SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.
Showing posts with label Aktiviti IPGM KPM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti IPGM KPM. Show all posts

Majlis Perasmian di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

MAJLIS PERASMIAN SEAMEO SEN, DAN PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN IPG
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU BERSEMPENA DENGAN
SEMINAR ’’SPECIAL EDUCATION’’ DAN ”GIRLS’ EDUCATION” DI BAWAH PROJEK KOLABORASI ”EDUCATION FOR ALL” (EFA) SEAMEO-UNESCO-ASEAN

OLEH:
TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

PADA:
25 OKTOBER 2010
TEMPAT:
DI PADANG TUN FATIMAH, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Posted in Labels: | 0 comments

Perhimpunan Bulanan, Pelancaran Jalur Gemilang & Hari Q

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Hari Lahir MWTC / MPPM / IPPM ke 75

MELAKA, 31 Januari 2010 -- Menjelang 31 Januari 2010, IPG Kampus Perempuan Melayu menyambut ulang tahun penubuhannya ke-75 tahun. Malam Nostalgia yang dihadiri oleh ahli Persatuan Guru Lepasan (PGL) MWTC/MPPM/IPPM, mantan pentadbir, mantan pensyarah dan tetamu undangan. Majlis yang diadakan di Dewan Seri Negeri telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Malam Nostalgia ini telah dijayakan oleh bekas guru pelatih dan guru pelatih yang sedang menjalani kursus perguruan, selaras dengan Tema “75 Tahun Memperkasakan Pendidikan Guru”. Pada pandangan saya, malam nostalgia ini benar-benar mengimbau kembali kenangan MWTC/MPPM/IPPM.

Manakala, Perasmian Jubli Intan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM) telah dirasmikan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di Dewan Srikandi, IPG KPM pada jam 3.00 petang. Semoga IPG KPM akan berkembang maju selaras dengan perkembangan pendidikan global.


Sumber: www.ippm.edu.my


Saya teringat satu puisi yang pernah dibaca dulu, mari kita sama-sama menghayati nilai-nilai murni dan Melayu yang ada dalam puisi ini.


Perempuan Melayu


perempuan melayu itu
islam senonimnya
pabila berpakaian
menutup padan
nampak mata
berkelubung jemala

perempuan melayu itu
timur ukurannya
pabila berjalan
penuh sopan
lemah gemalai
lenggang diayun
luhur budi
halus bahasa
rendah suara
pabila berbicara

perempuan melayu itu
beradat berbangsa
pabila duduk
bersimpuh kaki
depan tetamu
tunduk kepala
puji-pujian belakang teman

perempuan melayu itu
ayunya bukan parasrupa
jelitanya dek melayunya itu!

hasil nukilan
Hj Mat Yusof Mat Yatim

Mantan Pensyarah MPPM

Posted in Labels: | 0 comments

Sambutan Jubli Intan ke 75 IPG KPM



Tahniah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang akan menyambut ulang tahun ke 75 tahun penubuhan dengan tema "75 Tahun Memperkasakan Pendidikan Guru". Di buka pada 30 Januari 1935, dengan pelbagai nama Malay Woman Teaching College (MWTC), Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dan IPPM (Institut Perguruan Perempuan Melayu) kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM). Kepada semua bekas pelajar dan staf yang telah belajar dan berkhidmat di sini, marilah sama-sama kita meraikan ulangtahun penubuhan dengan menyertai program yang telah dirancang. Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada sejarah IPGKPM. Sila layari http://ippm.edu.my/portal untuk maklumat lanjut sejarah penubuhan IPGKPM.

Posted in Labels: | 0 comments

Malam Nostalgia IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ke 75


Malam Nostalgia IPG Kampus Perempuan Melayu sempena sambutan Jubli Intan (1935-2010):

  • Tarikh: 30 Januari 2010
  • Masa: 8.00 malam
  • Tempat: Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka

Kategori penajaan yang boleh disertai:

  • RM3,500.00
  • RM3,000.00
  • RM2,500.00
  • RM2,000.00
  • RM1,500.00
  • RM500.00
  • Penajaan Ruangan Iklan
  • Penajaan Barangan / Perkhidmatan

Cek dan Kiriman Wang hendaklah ditulis atas nama PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU (IPG KPM). Borang Pengesahan Penajaan yang telah siap diisi hendaklah dihantar secara faksimili atau pos ke alamat berikut:

URUS SETIA MALAM NOSTALGIA MWTC/MPPM 2010

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, 75990 Melaka

Tel: 2824827; Faks: 06-2818467; Emel: info@ippm.edu.my


Sumber: http://ippm.edu.my/portal/

Posted in Labels: | 0 comments

Instrumen SGM online

TAWAU, 2 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan, semua guru diperlukan memiliki tiga aspek amalan nilai iaitu profesionalisme perguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. "Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen penting standard guru yang mesti dicapai oleh setiap guru di negara kita," katanya.

Salam Sejahtera. Kepada semua guru lepasan MPPM / IPPM / IPGKPM boleh mengakses Instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) Online bolah diakses di URL:
www.ippm.edu.my/sgm2010. Kepada guru-guru yang berminat untuk menggunakan instrumen ini, sila emelkan nama, no. kad pengenalan dan nama sekolah kepada mam@ippm.edu.my.
Sumber: http://ippm.edu.my/portal/

Posted in Labels: | 0 comments

Cabaran Kinabalu Srikandi IPG Kampus Perempuan Melayu


Dari 4 - 8 Disember 2009, saya telah menyertai program mendaki Gunung Kinabalu yang dianjurkan oleh pelajar PISMP unit Sains ambilan Januari 2007. Program ini adalah sebahagian daripada meningkatkan imej IPG KPM sempena Perayaan Jubli Intan ke 75 yang akan di sambut pada 30 Januari 2010. Cerita selanjutnya akan dilaporkan kemudian.

Posted in Labels: | 0 comments

Lawatan Menteri Pelajaran Thailand ke IPG Kampus Perempuan Melayu

Menteri Pelajaran Thailand, Mr. Jurin Laksanawisit dan rombongan telah melakukan lawatan ke IPG Kampus Perempuan Melayu pada 8 Nov 2009. Beliau telah melawat tapak sementara SEAMEO bagi Pendidikan Khas. Sepanjang lawatan di sini, beliau telah menerima taklimat tentang IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan melawat tapak sementara SEAMEO di sini. Semoga lawatan ini dapat memberi manafaat kepada semua warga IPG KPM,

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Menjalani Peperiksaan November 2009

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar PPISMP sem 3 (ambilan Julai 2008), PPISMP sem 1 (sem 1), PISMP sem 6 (ambilan Januari 2007), PISMP sem 4 (ambilan Januari 2008), PISMP sem 2 (ambilan Januari 2009) dan KPLI (R) di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Selamat menjalani peperiksaan akhir. Selamat berjumpa kembali di semester baru tahun 2010. Kepada KPLI (R) BI 1 dan BM 3 selamat menjalani KISSM dan bertugas di tempat baru. Bekerjalah dengan penuh ikhlas dan dedikasi mendidik anak bangsa tidak kira di mana juga tempatnya nanti.

Posted in Labels: | 0 comments

Pertandingan Boling Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu 2009


Pertandingan boling telah diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) dari 2.00 - 6.00 petang di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru pelatih. Program ini telah berjaya mengumpulkan sebilangan besar staf akademik, staf sokongan serta ahli keluarga dan guru pelatih. Puan Pengarah, Hajah Noor Hayatee Md. Noor telah merasmikan pertandingan ini dengan membuat lontaran perasmian (berjaya mendapat jatuhan sempurna [strike]). Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori - kategori staf dan kategori guru pelatih. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengarah di akhir pertandingan. Hadiah yang disediakan adalah Kategori Pemain Terbaik 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan, 5 pasukan terbaik bagi kategori staf dan 5 pasukan terbaik bagi kategori guru pelatih. Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Khas yang diwakili oleh En. Azman Nordin (JPK), En. Amerrudin Othman (JPK) dan Tn. Hj. Zulhisham Mohd. Ali (JPJK) yang telah menjuarai kategori staff, manakala naib juara Unit Ko Kurikulum dan ketiga Jabatan Teknologi Pendidikan. Tahniah kepada semua yang telah menghadiri pertandingan ini bersama ahli keluarga. Moga program seperti ini dapati diteruskan pada masa akan datang.

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Keurusetiaan Penulisan Ekspositori (Laporan Tahunan) IPG KPM

Kursus ini telah dilaksanakan pada 27-29 Oktober 2009 bertempat di Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sepanjang kursus ini 33 orang peserta kebanyakannya terdiri dari staf akademik dan staf sokongan didedahkan dengan berbagai teknik penulisan dan teknik suntingan dari Munsyi Mohamad bin Musip (JPM) dan Tuan Haji Mustaffar bin Abdul Majid (JTP) bagi membantu staf menyiapkan laporan tahunan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Datin Siti Hanifah binti Madarsa (Timbalan Pengarah IPGKPM. Saya berharap staf yang telah menghadiri kursus ini dapat menyampaikan ilmu sepanjang kursus ini kepada rakan-rakan yang lain di IPGKPM.

Posted in Labels: | 0 comments

Audit Dalaman IPGM KPM

Minggu ini adalah minggu audit dalaman untuk MSISO 2/2009 akan dilaksanakan pada 13 Oktober 2009 (Selasa). Audit untuk Jabatan PJK akan dilaksanakan serentak dengan Jabatan lain serta unit-unit di IPGM KPM. Terima kasih kepada semua penggerak Jabatan PJK. Kekalkan kecemerlangan IPGM KPM.

Posted in Labels: | 0 comments

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPGM KPM






iMinggu kesedaran ini telah berlangsung dari 10 – 12 Ogos 2009 (Isnin – Rabu). Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan di tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah organisasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pameran oleh Bomba, JPA3, PDRM, demonstrasi menyelamat oleh JPA3, ceramah Kesihatan Mental & Fizikal – Cara Hidup Sihat (Kem. Kesihatan Malaysia), ceramah Keselamatan di tempat kerja (DOSH/JKKP), demonstrasi asa menyelamat oleh BOMBA dan Simulasi Rawatan Kecemasan & CPR (Kem. Kesihatan Malaysia). Amat diharapkan dari Minggu Kesedaran ini adalah semua staf akademik dan staf sokongan serta pihak pengurusan tertinggi IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka dapat menerapkan kesedaran untuk mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi dan menerapkan amalan budaya alam sekitar lestari ke dalam persekitaran kerja organisasi.

Maori - semoga semua pekerja sama ada staf akademik dan staf sokongan akan terus menyokong usaha pihak pengurusan menjadikan IPGM KPM tempat kerja yang selamat dan sihat.

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Pengurusan Jenazah Staf IPGM KPM Siri 2









Kursus ini telah dijalankan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) di Balai Islam Saidatina Aisyah. Kursus ini diadakan sebagai satu pengukuhan diri terhadap sesama manusia agar dapat melaksankan secara tepat hal ehwal yan gberkaitan dengan peristiwa kematian. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang mesti wujud dalam kalangan sesama umat terhadap persoalan yang berkaitan dengan hukum-hukum muamalah sesama manusia. Peserta telah didedahkan dengan teori dan amali Pengurusan Jenazah, Amali Pengurusan Jenazah 1 (cara menguruskan jenazah sebelum mandi), Amali Pengurusan Jenazah 2 (pengurusan kain kapan, cara memandikan jenazah, cara mengkapankan jenazah dan solat sunat jenazah). Di akhir kursus ini peserta telah dapat memahami dengan lebih mendalam proses berkaitan dengan pengurusan jenazah lebih terperinci dan melaksanakan empat perkara yang berkaitan dengan pengurusan jenazah dengan cara yang betul dan sempurna. Moga-moga ilmu yang diperolehi ini akan dapat dipraktikkan apabila diperlukan kelak di tempat tinggal masing-masing. Maori - terasa sayu apabila dikapankan (seolah-olah dah betul-betul meninggal dunia-ampunkan dosa2ku) oleh Tn. Hj. Rosly bin Sairan - ATM

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Dalam Perkhidmatan 2 Minggu Multimedia Dalam Pendidikan Islam - Guru Agama Thailand






Kursus ini telah dijalankan bermula dari 2 – 15 Ogos 2009 di IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Guru-guru agama dari Thailand ini telah diperkenalkan dengan pelbagai bahan berkaitan penggunaan perkakasan komputer termasuk software, multimedia, video windows maker dan lain-lain. Sepanjang mereka berada di IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka mereka telah menjalani latihan amali di makmal komputer. Selain itu, lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Melaka termasuk kawasan bersejarah di Banda Hilir, Tesco, Balai Cerap Al Khawarizmi, SMK A Maahad Muar dan lain-lain. Selain itu, mereka juga berpeluang melawat ke Putrajaya. Majlis Penutup program ini telah diadakan pada 13 Ogos 2009 di Dewan Seri Melor. Program ini telah dirasmikan penutupnya oleh Pengarah IPGM Kampus Perempuan Melayu, Pn. Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor.

Posted in Labels: | 0 comments

Konvokesyen IPGM Kampus Perempuan Melayu 2009






Konvokesyen IPGM KPM pada 28 Mei telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya mendapatkan Diploma dan sijil mereka. Majlis itu telah di rasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina binti Kassim. Unit Praktikum juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan Pensyarah serta Staf IPGM yang telah banyak membantu dalam melaksanakan program tersebut. Kerana itu Majlis Jalinan Mesra telah diadakan untuk semua. Tahniah kepada semua graduan dan Selamat menjalankan tugas di mana juga anda berada.

Posted in Labels: | 0 comments