SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Petua @ Cara Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca yang dihormati. Pada pagi jumaat ini (21 Mei 2010) saya sempat mendengar tazkirah mingguan yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pend. Islam dan Moral. Lantaran dari tazkirah hari ini, marilah kita cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.


Solat merupakan tiang agama. Ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan juga mengerjakan haji. Kerana itu di dalam rukun islam, solat diletakkan sebagai rukun ke 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah. Kepada pembaca blog yang dihormati,

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Firman-Nya lagi:-


Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5].


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk.


Amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:


  1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
  4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
  5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
  6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
  9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
  11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
  12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
  13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
  15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”


Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


Kesimpulan :

“Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian ; Melainkan mereka yang beriman serta beramal soleh serta berpesan2 dengan kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran”.


Carilah erti hidup ini diwujudkan oleh Allah dan apabila kita mengerti dengan mata hati, barulah kekhusyukkan solat itu datang kepada kita. Sesungguhnya, jika Allah itu mengkehendaki orang yang beramal soleh itu dicampak ke dalam neraka, kita tidak ada hak untuk mempertikaikannya, bersyukurlah kerana Allah itu menunaikan janji Nya iaitu barangsiapa yang menunaikan segala perintahnya akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak. Alhamdulillah… mudah-mudahan dengan tazkirah yang sempat saya hayati pagi ini dapat memberi pembaca input yang berguna untuk diamalkan bagi diri sendiri, anak-anak, sahabat handai dan masyarakat. Marilah kita sama-sama menyampaikan ilmu yang baik ini, moga solat yang dilaksanakan masyarakat Islam akan menjadi lebih bermakna dan memberi kefahaman yang mendalam.


Sumber Rujukan: Dakwah2u

Posted in Labels: | 0 comments

Selamat Hari Guru 2010

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mengetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.


Cukupkah dengan sekadar ucapan dan hadiah yang diberikan ? Sedangkan hakikatnya guru sering dianggap sebagai kerjaya yang paling mudah dan senang. Namun masyarakat lupa dengan peranan yang telah guru mainkan bagi membina modal insan. Guru kerap dijadikan sasaran sekiranya anak-anak mereka di denda dan sebagainya. Namun guru ibarat lilin tetap menyala walaupun kadang kala diri mereka sendiri terbakar. Ingat setiap usaha dan kerja yang dijalankan dengan ikhlas hanya Allah yang dapat membalas jasa anda – guru. Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia termasuk yang pernah menjadi sejarah dalam diri setiap insan yang pernah menjadi “murid”. Selamat Hari Guru 2010.

Posted in Labels: | 0 comments

Sebab-sebab Sombong

Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseroang menjadi sombong dan takabbur.

1. Ilmu
Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.

عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء ولا تماروا به السفهاء
ولا تخيروابه المجالس فمن فعل ذلك فالنار النار”

Maksudnya;
Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang bodoh, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا
ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة

Maksudnya;
Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat.

Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia:

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن أشد الناس عذابا يوم القيامة
عالم لم ينفعه الله بعلمه

Maksudnya;
Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu.

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..

2. Amal Ibadat
Terkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur. Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “
إذا سمعتم الرجل يقول هلك الناس فهو أهلكهم
Malsudnya; Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.”

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” .

3. Nasab Keturunan
Ramai manusia menjadi sombong kerana ketuurnannya dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan sepertinya. Mereka berasa keturunannya yang terdiri daripada salihin, ‘amilin, hartawan, bangsawan dan sebagainya menyebabkan mereka menjadi manusia yang mulia. Dari Abu Dhar r.a. katanya:

روي أن أبا ذر رضي الله عنه قال قاولت رجلا عن النبي صلى الله عليه وسلم فقلت له يا ابن السوداء فغضب
صلى الله عليه وسلم وقال يا أبا ذر ليس لابن البيضاء على ابن السوداء فضل

Maksudnya;
“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, Aku berkata: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah s.a.w. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam.

4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal

Manusia sering besifat sombong apabila merasakan dirinya cantik dan hebat, lalu timbullah rasa takjub dengan keindahan dan kehebatan rupa parasnya. Wajarlah mereka ini merenung sabda

Rasulullah s.a.w.:
إن الله لا ينظرُ إلى أجسامكم، ولا إلى صوركم، ولكن ينظرُ إلى قلوبكم وأعمالكم

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.” .

5. Harta Kekayaan
Orang kaya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha. Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada Allah S.W.T. Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu.

Nabi s.a.w. telah bersabda:

قدمتم من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر مجاهدة العبد هواه

“Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar iaitu seorang hamba berjuang melawan hawa nafsu.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi Allah S.W.T.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

اللهمَّ أحييني مِسكيناً وأمتني مِسكيناً واحشرني في زمرةِ المساكين

“Ya Allah, hidupkandaku dalam keadaan miskin, dan mati aku miskin, dan himpunkan aku di kalangan orang-orang miskin.”

Maka kata A‘isyah Radhiyallahu ‘anha: “Kerana apa, ya Rasulullah?” Maka sabdanya: “Bahawasanya mereka itu masuk syurga 40 tahun lebih dahulu daripada orang kaya . Hai A‘isyah, sayangilah orang-orang miskin dan hampiilah mereka itu, nescaya hampir kepada Allah Ta‘ala pada hari kiamat.” .

6. Kekuasaan
Memiliki kuasa,sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu sekiranya tidak mempunyai hati yang baik akan mendorongnya menjadi sombong.

7. Pengikut dan penyokong.
Manusia yang hatinya tidak sihat akan merasa hebat apabila dibelakangnya ramai pengikut atau peminat. Keangkuhannya dan kesombongannya bertambah kuat apabila apa yang diperkatakan dan dilakukan sentiasa mendapat sokongan dari pengikut tanpa melihat samada ianya satu kebenaran atau kebatilan. Justeru, marilah sama-sama kita menjaga hati kita agar sentiasa insaf dan merendah diri biarpun semua perkara di atas menjadi milik kita. Jangan jadikan ia sebab kepada kesombongan dan ketakabburan tetapi jadikanlah ia sebagai sebab untuk kita hampir kepada Allah swt dan menginsafi semua perkara tersebut merupakan ujian daripada Allah swt. Semoga kita berjaya dengan ujian ini dan mendapat keredhaan Allah swt.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments

Bahaya Sifat Sombong

Manusia dilarang dan diharamkan dari bersifat dengan sifat sombong. Larangan ini disebabkan manusia tidak layak bersifat dengan sifat ini kerana manusia merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah swt dengan kemampuan yang sangat terbatas. Sifat sombong sangat merbahaya kerana ia menyebabkan berbagai masalah dalam kehidupan manusia.

Antara bahaya sifat sombong ialah;

1. Orang yang sombong mendapat kemurkaan dari Allah swt.

Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman;

الكبرياءُ ردائي والعِزَّةُ إزاري فمن نازعنى واحدا منهما قذفته فى النار

Maksudnya;Sombong itu selendang aku dan kemulian itu pakaianku, sesiapa yang mengambil salah satunya daripadanya Aku campakkan ke dalam api neraka.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Maksudnya; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri



2. Orang yang sombong akan ditutup pintu hidayah daripada Allah swt.

Firman Allah swt;

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya; Allah menutup hati-hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan mereka, bagi mereka azab yang sangat besar.

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

Maksudnya;Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong dan sewenang-wenang


3. Orang yang sombong mengabaikan perintah Allah subhanahu wata’ala.

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا

Maksudnya;Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

4. Orang yang Sombong menjadi penghuni neraka.

Sabda Rasulullah saw;

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ

Maksudnya;Tidak akan masuk surga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan).

5. Kesombongan membawa kepada kehinaan di dunia dan di akhirat.

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya; Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.

Dalam kehidupan kita didunia, sifat sombong membawa bermacam-macam masalah samada dalam diri seseorang, masyarakat, organisasi, dan negara.

Seseorang akan menjadi masalah kepada orang lain apabila tidak boleh berkerja sama kerana sombong. Keluarga tidak bahagia apabila sebahagian ahli keluarga bersikap sombong mementingkan diri sendiri.

Masyarakat tidak harmoni apabila ada anggota masyarakat bersifat sombong dan takabbur menyebabkan masyarakat berpecah belah. Negara menjadi tidak makmur apabila pemimpin sombong mementingkan diri sendiri dan tidak perihatin kepada rakyat, dunia akan menjadi huru hara apabila para pemimpin sombong tidak menghormati negara lain.

Sebalik semua akan merasa bahagia dan tenang apabila manusia saling hormat menghormati, merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dan itulah inti pati akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments