SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Faktor Mengikis Sifat Sabar

Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut;


  1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh.

Biasanya tindakan ingin cepat gopoh di sebut sebagai tidak sabar. Allah swt menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah swt; al-Anbia’:37.

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ

Maksudnya; Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.


Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.


Firman Allah swt; al-Ahqaf:35

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ

Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka


Sabda Rasulullah s.a.w;

التأني من الله و العجلة من الشيطان


Maksudnya; Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.


Sabda Rasulullah s.a.w;

العجلة من الشيطان إلا في خمسة فإنها سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم : إطعام الضيف وتجهيز الميت وتزويج البكر وقضاء الدين .

Maksudnya; Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa”.


2. Marah.

Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.


Firman Allah swt;

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ

Maksudnya; Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya) (al-Qalam:48)


3. Putus Asa.

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.


Firman Allah swt;

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ


Maksudnya; Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139)


Sumber: usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Etika Kerja Dalam Islam

Alhamdulillah pada pagi ini, 16.4.2010 telah sempat mendengar tazkirah pagi jumaat, sesuai dengan tajuk Ikhlas . . . . . marilah kita menghayati perbincangan yang sempat di baca pada pagi ini.

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu "pekerjaan" yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat. Di samping itu kita hendaklah juga mengetahui bahawa setiap tugas atau kerja yang diberi oleh Allah kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan orang yang berkenaan seperti yang ternyata di dalam firman Allah SWT:

Maksudnya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya".
(Al-Baqarah: 286). Ayat ini menegaskan bahawa tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Dengan sendirinya ayat ini menekankan bahawa seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya.

Selain dari itu, setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah SWT:

Maksudnya : "Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya". (Al-Muddaththir : 38). Ini bererti sekiranya seseorang itu tidak menunaikan kerja dengan sewajarnya, seperti mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinya ia akan dihukum di akhirat kelak walaupun mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah seseorang itu di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.

Daripada apa yang telah diutarakan, jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam tidak menyukai kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Islam telah menggariskan etika kerja dalam Islam antaranya :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah.
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah.
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap.
4. Bekerja Dengan Semangat Kerjasama Dan Berpadu Fikiran.

Etika Kerja Pertama: Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah

Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnyalah setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya selaras dengan firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

"Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah : 21). Setiap penjawat awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatannya itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya maka bererti pekerja tersebut tidak menunaikan amanah kepada Allah. Seseorang pekerja hendaklah menyedari dan menghayati bahawa bekerja untuk mencari nafkah yang dimulai dengan niat itu adalah ibadat. Setiap penjawat awam harus menyedari bahawa bekerja itu bererti beribadat, maka sewajarnyalah bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Etika Kerja Kedua: Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah

Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan dan kesedaran bahawa kerja yang dilaksanakan olehnya itu adalah suatu amal soleh dalam usaha mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.

Seterusnya setiap insan mestilah bersyukur kepada Allah kerana rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung dan satu daripadanya ialah yang kita sandangi ini. Kesyukuran kita seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan tidak dapat menyara keluarga dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut serta menyumbangkan tenaga di dalam usaha membangunkan negara yang tercinta. Moga-moga tercapailah cita-cita murni untuk membangunkan suatu negara yang direhdai Allah seperti firman-Nya:

Maksudnya:
"......Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan" (Saba`: 15). Sekiranya seseorang itu dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah, insyaAllah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia'.
(Riwayat Al-Quda`).

Etika Kerja Ketiga: Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya tekun dalam menjalankan tugas. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun". (Riwayat Al-Baihaqi). Apabila hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah kecekapan. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.

Etika Kerja Keempat: Bekerja Dengan Semangat Kerjasama Dan Berpadu Fikiran

Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dalam suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan. Allah SWT menegaskan:

Maksudnya:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… .”(Al-Ma'idah : 2). Selain dari bekerjasama dalam menjalankan tugas, hendaklah diwujudkan satu budaya bagi menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangan seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.

Kesimpulan

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia sudah semestinya berusaha untuk terus meningkatkan usaha menerapkan nilai-nilai murni di dalam setiap bidang pekerjaan. Setiap individu yang bekerja, hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam, ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat.

Sumber: www.muslimdiary.com

Posted in Labels: | 0 comments

Manusia – Antara Sabar dan Taqwa

Kesabaran dan ketaqwaan merupakan dua sifat hati yang penting untuk menjadi manusia yang baik. Sifat yang boleh membawa kepada kebahagian yang hakiki. Melihat kepada sifat sabar dan taqwa, manusia terbahagi kepada empat jenis;


1. Orang yang bersabar dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah orang-orang yang berbahagia di dunia dan akhirat, memperolehi kebahagian yang hakiki. Bersabar dalam melaksanakan perintah Allah dan bersabar atas meninggalkan larangan Allah.

2. Orang yang bertaqwa dengan banyak melakukan amal ibadah dan ketaatan tetapi tidak mempunyai kesabaran atas kesusahan dan kepayahan. Mereka bersabar dalam melakukan ketaatan tetapi tidak mampu bersabar atas musibah yang berlaku.

3. Orang yang bersabar tetapi tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah yang berlaku kepada orang-orang jahat, pemaksiat, penjenayah, mereka bersabar atas kesusahan yang dihadapi dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.

4. Orang yang tidak sabar dan tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah seburuk-buruk manuisa, tidak mahu melakukan ketaatan dan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan.


Firman Allah swt;


إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21)


Maksudnya; Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.


Keutamaan Peringkat Sabar


Kesabaran dalam melaksanakan kewajipan dan ketaatan merupakan sifat sabar yang paling tinggi kedudukannya.

Seterusnya diikuti sabar dalam meninggalkan larangan-larangan Allah swt. Pahala sabar dalam meninggalkan larangan Allah lebih besar dibandingkan dengan sabar atas musibah atau bencana yang menimpa.


Kesabaran melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan lebih besar dibandingkan dengan sabar atas musibah dan bencana kerana kesabaran dalam dua bidang adalah pilihan manusia sendiri manakala musibah dan bencana merupakan keadaan yang terpaksa dihadapi.


Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Selamatkah Rumah Anda . . . ?


Lima jenis kemalangan yang sering terjadi


Jatuh - Memang tidak ada apa yang pelik kalau kanak-kanak terjatuh. Masakan tidak bayi memang gemar belajar memanjat dan menaiki berbagai objek. Jadi tidak hairanlah kalau mereka sering terjatuh.

Keracunan - Ia terjadi apabila bayi tidak dapat membezakan antara bahan pencuci sabun dengan air minuman kerana warnanya yang menarik.

Lemas - Proses tenggelam terjadi sekelip mata, oleh itu waspadalah dengan baldi, besen atau kolam yang mengandungi air.

Luka dan terbakar - Kulit bayi menyerap asap dengan lebih cepat, jadi mereka sangat mudah untuk mengalami kesulitan bernafas.

Sukar Bernafas - Kecelakaan ini banyak melibatkan kegiatan tidur si kecil. Mungkin kerana posisi tidur yang salah, tertindih oleh orang tuanya yang tidur dekatnya atau tersedak benda-benda kecil seperti duit syiling, butang, mainan, makanan dan lain-lain.

Keselamatan di dapur
1. Jangan biarkan pemegang periuk mengadap keluar ketika sedang memasak.
2. Simpan pisau serta alat masak lainnya di dalam almari yang terkunci dan tidak mudah dibuka oleh si kecil.
3. Hindari penggunaan lapik meja. Bayi anda boleh menariknya dan menjatuhkan benda-benda yang berada di atasnya.
4. Jangan membiarkan peralatan pembersih lantai di merata-rata. Jangan biar kolam, baldi atau besen ditadah air kerana bayi anda boleh tenggelam walaupun pada air sedalam tiga sentimeter sahaja.
5. Jangan masak sambil dukung anak.

Keselamatan di bilik mandi
1. Hati-hati jika anda menggunakan pemanas air di bilik mandi. Pastikan anda menutup suisnya jika tidak dipakai.
2. Jika tandas di rumah anda jenis duduk, pastikan anda mempunyai pengunci khas supaya anak tidak boleh membuka penutupnya.
3. Letakkan sabun, syampu, pembersih lantai serta ubat-ubat pada tempat yang tidak terjangkau oleh si kecil.
4. Rak-rak yang ada di bilik mandi sebaiknya diletakkan pintu dan dikunci. Walaupun tidak ada benda yang berbahaya di dalamnya, bayi atau anak anda akan berusaha untuk memanjatnya jika ia dibiarkan terbuka.

Keselamatan di bilik tidur
1. Jangan membiarkan katil anak anda penuh dengan bantal dan anak patung, ini untuk mengelakkannya lemas ketika tidur.
2. Selain itu elak daripada membeli katil dua tingkat kerana dikhuatiri anak akan terjatuh ketika bermain memanjat.
3. Jika menggunakan bantal peluk, pastikan talinya ditanggal supaya anak anda tidak terjerut ketika tidur.
4. Barang permainan yang sudah rosak baiklah dibuang kerana ia mungkin akan mendatangkan kecederaan pada anak.

Keselamatan di ruang lain
1. Jika mempunyai anak kecil, sebaiknya gunakan meja dan perabot yang bersaiz lebar dan tidak beroda. Ini untuk mengelakkan anak anda tertindih ketika bermain berhampirannya.
2. Pastikan almari, rak buku dan perabot berat di skru ke dinding rumah untuk mengelak ia terjatuh jika dicapai oleh anak kecil.
3. Berhati-hati apabila menyusun hiasan dinding, biarlah kedudukannya tinggi supaya anak tidak boleh mencapainya.
4. Pastikan kabel-kabel alat elektronik ditutup dengan menggunakan penutup kabel.
5. Letakkan tempat sampah di mana bayi tidak boleh ke situ atau gunakan tempat sampah yang bertutup.
6. Jika membawa balik kerja ke rumah pastikan anda menyimpan semua peralatan tulis seperti pen, pensel, klip kertas dan sebagainya kerana ia berbahaya untuk bayi.
7. Memang kita tidak mampu untuk mengawasi bayi setiap waktu, namun ikhtiar panduan di atas boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan di rumah. Jangan ingat bayi anda tidak tahu apa-apa kerana mereka sebenarnya mampu melakukan banyak perkara di luar dugaan.

Sumber: www. tipsbayi.com

Posted in Labels: | 0 comments

Faktor-faktor membawa kepada sifat sabar.

1. Memahami realiti hidup ini adalah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.

2. Meyakini bahawa dunia ini semuanya adalah milik Allah dan Allah berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki atau menarik daripada sesiapa yang dikehendaki.


Firman Allah s.w.t;

ومابكم من نعمة فمن الله

Maksudnya; Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan . al-Nahl:53.


إنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya; Sesungguhnya Kita milik Allah dan Kita akan kembali kepadaNya. Al-Baqarah:156


3. Yakin bahawa disebalik kesusahan ada kesenangan dan kebahagiaan.


فإن مع العسر يسراً إن مع العسر يسراً

Maksudnya; Sesungguhnya pada kepayahan ada kesenangan dan Ingatlah pada kesusahan ada kesenangan. Al-Sarh:5-6.


4. Memahami dan merasai bahawa balasan pahala yang besar kepada orang yang sabar.


Firman Allah s.w.t;

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang sabar disempurnakan balasan mereka tanpa dihitung. Al-Zumar:10


5. Berdoa dan memohon pertolongan dari Allah swt agar sentiasa diberi kesabaran.


Firman Allah swt;

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya; Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan sembahyang kerana sembahyang itu berat kecuali bagi orang yang khusyu’. Al-Baqarah:45.


6. Beriman dengan qada’ dan qadar Allah swt.


Firman Allah swt;

ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها

Maksudnya; Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Al-Hadid:22.


Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments