SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Datang kepada semua pelajar ke Semester Jun-November 2009


Selamat datang kepada semua pelajar ke IPGM Kampus Perempuan Melayu bagi semester Jun-November 2009. Untuk makluman semua pelajar, bagi semester ini saya akan mengajar tajuk PJM3102 Pergerakan Asas. Kepada semua KU PK 2, PK 3, PK 4 dan Matematik diharap dapat menyemak jadual waktu interaksi di papan Jadual Waktu Induk (Anjung Hikmah) bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tajuk ini memerlukan pelajar menjalani aktiviti amali dan teori sepanjang semester Jun-November 2009. Oleh itu, pelajar diharap dapat menjaga kesihatan agar tidak terganggu ketika menjalani kursus ini. Namun jika terkena penyakit berjangkit luar jangka harap pastikan mendapat rawatan sewajarnya dengan hospital kerajaan. Surat sakit asal juga mesti disertakan apabila diminta oleh Jabatan PJK.

Posted in Labels: |

0 comments: