gerakan organ tubuh dan jiwanya dalam ketekunan dan kekhusyukan beribadah.
Jiwanya lahir gelombang semangat, malamnya dihidupkan dengan bertahajud serta berdoa menyesali setiap kekeliruan. Pada siangnya ditebarkan kasih sayang dan kebaikan.
Mereka menyeru manusia supaya kembali ke jalan Allah. Roh dan hatinya menjadi penarik setiap hati manusia kembali menemukan pintu hidayah.
Hatinya mendapat petunjuk dan perlindungan daripada Maha Pemberi Petunjuk.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu. Ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (Surah Al-Anfal ayat 24).
Allah menggambarkan orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya dalam al-Quran: “Kemudian selepas itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat 74).
Abbas As-Siisiy dalam buku Ath-Thariq Ilal Qulub (Bagaimana Menyentuh Hati (1420 H) menjelaskan, dalam ayat itu, Allah menjelaskan, batu itu sensitif, bahkan ketika meluncur jatuh ia takut kerana Allah.
Tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu itu dapat menjadi sensitif yang melekat satu sama lain kerana takutnya kepada Allah.
Abbas As-Siisiy berkata lagi, bagaimana dengan manusia yang banyak diberikan Allah kenikmatan yang besar seperti akal, perasaan dan hati sebagai penitipan rahmat.
Sebahagian manusia hatinya hidup mensyukuri semua kenikmatan Allah. Sebahagian besar yang lain pula kurang mensyukuri bahkan tidak bersyukur sama sekali terhadap pemberi rezeki iaitu Allah.
Manusia kufur nikmat itu sudah mati hatinya. Sebagaimana firman Allah: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah Al-Baqarah ayat 10).
Orang yang mati hatinya sukar menerima kebenaran. Mereka bertindak sesuai dengan kehendaknya. Nafsu syahwatnya menjadi pengendali sehingga akan menjadi makhluk yang angkuh dan sombong.
Kerana itu, berlindunglah daripada hati yang keras, hati yang mati dan hati yang dikendalikan nafsu. “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
Sumber: www.hmetro.com
Rahsia di sebalik bulan Muharram
Posted On Wednesday, November 14, 2012 at at 12:00 AM by maori
Tahukah anda apakah
rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan
bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah
ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah
memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah
dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan”
atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan
darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al
Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan
ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
Peristiwa-peristiwa
penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga
telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang
disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya
seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:"Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya
seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:"Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2
tahun".
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa /
belanja anak isteri
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir
miskin
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang
sesat
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap
kepala anak yatim
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara
kehormatan diri
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah
hingga akhir seribu kali
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat
empat rakaat
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
“Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang
berbuka puasa
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.
Sumber:
Laman Nurani
Faedah Buat Baik Dengan Anggota Badan
Posted On Tuesday, November 6, 2012 at at 10:00 PM by maori
TAHUKAH
anda, ada suatu amalan yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan?
Rasulullah SAW bersabda: “sesuatu yang
paling cepat mendatangkan kebaikan adalah balasan (pahala) orang yang berbuat
kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat
mendatangkan keburukan ialah balasan (seksaan) bagi orang yang berbuat jahat
dan yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Dalam
hadis lain, Baginda bersabda: “Siapa yang
ingin rezekinya diperluas dan umurnya panjang maka hendaknya ia
bersilaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pembaca
budiman, sebelum kita hendak menghubungkan silaturahim dengan orang lain iaitu
keluarga terdekat atau teman taulan, tanya diri kita dulu sudahkah kita bersilaturahim
dengan diri kita sendiri?
Kalaulah kita boleh berlaku baik dengan anggota badan, barulah kita boleh dan lebih senang berinteraksi dengan orang yang di luar kita.
Silaturahim dengan anggota badan yang penulis maksudkan ialah berbuat baik dengan muka, mata, hidung, mulut, telinga, rambut, tangan, dan kaki kita.
Mengapa seseorang tidak dapat menghormati orang lain? Jawapannya, kita sendiri tidak menghormati anggota badan kita.
Dalam erti kata lain, kalau kita tidak pandai bersilaturahim dengan anggota kita, mana mungkin kita boleh menyambung silaturahim dengan orang lain.
Silaturahim ertinya menjalin kasih sayang atau memberikan perhatian sepenuh hati. Salah satu buktinya adalah dengan bersalaman di mana tangan kita menyentuh tangan sahabat kita (tentu saja yang mahram).
Maka, perhatikan diri anda, Allah memberikan sehari lima kali untuk kita bersilaturahim dengan wajah, mata, hidung, mulut, tangan, kepala, rambut, telinga dan kaki kita dengan cara berwuduk.
Maka, jika kita ingin panjang umur dan luas rezeki, bersungguh-sungguh ketika berwuduk. Contohnya, ketika sedang mencuci kaki, perhatikanlah kaki kita, fokus kepadanya, sapulah dan usaplah dengan tenang dan sepenuh hati.
Jika begitu, wajar hidup kita tidak bahagia, kurang sihat, rezeki tidak lancar dan kurang berkat. Yang dekat tidak diberi perhatian, apatah lagi yang jauh.
Layanilah anggota badan kita tadi dengan penuh santun dan penuh penghormatan. Kadang kala, jika kita ditimpa penyakit seperti sakit perut, sepatutnya kita minta maaf pada perut.
Letakkan
tangan ke atas perut sambil berkata, “Wahai
perut aku minta maaf kerana aku makan makanan yang tidak sihat atau kerana
makan terlalu banyak yang membuatkan engkau sakit”.
Kepada
yang terkena penyakit kencing manis juga patut minta maaf pada seluruh badan
kerana kita tidak menjaga makan, tidak bersenam sehingga menyebabkan kaki
terpaksa kena potong atau menderita lama di hospital.
Begitulah dengan pelbagai pelanggaran sikap dan tabiat kita lakukan sehingga membuatkan anggota badan kita menderita. Tunjukkanlah rasa tanggungjawab pada anggota badan kita sebagai amanah.
Insya-Allah, ada kemungkinan kita berpotensi untuk menghormati dan mengutamakan orang di sekeliling kita. Selamat mencuba.
Sumber: www.hmetro.com.my
Pupuk Rasa Cinta, Sayang Kepada Anak
Posted On Sunday, October 21, 2012 at at 5:39 PM by maori
Rasulullah
S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri
ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah
mencium Hasan bin Ali.
Berhampiran
ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian
berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan
tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah segera memandang kepadanya
dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”
Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah. Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk. Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”
Peristiwa itu bukan satu-satunya kejadian yang dirakam dalam sejarah.
Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan daripada ayahnya bahawa, “Ketika waktu solat Isyak, Rasulullah datang sambil membawa Hasan dan Husain.
Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, Baginda memanjangkan sujudnya.
Ayahku
berkata, “Saya kemudian mengangkat kepala
dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah yang sedang
bersujud. Saya kemudian sujud kembali.”
Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira terjadi peristiwa besar atau turun wahyu kepadamu.”
Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira terjadi peristiwa besar atau turun wahyu kepadamu.”
Baginda
kemudian berkata, “Semua yang engkau
katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bermain di belakangku, dan aku
tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.”
Usamah bin Zaid ketika masih kecil mempunyai kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah. “Rasulullah pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua dan berkata, “Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.”
Begitulah sikap Rasulullah kepada anak-anak. Secara halus, Baginda memberi contoh bagaimana anak perlu diberikan penuh rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.
Sikap tidak mencontohi Rasulullah adalah kesilapan besar ibu bapa terhadap anaknya. Antara kesilapan yang dilakukan ibu bapa ialah:
1.
Memaki dan menghina anak.
Bagaimana
yang dikatakan menghina iaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya
dan memaparkan setiap kebodohannya.
Lebih teruk lagi jika itu dilakukan di hadapan teman si anak.
Termasuk dalam kategori itu adalah memberi nama kepada anak dengan nama buruk. Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.
Tidak lama kemudian anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar. “Apakah hak anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya al-Quran,” jawab Umar. “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak itu.
Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu.”
Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak. Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.”
Sebab itu, Rasulullah kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang lebih baik atau mengganti gelaran yang buruk kepada seseorang dengan yang lebih baik dan positif.
Contohnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk).
Rasulullah memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.
2.
Melebihkan seorang anak daripada yang lain.
Sikap
itu adalah salah satu faktor putusnya hubungan silaturahim anak dengan ibu
bapanya dan punca permusuhan antara saudara.
Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebahagian hartanya untukku. Ibuku, ‘Amrah binti Rawahah kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. Rasulullah berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.
Puncak kezaliman kepada anak ialah ketika ibu bapa tidak timbul rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya. Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Apalagi tidak bijak itu pun bukanlah dosa dan kejahatan.
3. Mendoakan keburukan buat anak
Abu
Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda, ada tiga doa yang dikabulkan
doanya: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua ke
atas anaknya.
Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka, melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita yang paling kejam.
Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka, melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita yang paling kejam.
Setiap doa buruknya, setiap ucapan laknat yang keluar dari lidahnya, dan setiap kata maki yang diucapkannya boleh termakbul lalu menjadi hukuman ke atas dirinya.
Cuba hayati kisah ini pula. Seseorang pernah mengadukan mengenai anak lelakinya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.” Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merosakkannya.” Nauzubillah!
4. Tidak memberi pendidikan kepada anak
Ada
syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu
bukanlah anak yang ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam
keadaan hina. Sesungguhnya anak
yatim adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar
darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”
Perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya ialah memberi pendidikan yang baik dan jika gagal, ia adalah kejahatan orang tua terhadap anaknya.
Jika mereka gagal memberi pendidikan terbaik kepada anak maka ibu bapa itu melanggar perintah Allah. Dalam surah Thoha ayat 132 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.”
Sumber: www.hmetro.com.my
Musibah Tanda Dosa Diampunkan
Posted On Saturday, October 13, 2012 at at 9:49 AM by maori
Tujuan
Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka diampunkan. Pada
masa sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah juga menjadi penyebab
datangnya bala.
Rasulullah
pernah bersabda maksudnya: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah
menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta
supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan
membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan
tidak berdosa.” Apabila
berhadapan dengan ujian, sebagai hambanya ketahuilah ia mempunyai hikmah untuk
kebaikan dan perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Jika dilihat pada sejarah, kenapa Allah azabkan kaum Nabi Nuh? Lebih enam bulan mereka ditenggelami banjir besar.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth, Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, sementara yang atas dibenamkan ke perut bumi. Kesannya masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.
Lihat pula bagaimana kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hingga membentuk tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan.
Firaun pun begitu juga, kerana gah ingin merebut segala kekuasaan hingga gelaran Tuhan pun mahu direbutnya. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam dalam laut malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut lemas sekali.
Di sana ada 1,000 satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa itu berpunca daripada dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya apabila segala yang ditimpa kepada hambanya tetap ada kebaikan walaupun nampak memilukan.
Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Di sini terdapat dua ujian. Pertama, bala dan kedua ibtila’. Ibtila’ adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ujian sementara bala adalah bencana serta kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman.
Menghukum yang ingkar dan akhirnya bukan saja mereka tidak menginsafi malah hancur dalam kemusnahan. Ibtila’ yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula menginsafi kesalahan.
Justeru,
marilah sama-sama kita menginsafi tragedi bencana alam seperti gempa bumi,
tanah runtuh, tsunami, banjir besar itu untuk kita bermuhasabah kebesaran
Allah. Kita juga diperintahkan supaya sentiasa bertaubat atas dosa silam yang pernah
dilakukan. Keinsafan yang hendak dikongsikan di sini ialah kita sebenarnya
tidak memiliki apa-apa kuasa dan lemah.
Bukan
saja tidak mampu bersedia mengelak musibah malah meramal pun tidak termampu.
Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah Yang Maha Berkuasa.
Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya selepas diberi peringatan.
Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya selepas diberi peringatan.
Sumber: www.hmetro.com.my
Piawaian Sebenar Solat
Posted On Thursday, October 4, 2012 at at 10:11 PM by maori
Umat
Islam pasti tahu bahawa solat adalah perintah daripada Allah SWT dan kerana itu
juga tiada pengecualian diberikan terhadap sesiapa pun sebagaimana firman Allah
SWT dalam surah An-Nisa, ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke
atas orang yang beriman.”
Namun,
kadangkala solat tidak dirasakan sebagai tanggungjawab dan amanah Allah kepada
hamba-Nya. Malah, kerana itu ada yang merasa solat itu umpama beban.
Justeru,
dewasa ini ramai umat Islam yang tanpa rasa bersalah meninggalkan solat dengan
sengaja kerana merasakan tidak mendapat apa-apa daripada solat selain penat dan
terganggu dengan kewajipan yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian.
Ada pula yang lebih berani menyatakan secara tidak berilmu” “Aku tidak solat pun dapat makan juga, dapat hidup macam biasa juga. Baik tak payah solat.”
Ada pula yang lebih berani menyatakan secara tidak berilmu” “Aku tidak solat pun dapat makan juga, dapat hidup macam biasa juga. Baik tak payah solat.”
Itu
antara jawapan serta alasan bagi yang meninggalkan solat kerana tidak dapat
melihat hikmah di sebalik perintah menunaikan solat itu.
Alhamdulillah,
masih ramai umat Islam yang tetap taat mematuhi rukun Islam kedua ini.
Bagaimanapun, mungkin masih banyak soalan berlegar di kotak pemikiran umat
Islam berkenaan hal ehwal solat.
Saya pernah ditanya seseorang, mengapa dia tidak dapat meninggalkan perbuatan maksiat sedangkan dirinya tidak pernah meninggalkan solat, kerana sepatutnya solat itu mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar.
Tidak dinafikan Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Ankabut ayat 45, yang bermaksud: “... dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah (kamu) daripada perkara keji dan mungkar.”
Ya, memang pelik jika kita masih liat meninggalkan maksiat sedangkan kita tidak pernah meninggalkan solat. Jadi, adakah Allah sengaja menuturkan firmannya di dalam ayat di atas, pada hal perkara itu tidak berlaku dalam realiti sebenar kehidupan seorang Muslim.
Berapa ramai yang bersolat tetapi masih gemar melakukan maksiat? Berapa ramai yang mendirikan solat tetapi masih gagal mendapat ketenangan jiwa? Itu antara soalan umum yang boleh memesongkan kepercayaan umat Islam terhadap apa yang dinyatakan oleh Allah melalui al-Quran dan semestinya tanpa bimbingan betul. Sesungguhnya, bukanlah sifat Allah memungkiri apa yang dijanjikan-Nya.
Sebenarnya, persoalan itu harus berbalik pada diri kita. Sejauh mana kita menepati kriteria dan ‘piawaian’ solat yang ditetapkan oleh syariat.
Memang masih ramai menunaikan solat, tetapi berapa ramai menunaikan solat dengan sepenuh hati?
Ramai umat Islam pada zaman ini kurang menitikberatkan hal ehwal solat. Menunaikan solat umpama melepaskan batuk di tangga atau dalam kata lain, ‘asalkan buat’.
Jangan meremehkan dan meringankan perkara yang bersangkut paut dengan solat kerana solat bukan sekadar bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan lafaz salam, sebaliknya ia lebih daripada itu.
Malah,
solat itu sebaliknya boleh menjadi dosa apabila kita sengaja mengambil ringan
hal solat, seperti mana Allah melaknat orang yang mendirikan solat sebagaimana
firman-Nya dalam surah Al-Ma’uun ayat 4-5, yang bermaksud: “Neraka Wail (celakalah) bagi orang yang mengerjakan solat!”
Insya-Allah dalam artikel minggu ini, saya akan cuba mengupas beberapa perkara mengenai solat yang sering kita ringan-ringankan. Mudah-mudahan menjadi peringatan kepada diri saya dan menjadi sedikit renungan untuk kita semua.
Sebagaimana diketahui, untuk mengerjakan solat ada beberapa adab yang perlu dilakukan.
1. Wuduk
Wuduk
atau dalam istilah orang Melayu, ‘air sembahyang’ antara perkara asas yang perlu
sentiasa dititikberatkan, tetapi selalu dipandang remeh oleh umat Islam. Tidak
sah solat seseorang itu tanpa wuduk bak pepatah latin mengatakan, ‘Void
ab-initio’ (batal sejak daripada awal).
Allah berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 6, yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki (buku lali).”
Malangnya, masih ramai gagal menepati piawaian kesempurnaan wuduk yang ditetapkan oleh kaedah fiqh. Seperti contoh, membasuh muka tetapi tidak mengenai seluruh bahagian muka (yang ditetapkan) dan membasuh tangan tetapi tidak sampai ke siku.
Begitu juga apabila membasuh kaki, tidak membasuh dengan sebenar-benarnya dan gagal membuang kekotoran yang melekat.
Seperkara lagi yang selalu mencacatkan wuduk kita adalah apabila air terhalang oleh kuku yang panjang dan kita gagal memastikan air terkena bahagian yang terlindung oleh kuku panjang itu.
Maka
cacatlah wuduk kita, dan secara automatiknya memberi kesan negatif terhadap
solat didirikan. Susah payah kita menunaikan solat, tetapi pada masa yang sama,
tidak dipandang Allah kerana cacatnya wuduk kita yang mungkin menyebabkan
amalan solat kita tertolak dengan sendirinya.
Itu adalah perkara asas yang sewajarnya diambil perhatian oleh kita sebelum menunaikan solat. Insya-Allah jika sempurna wuduknya, semakin berkualiti penyerahan diri kita pada Allah melalui solat yang didirikan.
2. Tajwid
Lafaz
Tajwid bererti memperelokkan. Dari segi istilah pula adalah “Mengeluarkan
setiap huruf dari tempat keluarnya dengan memberi hak dan mustahaknya.”
Kewajipan untuk membaca al-Quran secara bertajwid dapat dilihat di dalam
al-Quran dalam surah Al-Muzammil ayat 4, yang bermaksud: “... dan bacalah al-Quran dengan Tartil.”
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang kemudian direkodkan di dalam naskhah al-Quran. Justeru, adakah kita sewenang-wenangnya mengambil mudah apabila menuturkan kalam Allah ini?
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang kemudian direkodkan di dalam naskhah al-Quran. Justeru, adakah kita sewenang-wenangnya mengambil mudah apabila menuturkan kalam Allah ini?
Kerana itulah tajwid penting di dalam solat dan juga ketika membaca al-Quran. Namun sungguh malang apabila kita sering mengabaikan penekanan terhadap ilmu tajwid.
Entah di mana panjang, di mana pendek, bagaimana makhraj sesuatu huruf itu mungkin tidak kita beratkan kerana tidak memahami kepentingan membaca ayat suci dengan bertajwid ini. Apatah lagi apabila mahu solat itu segera selesai, lintang-pukanglah tajwid dalam bacaan solat.
Tidak hairan mengapa solat tidak mendatangkan kesan kepada diri kita. Mungkin ada yang perlu diperbetulkan dan diteliti berkenaan ilmu tajwid kita.
Jika kita merasa malu apabila tidak dapat menuturkan bahasa Inggeris, kita sepatutnya lebih malu apabila tidak dapat menuturkan kalam suci Allah ini secara bertajwid.
Sumber: www.hmetro.com.my

