SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Interaksi Kursus Dalam Cuti di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Interaksi KDC KDPM/KPLI bagi KDC JAJ / Kemas Mei 2006, KDC JAJ-Pengajian Melayu Mei 2007, KDC SABK Nov 2007, KDC Kemas Jun 2008, KDC Kemas Jun 2009, KPLI LPBS Pendidikan Khas NOv 2008 serta PGSR akan bermula dari 23.11.2009 dan tamat pada 26.12.2009. Kepada semua pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani diharap dapat merujuk di papan kenyataan di pintu masuk Jabatan Pendidikan Jasmani untuk maklumat kelas dan pensyarah. Maklumat pensyarah yang mengajar boleh dirujuk di papan yang sama. Sekian untuk makluman semua.

Lawatan Menteri Pelajaran Thailand ke IPG Kampus Perempuan Melayu

Menteri Pelajaran Thailand, Mr. Jurin Laksanawisit dan rombongan telah melakukan lawatan ke IPG Kampus Perempuan Melayu pada 8 Nov 2009. Beliau telah melawat tapak sementara SEAMEO bagi Pendidikan Khas. Sepanjang lawatan di sini, beliau telah menerima taklimat tentang IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan melawat tapak sementara SEAMEO di sini. Semoga lawatan ini dapat memberi manafaat kepada semua warga IPG KPM,

Posted in Labels: | 0 comments

11 Amalan terbalik.. Betulkan segera!

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam... Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari) Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan: "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105).

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Posted in Labels: | 0 comments

How to hide your password . . .

No one can see your password when you're typing


No one can't whatever you're typing or which website you're surfing

and ultimate is . . . . .


totally ultimate . . . . he he he he


www.funandfunonly.org

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Menjalani Peperiksaan November 2009

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar PPISMP sem 3 (ambilan Julai 2008), PPISMP sem 1 (sem 1), PISMP sem 6 (ambilan Januari 2007), PISMP sem 4 (ambilan Januari 2008), PISMP sem 2 (ambilan Januari 2009) dan KPLI (R) di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Selamat menjalani peperiksaan akhir. Selamat berjumpa kembali di semester baru tahun 2010. Kepada KPLI (R) BI 1 dan BM 3 selamat menjalani KISSM dan bertugas di tempat baru. Bekerjalah dengan penuh ikhlas dan dedikasi mendidik anak bangsa tidak kira di mana juga tempatnya nanti.

Posted in Labels: | 0 comments

Pertandingan Boling Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu 2009


Pertandingan boling telah diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) dari 2.00 - 6.00 petang di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru pelatih. Program ini telah berjaya mengumpulkan sebilangan besar staf akademik, staf sokongan serta ahli keluarga dan guru pelatih. Puan Pengarah, Hajah Noor Hayatee Md. Noor telah merasmikan pertandingan ini dengan membuat lontaran perasmian (berjaya mendapat jatuhan sempurna [strike]). Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori - kategori staf dan kategori guru pelatih. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengarah di akhir pertandingan. Hadiah yang disediakan adalah Kategori Pemain Terbaik 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan, 5 pasukan terbaik bagi kategori staf dan 5 pasukan terbaik bagi kategori guru pelatih. Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Khas yang diwakili oleh En. Azman Nordin (JPK), En. Amerrudin Othman (JPK) dan Tn. Hj. Zulhisham Mohd. Ali (JPJK) yang telah menjuarai kategori staff, manakala naib juara Unit Ko Kurikulum dan ketiga Jabatan Teknologi Pendidikan. Tahniah kepada semua yang telah menghadiri pertandingan ini bersama ahli keluarga. Moga program seperti ini dapati diteruskan pada masa akan datang.

Posted in Labels: | 0 comments

Kursus Keurusetiaan Penulisan Ekspositori (Laporan Tahunan) IPG KPM

Kursus ini telah dilaksanakan pada 27-29 Oktober 2009 bertempat di Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sepanjang kursus ini 33 orang peserta kebanyakannya terdiri dari staf akademik dan staf sokongan didedahkan dengan berbagai teknik penulisan dan teknik suntingan dari Munsyi Mohamad bin Musip (JPM) dan Tuan Haji Mustaffar bin Abdul Majid (JTP) bagi membantu staf menyiapkan laporan tahunan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Datin Siti Hanifah binti Madarsa (Timbalan Pengarah IPGKPM. Saya berharap staf yang telah menghadiri kursus ini dapat menyampaikan ilmu sepanjang kursus ini kepada rakan-rakan yang lain di IPGKPM.

Posted in Labels: | 0 comments