SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Sebab2 Kebahagiaan Hakiki - sambungan

6. Menenangkan Hati.

Dalam Al Qur’an banyak ayat-ayat yang membicarakan kedudukan hati yang lapang, di antaranya:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

Maksudnya: Ia berkata Wahai Tuanku, lapangkan dadaku. (Thaha: 25)

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Maksudnya; Bukankah kami melapangkan dada engkau (Al Insyirah: 1)

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya; Maka sesiapa yan Allah ingin berikan pertunjuk, Allah akan lapangkan dadanya untuk Islam dan sesiapa yang Allah ingin menyesatkannya, Allah akan menyempitkan dadanya seperti naik ke langit. Begitulah Allah menjadikan kekejian ke atas orang yang tidak beriman (Al An’am: 125).

Kelapangan dada dan mencarinya termasuk tanda-tanda kebahagiaan dan sifat orang-orang yang berbahagi

7. Berbuat Baik kepada Manusia.

Orang yang suka berbuat baik kepada manusia dialah orang yang paling berbahagia, serta yang paling diterima hidupnya di atas bumi.

خير الناس أنفعهم للناس

Maksudnya; Sebaik-baik manusia ialah orang berguna kepada orang lain.


8. Tidak tamak dunia dan selalu mengingati mati.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناسرواه أحمد

Maksudnya; Redhalah dengan pembahagian Allah terhadap mu, nescaya engkan menjadi manusia yang paling kaya.

9. Memberi kemaafan

Memberi kemaafan boleh menjadikan seseorang menjadi tenang dan bahagia kerana ia akan disukai oleh semua orang. Dan orang yang memberi kemaafan disayangi Allah.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya; Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nur : 22).

وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya; Dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Aali Imraan : 134).

Sumber: www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: |

0 comments: