SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Pertandingan Boling Peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu 2009


Pertandingan boling telah diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) dari 2.00 - 6.00 petang di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan staf akademik, staf sokongan dan guru pelatih. Program ini telah berjaya mengumpulkan sebilangan besar staf akademik, staf sokongan serta ahli keluarga dan guru pelatih. Puan Pengarah, Hajah Noor Hayatee Md. Noor telah merasmikan pertandingan ini dengan membuat lontaran perasmian (berjaya mendapat jatuhan sempurna [strike]). Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori - kategori staf dan kategori guru pelatih. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengarah di akhir pertandingan. Hadiah yang disediakan adalah Kategori Pemain Terbaik 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan, 5 pasukan terbaik bagi kategori staf dan 5 pasukan terbaik bagi kategori guru pelatih. Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Khas yang diwakili oleh En. Azman Nordin (JPK), En. Amerrudin Othman (JPK) dan Tn. Hj. Zulhisham Mohd. Ali (JPJK) yang telah menjuarai kategori staff, manakala naib juara Unit Ko Kurikulum dan ketiga Jabatan Teknologi Pendidikan. Tahniah kepada semua yang telah menghadiri pertandingan ini bersama ahli keluarga. Moga program seperti ini dapati diteruskan pada masa akan datang.

Posted in Labels: |

0 comments: