Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPGM KPM
Posted On Saturday, August 29, 2009 at at 2:17 PM by maori
iMinggu kesedaran ini telah berlangsung dari 10 – 12 Ogos 2009 (Isnin – Rabu). Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan di tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah organisasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pameran oleh Bomba, JPA3, PDRM, demonstrasi menyelamat oleh JPA3, ceramah Kesihatan Mental & Fizikal – Cara Hidup Sihat (Kem. Kesihatan Malaysia), ceramah Keselamatan di tempat kerja (DOSH/JKKP), demonstrasi asa menyelamat oleh BOMBA dan Simulasi Rawatan Kecemasan & CPR (Kem. Kesihatan Malaysia). Amat diharapkan dari Minggu Kesedaran ini adalah semua staf akademik dan staf sokongan serta pihak pengurusan tertinggi IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka dapat menerapkan kesedaran untuk mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi dan menerapkan amalan budaya alam sekitar lestari ke dalam persekitaran kerja organisasi.