SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Ciri-ciri Orang Yang diredhai oleh Allah s.w.t (sambungan)

1- Sentiasa berakhlak mulia. Orang yang diredhai Allah swt sentiasa berakhlak dengan akhlak yang baik dan mulia, menjadikannya disukai Allah dan disukai hamba.

Sabda Rasulullah saw;

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Maksudnya; Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ قَالَ : فَأَيُّ الإِيمَانِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَّبْرُ وَالسَّمَاحَةُ قِيلَ : فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْمَلُ إِيمَانًا ؟ قَالَ : أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya; Rasulullah ditanya; apakah sikap orang Islam yang paling baik, iaitu orang yang menjaga lidahnya dari menyakiti orang Islam yang lain. Ditanya lagi, Manakah amalan hati ( iman ) yang paling utama, iaitu sabar dan pemaaf. Ditanya lagi, mukmin yang mana paling sempurna imannya; iaitu mukmin yang paling baik akhlaknya.

2- Redha dengan segala qada’ dan qadar Allah.


Orang yang diredhai Allah swt pasti dia sendiri telah redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Justeru orang yang diredhai Allah itu ialah mereka sentiasa tenang, sentiasa menerima dan redha qadha’ dan qadar Allah swt ke atasnya

Firman Allah swt

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Maksudnya; Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

3- Cinta kepada apa yang disukai oleh Allah da rasulNya. Orang yang diredhai Allah akan sentiasa menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasulnya bahkan lebih menyayanginya dibandingkan dengan yang lain.

عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان من كان الله ورسوله أحب إليه مما سواهما ومن أحب عبدا لا يحبه إلا لله ومن يكره أن يعود في الكفر بعد إذ أنقذه الله كما يكره أن يلقى في النار

Maksudnya; Dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda; Tiga perkara sesiapa yang ada padanya ia akan mendapat kemanisan Iman. Ia lebih sayang kepada Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain, dan ia tidak menyayangi seseorang melainkan kerana Allah swt dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran sesudah Allah menyelamatkan daripadanya sebagaimana ia benci dicampak kedalam api neraka.


4- Mengikut petunjuk Rasulullah saw dan menjadikanNya sebagai contoh dan ikutan. Ini disebabkan rasa cintanya kepada Rasulullah saw dan yakin dengan pertunjuk yang dibawa.

Firman Allah swt;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya; Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: |

0 comments: