SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Mencari Lailatul Qadar

TERAS - Salam Ramadan Al Mubarak kepada para pengunjung blog. Adalah diharapkan supaya Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan-ramadan sebelumnya. Saya selaku pemilik blog ini memohon maaf andai ada terkasar bahasa kepada para pengunjung blog sekalian.

Saya ingin memetik beberapa petua yang saya ambil dari kitab Mutlaq al Badrin mengenai bab malam lailatul Qadar.

Menurut Imam Shafie, malam lailatul Qadar terkandung di dalam 10 akhir Ramadan dan terlebih afdal pada malam yang ganjil dan terlebih afdal pula pada malam ke 21 atau malam ke 23 Ramadan.

Manakala berkata Imam Ghazali pula adalah malam Lailatul Qadar dapat diketahui dengan hari yang awal daripada bulan.


1. Sekiranya awal Ramadan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar adalah malam ke 29.

2. Sekiranya awal Ramadan pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar pada malam ke 21.

3. Sekiranya awal Ramadan pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 27.

4. Sekiranya awal Ramadan pada hari Khamis maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 25.

5. Sekiranya awal Ramadan pada hari Sabtu maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 23.


Dan berkata Syeikh Abu Al Hasan selama baligh tiada dia luput malam lailatul Qadar dengan kaedah ini.

Tanda malam Qadar ialah:

  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
  3. Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba2 rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak2 secara tiba2.

Sekiranya pengunjung blog dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar maka selit-selitkan doa untuk hamba yang dhaif serta semua umat Islam supaya Allah SWT redha, mengampunkan segala dosa-dosa, termasuk di dalam golongan yang memasuki syurga dan dilindungkan dari api neraka.

ALLAHUMMA AMIN

Posted in Labels: |

0 comments: