SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Jangan Marah

Insyaallah kita boleh merasa bahagia dan tenang dengan mengelakkan diri dari perasaan marah dalam apa jua keadaan. Apabila seseorang marah kepada orang lain dengan kata-kata dan perbuatan ia pasti memberi kesan negatif kepada orang yang dimarah disamping orang yang marah itu sendiri akan merasa tertekan walaupun marahnya telah dilepaskan kepada orang lain.

Itulah hikmah mengapa Rasulullah saw melarang dari marah. Terkadang ada diantara kita marah dengan alasan agama sedangkan kita disuruh untuk mengutamakan kebaikan akhlak bukan kekasaran.

Firman Allah swt;

بِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِفَ
Maksudnya;Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu berilah kemaafan. mohonlah keampunan untuk mereka dan berbincanglah .” [Ali ‘Imran:159]

ليس الشديدُ بالصُّرعَة قالوا : فمن الشديدُ يا رسول الله ؟ قال : الذي يملكُ نَفْسَه عند الغضب
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang kuat itu bukanlah orang yang yang kuat bertarung, Meraka bertaya, siapa yang kuat wahai Rasulullah, Baginda menjawab; orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.”

Sulaiman bin Shurad ra., ia berkata:

اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ أَحَدُهُمَا تَحْمَرُّ عَيْنَاهُ وَتَنْتَفِخُ أَوْدَاجُهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ الَّذِي يَجِدُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Suatu ketika dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah saw. sehingga merah matanya dan urat lehernya membesar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang didapati iaitu “Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk”.

Sesiapa banyak bercakap maka banyak pula salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya
Jika seseorang marah, hendaklah diam. Kebanyakan penyebab retaknya rumah tangga / keluarga adalah ketika suami/istri marah, mereka tidak diam. Justeru melontarkan perkataan yang menyakitkan hati pasangannya. Padahal dengan diam pun pasangan kita tahu kita sedang marah tanpa membuat dia sakit hati kerana perkataan kita:

Jika kita marah, maka pahala kita akan diberikan kepada orang yang kita marahi. Jika pahala kita habis, maka dosa orang yang kita marahi dipindahkan Allah ke kita. Inilah orang yang muflis di akhirat. Dia merasa akan masuk surga karena rajin beribadah, tapi dia juga rajin menzalimi dan memarahi orang lain hingga akhirnya masuk neraka:

Apabila ada orang yang mencaci-maki kita berkaitan apa yang ada pada diri kita, janganlah kita marah dan membalas cacian dan makian kerana pahalanya untuk kita dan kecelakaan untuk dia.

Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Nabi Saw lalu berkata, ” Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, shalat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu. Di akhirat orang-orang yang disakitinya menuntut dan mengambil pahalanya sebagai tebusan. Bila pahalanya habis sebelum selesai ganti rugi atas dosa-dosanya maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka.”

Firman Allah swt;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim [Al Hujuraat:11]

Tips supaya tidak marah:
• Baca ta’awudz kerana syaitan membisikkan kepada manusia untuk berbuat dosa termasuk marah. Berlindunglah terhadap Allah.
• Bersabar dan tahan kemarahan.
• Diam.
• Jika berdiri, duduk.
• Jika masih marah, berwudhu’.
• Jika terpaksa bicara, beritahu cara yang benar dan hikmah.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Kelebihan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda cinta dan ingat kita kepada nabi Muhammad saw. Banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Firman Allah ;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya; Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. Al-Ahzab:56

Tingkatan Selawat
1. Selawat daripada Allah kepada Nabi danRasul-Nya terutama Nabi Muhammad s.a.w. bermakna Allah memberi rahmat dan keredhaan Allah kepada Rasulullah saw.
2. Selawat daripada malaikat bermaksud pujian dan permohonan keampunan dari Allah.
3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad merupakan doa dan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan kebesaran dan kemuliaan kepada baginda..

Sabda Rasulullah saw;
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذَكَرَنِي فَلْيُصَلِّ علي
Maksudnya; Rasulullah saw bersabda; sesiapa yang ingat aku, maka berselawatlah ke atasku.

Sabda Rasulullah saw;
قَالَ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
Maksudnya; Rasulullah saw bersabda; sesiapa yang disebutkan aku disisinya hendaklah ia berselawat ke atasku. Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat maka Allah berselawat kepada dengan sepuluh kali selawat.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ
Maksudnya; Rasululullah saw bersabda sesiapa yang berselawat keatasku dengan sekali selawat, Allah berselawat keatasny dengan 10 selawat dan dihapuskan daripadanya 10 kesalahan.

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً مِنْ أُمَّتِي كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ
Maksudnya; Rasululullah saw bersabda; sesiapa dikalangan umatku yang berselawat keatasku dengan sekali selawat, dituliskan bagi sepuluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan.

قَالَ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمرو : مَنْ صَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِينَ صَلاَةً
Maksudnya; Abdullah ibnu Umar berkata; sesiapa yang berselawat ke atas Nabi dengan sekali selawat nescaya Allah dan para malaikat berselawat keatasnya dengan tujuh puluh kali selawat.

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِي
Maksudnya; Rasulullah saw bersabda; sesiapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berberdoa; Ya Allah letakkanlah Muhammad ditemput duduk yang hampir dengan engkau ya Allah, maka wajib baginya mendapat syafaatku.

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. ”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
5. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abu Syaikh dari Anas).
7. ”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Sumber: www. usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya. Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. “Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.


Sekadar Renungan Bersama

Sudah menjadi sunnah alam, bahawa akhir zaman ramai yang hidup tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Dalam hal ini ibubapa harus mengambil berat dan cakna kepada anak-anak dan ahli dibawah tanggungjawabnya. Punca yang paling besar ialah zaman sekarang umat islam telah lupa menunaikan solat lima waktu. Sesungguhnya solat yang sempurna dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara fahsyar dan mungkar. Ini lah perancangan dan angkara orang-orang yang ingin merosakkan akidah orang-orang Islam.. dan kesannya kini boleh dilihat...ingatlah wahai umat ... tanda-tanda besar khiamat sudah jelas dan nyata . kembalilah ke jalan yang benar . belum terlambat untuk bertaubat. Apakah pendirian anda terhadap isu ini?


Sumber: www.bharian,online.com.my

Posted in Labels: | 0 comments

Hak seorang Musllim terhadap Muslim yang lain

Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam perkara iaitu:

1.Bila bertemu, berilah salam
2.Bila diundang (ke majlis yang tiada perkara maksiat), maka hadirlah
3.Bila diminta nasihat, maka berilah nasihat
4.Apabila sakit, ziarahilah
5.Apabila meninggal dunia, hantarkanlah jenazahnya hingga ke kubur
6.Apabila bersin (lalu menyebut 'Alhamdulillah'), maka doakanlah ia (dengan menyebut 'Yarhamkallah')

Adakah kita telah melaksanakan hak terhadap muslim yg lain ?

Sumber: Jabatan Mufti Melaka

Posted in Labels: | 0 comments

Mencintai Rasulullah s.a.w

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting serta mendasar kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).” (Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Sabda Rasululah saw;

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Maksudnya; Rasulullah saw bersabda; Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi dari anaknya, bapanya dan sekelian manusia.

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ماله وأهله والناس أجمعين


Ciri-ciri Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW

1 – Mentauhidkan Allah.
Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

2. Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya.
Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita. Orang cinta Rasulullah saw pasti berusaha untuk mnghayati al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya kerana ia adalah gambaran sebenar diri Rasulullah saw. Suatu ketia Aishah ditanya tentang akhlak Rasululah saw, lalu ia berkata; Akhlah Rasulullah saw adalah al-Quran.

3. Mentaati Sunnah Nabi SAW.
Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah ;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرً

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

4. Menyebarkan sunnah Nabi SAW.
Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

5. Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW dan Membenci orang yang dibenci Nabi SAW.
Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda. Begitu juga hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak

6. Sentiasa memuji dan mengingatinya.
Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

Posted in Labels: | 0 comments

Ciri-ciri Orang Yang diredhai oleh Allah s.w.t (sambungan)

1- Sentiasa berakhlak mulia. Orang yang diredhai Allah swt sentiasa berakhlak dengan akhlak yang baik dan mulia, menjadikannya disukai Allah dan disukai hamba.

Sabda Rasulullah saw;

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.

2- Redha dengan segala qada’ dan qadar Allah.


Orang yang diredhai Allah swt pasti dia sendiri telah redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Justeru orang yang diredhai Allah itu ialah mereka sentiasa tenang, sentiasa menerima dan redha qadha’ dan qadar Allah swt ke atasnya

Firman Allah swt

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Maksudnya; Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

3- Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya. Orang yang diredhai Allah akan sentiasa menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasulnya bahkan lebih menyayanginya dibandingkan dengan yang lain.

عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان من كان الله ورسوله أحب إليه مما سواهما ومن أحب عبدا لا يحبه إلا لله ومن يكره أن يعود في الكفر بعد إذ أنقذه الله كما يكره أن يلقى في النار

Maksudnya; Dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda; Tiga perkara sesiapa yang ada padanya ia akan mendapat kemanisan Iman. Ia lebih sayang kepada Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain, dan ia tidak menyayangi seseorang melainkan kerana Allah swt dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkan daripadanya sebagaimana ia benci dicampak kedalam api neraka.


4- Mengikut petunjuk Rasulullah saw dan menjadikanNya sebagai contoh dan ikutan. Ini disebabkan rasa cintanya kepada Rasulullah saw dan yakin dengan pertunjuk yang dibawa.

Firman Allah swt;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya; Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Ciri-ciri Orang Yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Adalah sukar untuk menentukan bahawa Allah swt redha dan sayang kepada seseorang, melainkan perkara itu dikhabarkan oleh wahyuNya, sedangkan selepas kewafatan Rasulullah saw, segala urusan wahyu telah terputus.Walau bagaimana pun, para ulama bersetuju dan menegaskan bahawa terdapat beberapa tanda penting yang dikenalpasti sebagai faktor redha dan kasih saying Allah terhadap hamba-hambaNya.

1- Cara hidup atau tingkah laku seseorang muslim itu yang sentiasa tetap atau istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara segala pantang larangNya.

Firman Allah swt;

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Maksudnya; Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.Fussilat:30.

Firman Allah swt;

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya; Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Hud:112.

2- Segala perbuatannya menepati tuntutan Ilahi dan sanggup meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah dengan penuh redha,

Firman Allah swt;

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya; Bahkan siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.al-Imran:76. Taqwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan larangangnnya.

3- Bersegera melakukan amal-amal kebajikan serta menjaganya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan.

بادروا بالأعمال الصالحة فستكون فتن كقطع الليل المظلم

Maksudnya; Bersegeralah melakukan amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti waktu malam yang gelap gelita.

Firman Allah swt;

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya; Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. al-Imran:133.

4- Bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa, sama ada yang kecil atau yang besar kerana merasa takut kepada Allah swt.

Firman Allah swt;

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya; Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).al-Nahl:50.

5- Mencintai Islam, cintakan ilmu Islam dan mempertahankan kesucian agama Islam kerana dengan ilmu dapat memastikan ia berada dijalan yang lurus dan mampu mempertahankan Islam.

Firman Allah swt;

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya; Allah akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

6- Sentiasa tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa kepada Allah.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya; Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

7- Sentiasa berakhlak mulia

Sabda Rasulullah saw;

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, Jawabnya; iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, Jawabnya; iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; Jawabnya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Jalan Mencari Redha Allah s.w.t

Mencari keredhaan adalah satu kewajipan dan kemestian kerana tidak ada ertiya hidup ini tanpa redha dari Ilahi. Orang yang tidak mendapat keredhaan Allah swt bermaksud tidak disukai dan dimurkai oleh Allah. Balasan bagi mereka adalah neraka yang bernyala-nyala. Nauzubillahi min zalik.

فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ

Maksudnya; Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai karuniaan yang besar al-Imran 174.

Untuk mendapatkan redha Allah swt, setiap manusia perlu melihat dari tiga sudut.

1. Keimanan kepada Allah swt. Hanya orang-orang yang memilih jalan iman akan mendapat keredhaan Allah swt. Kerana lawan bagi iman adalah syirik sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah swt.

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya; Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

2. Perbuatan dan amalan seseorang mestilah menepati apa yang ditetapkan oleh Allah swt. Ianya dikenali sebagai syarit Islam. Justeru kita mestilah menerima dan mengamalkan syariat Islam secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan supaya mendapat keredhaan Allah swt; Firman Allah swt;

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksudnya; Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya; Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

Asas syariat Islam ialah menunaikan solat, puasa, zakat, haji, serta melakukan segala perkara yang disuruh samada berkaitan ibadah khusus mahupun ibadah umum yang mencakupi urusan rumahtangga, kemasyarakatan dan kenegaraan. Ia juga bermaksud meninggalkan segala perkara yang dilarang kerana semua perkara yang dilarang pasti akan membawa keburukan kepada manusia.

Seteruskan kewajaipan asas tersebut ditambah dengan tuntutan yang sunat untuk menambahkan lagi hampirnya hamba kepada tuhannya dan lebih dekat untuk mendapat keredhaannya.

3. Aspek yang ketiga ialah dari sudut kerohanian dan hati kita. Ini kerana segala amalan yang dilakukan oleh hamba bukan kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang lain, maka amalannya tidak diterima oleh Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis niat;

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya; Sesungguhnya sah sesuatu amalan adalah dengan niat. Dan sesunggungnya setiap orang bergantung dengan apa yang diniatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan sesiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia yang akan diperolehi atau kerana perempuan yang yang akan dikahwini maka hijrahnya adalah kerapa apa yang dihijrahkan kerananya.

Justeru, untuk mendapatkan keredhaan Allah swt, kita hendaklah mentaati Allah dan Rasulnya dan beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Alah swt, Insyaallah Redha Allah akan kita miliki.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments