SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Haji @ Hajah sekadar Panggilan atau Penanda

Haji dan Hajah adalah panggilan yang sering terdengar di Tanah Suci oleh jemaah haji. Panggilan itu biasanya diserukan oleh (tentera atau petugas2) di Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi ketika menegur jemaah atau untuk mengatur mereka. Sebutan itu juga lazim diucapkan oleh para peniaga ketika menjajakan barang-barang komoditi mereka. Sementara itu, di Malaysia, panggilan haji atau hajah (disingkat H atau Hj) galibnya diberikan kepada penganut agama Islam yang sudah menunaikan ibadah haji, sehingga di depan namanya biasa ditambahi huruf besar H atau Hj.

Dalam Kamus Besar Bahasa Malaysia (1990: 292), lema "haji" dimaksudkan sebagai:

1. Rukun Islam yang ke lima;

2. Sebutan untuk orang yang sudah melakukan ziarah ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

Berkaitan dengan pengertian itu pula, umat Islam yang akan berangkat ke Tanah Suci oleh pemerintah diistilahkan dengan "rombongan atau jemaah haji" Malaysia. Ketika mereka sudah selesai menjalankan ibadah dan akan kembali ke Tanah Air, istilahnya berubah menjadi "rombongan atau jemaah haji" Malaysia. Sebutan "calon" tidak disisipkan lagi, dan itu menunjukkan mereka sudah sah menjadi haji atau hajah. Adapun di Tanah Suci, baik di Mekah maupun Madinah, sebutan haji atau hajah berbeda lagi pengertiannya. Sebutan itu tidak terkait dengan gelar bagi umat Islam yang sudah menunaikan ibadah haji. Misalnya, rombongan atau jemaah haji Malaysia yang masuk gelombang pertama, setibanya di Jeddah kemudian diberangkatkan dulu ke Madinah. Selama lapan hari di Madinah, jemaah haji ini memanfaatkan waktu untuk beribadah di Masjid An-Nabawi. Jelas, jemaah ini belum memulakan ibadah haji mereka, tapi oleh askar atau para peniaga sudah dipanggil haji atau hajah. Begitu juga ketika sudah berada di Mekah dan belum selesai menjalankan ibadah haji, tetap kerap dipanggil haji atau hajah. Bila panggilan haji atau hajah itu diberikan kepada jemaah gelombang kedua, boleh dimaklumi, kerana mereka sudah selesai melaksanakan ibadah haji. Sewaktu masih dalam status jemaah haji, gelombang kedua tersebut, setelah sampai di Jeddah, lalu diberangkatkan ke Mekah. Setelah selesai ibadah hajinya bersama jemaah gelombang pertama, baru jemaah gelombang kedua ini menuju Madinah.

Dalam konteks inilah kita boleh memahami perbezaan makna haji/hajah bagi masyarakat Malaysia khususnya, dengan pengertian dalam bahasa Arab asal kosakata tersebut. Panggilan haji atau hajah yang diteriakkan oleh askar atau peniaga di Tanah Suci itu, sebetulnya tidak ada sangkut-pautnya dengan sudah atau belum selesainya pelaksanaan ibadah haji. Mengapa? Sebab, istilah haji dalam bahasa Arab adalah orang yang sedang berziarah atau berkunjung. Kemudian, dalam fiqh dilengkapi dengan maksud untuk beribadah haji. Oleh itu, tidak salah jika jemaah haji gelombang pertama di Madinah atau gelombang kedua di Mekah dipanggil haji/hajah oleh askar atau peniaga.

Bagi masyarakat Malaysia, panggilan haji/hajah menjadi gelar atau penanda telah selesainya rangkaian peribadatan haji (manasik haji), dan lazimnya menjadi gelar yang melekat di depan namanya. Sedangkan bagi masyarakat Arab, istilah haji menjadi panggilan bagi umat Islam yang sedang berziarah ke Tanah Suci untuk beribadah haji. Suatu panggilan sementara yang hanya melekat selama umat Islam itu sedang berziarah atau akan menjalankan ibadah haji. Dengan kata lain, mereka menggunakannya sebagai penanda sesaat saja, dan setelah pelaksanaan ibadah haji selesai, maka sebutan itu pun tidak terdengar lagi. Makna dan sebutan haji bagi sebagian kalangan umat Islam seperti di Malaysia merupakan status sosial baru. Ada kebanggaan, meskipun sering kali berupa kebanggaan nyata kerana tidak dilingkungi dengan konsekuensi dan kewajiban yang harus dijalankan oleh penyandang gelar haji tersebut, baik dalam konteks kesalehan individu mahupun kesalehan sosial. Gelar tersebut seolah melekat sepanjang hayat dan tidak mengalami perubahan atau penambahan. Meskipun orang tersebut telah beribadah haji berkali-kali, gelarnya tetap haji atau hajah (H atau Hj), bukan haji kuadrat misalnya (HH atau HHHH).

Agar tidak terjebak pada kebanggaan maya gelar haji atau hajah yang eksesif, patut disedari bahwa penambahan huruf H atau Hj di depan nama lebih bijak dimaknai dalam dua hal:

Pertama – sebagai peringatan bagi yang bersangkutan agar selalu sadar bahwa dia telah dan pernah berziarah ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Kedua – sebagai doa bagi yang bersangkutan agar tetap menjaga kemabruran haji/hajah-nya, dan suatu saat boleh kembali mengunjungi Tanah Suci.


Sumber: www.majalah.tempointeraktif.com

Posted in Labels: |

0 comments: