SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Abang Din Beramboi meninggal dunia


Ucapan Takziah diucapkan buat keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagaii Abang Din Beramboi atas pemergian beliau dan berharap keluarga beliau sabar menghadapi dugaan ini. Berita sedih ini, ingin maklumkan kepada semua bahawa abang DIN BERAMBOI telah meninggalkan kita semua. Tiada lagi tawa ria, kelamar mencuit hati, beliau pergi membawa semua telatah dan kemahiran yang membuat insan lain gembira. Beliau telah meninggal pada pukul 12.30 pagi (2 April 2010). Arwah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan,Kepong. Selepas berhempas pulas bertarung nyawa akhirnya beliau telah pergi meninggalkan kita. Allah lebih menyayangi beliau. Doa dipanjatkan agar roh beliau dicucuri rahmat.Allah lebih menyayangi beliau.

** Teringat kata-kata beliau masa final Raja Lawak kepada Alex "KALAU SAYA TIDAK ADA DI ERA NANTI,AWAK GANTI SAYA"..macam tahu akan pemergian beliau...

Saya rasa inilah ada ujian kepada ahli keluarga dan warga kerja ERA serta rakan2 yang mengenali beliau, ketika kita disayangi dan disanjungi ketika itulah ujian dari Allah datang untuk menguji kekuatan kita semua yang ditinggalkan.

Moga roh arwah Abang Din Beramboi ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kenangan bersama-samanya tetap menjadi ingatan yang sukar dilupakan.

AL FATIHAH buat arwah Abang Din Beramboi Amin

Posted in Labels: |

0 comments: