SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Hari Guru 2010

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mengetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.


Cukupkah dengan sekadar ucapan dan hadiah yang diberikan ? Sedangkan hakikatnya guru sering dianggap sebagai kerjaya yang paling mudah dan senang. Namun masyarakat lupa dengan peranan yang telah guru mainkan bagi membina modal insan. Guru kerap dijadikan sasaran sekiranya anak-anak mereka di denda dan sebagainya. Namun guru ibarat lilin tetap menyala walaupun kadang kala diri mereka sendiri terbakar. Ingat setiap usaha dan kerja yang dijalankan dengan ikhlas hanya Allah yang dapat membalas jasa anda – guru. Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia termasuk yang pernah menjadi sejarah dalam diri setiap insan yang pernah menjadi “murid”. Selamat Hari Guru 2010.

Posted in Labels: |

0 comments: