Terbiar leka kejar harta
Posted On Saturday, June 30, 2012 at at 8:38 PM by maori
UBAY bin Ka’ab iaitu sahabat Rasulullah SAW meriwayatkan
dalam sebuah hadis, baginda bersabda yang bermaksud: “Serigala buas yang dilepaskan di kandang kambing tidak lebih berbahaya
daripada cinta harta dan pangkat dalam kehidupan agama seseorang.”
Ketika manusia rakus mengejar kemewahan dunia, ada antara
kita kadangkala melampaui batas serta norma kehidupan dengan sanggup melakukan
apa saja untuk mencapai matlamat. Pada
waktu dunia akhir zaman ini, kita lihat ramai sanggup memijak serta menindas
orang lain demi kekayaan, harta dan pangkat.
Tidak kurang juga manusia seperti berlumba-lumba untuk menjatuh dan mengaibkan seteru atau pesaingnya dalam apa juga bidang.
Tidak kurang juga manusia seperti berlumba-lumba untuk menjatuh dan mengaibkan seteru atau pesaingnya dalam apa juga bidang.
Halal dan haram tidak lagi menjadi persoalan, buatlah dengan apa cara sekalipun, asalkan memperoleh apa diinginkan.
Namun ketahuilah, setiap yang diusahakan di muka bumi pasti dihitung Allah pada hari pengadilan di Padang Mahsyar.
Sebenarnya, saya tertarik dengan istilah yang disebut oleh seorang ustaz baru-baru ini yang menyebut Allah itu Maha ‘sensitif’.
Perkataan sensitif itu merujuk kepada sifat Allah yang sangat peka seperti dinyatakan Allah di dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
Begitulah betapa sensitifnya Allah terhadap setiap apa yang diusahakan hamba-Nya yang mengakui sebagai Muslim di atas muka bumi. Selagi mana seseorang itu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu secara zahir, Allah akan melihat dan menilai setiap perbuatannya selagi mana dia bernafas.
Dalam surah Ali-Imran ayat 85, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, tidak akan diterima daripadanya (amalan), dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang- orang yang rugi.”
Jika dilihat, Allah tidak menyatakan mereka akan rugi di dunia tetapi akan rugi pada hari akhirat. Apabila Allah menyatakan sedemikian, nescaya mereka akan benar-benar rugi dan merasa teramat sesal pada hari akhirat.
Kerana itu Allah dengan sifat pemurah-Nya mengurniakan segala-galanya bagi mereka (termasuk juga orang Islam) yang mengejar kehidupan dunia dan melupakan hari akhirat. Perkara ini disebutkan oleh Allah di dalam surah Hud, ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-Quran mengenai sah atau batalnya), Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
“Merekalah orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka kerjakan.”
Berdasarkan ayat di atas, tidak hairan mengapa Allah ‘membiarkan’ mereka melakukan apa saja di muka bumi. Mereka bebas untuk tidak menunaikan solat, mengambil rasuah dan memakan hasil riba, memfitnah, mengaib serta menganiaya orang lain dan menipu dalam urusan jual-beli.
Mereka akan terlepas daripada hukuman di dunia tetapi akan berdepan Allah untuk menjawab dosa yang mereka lakukan ketika seluruh anggota berbicara sendiri.
Sebelum itu, seluruh umat manusia akan menerima buku catatan amalan yang terkandung di dalamnya setiap perincian amalan ketika hidup di dunia seperti difirmankan Allah dalam surah Al-Jaathiyah ayat 28 dan 29 yang bermaksud: “Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu kerjakan!
“Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu lakukan (di dunia dulu)!”
Pada hari akhirat, digambarkan kepada kita bahawa manusia akan berjalan ke Padang Mahsyar dalam pelbagai keadaan.
Di dalam surah Al-Isra’, ayat 97, Allah menyatakan, bahawasanya: “... Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing- masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak...”
Dalam Hadis Riwayat Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dinyatakan bahawa Rasulullah berkata, wujud tiga kelompok pada hari akhirat.
Kelompok pertama adalah mereka yang berjalan kaki, kedua adalah mereka yang menunggang kenderaan dan yang terakhir adalah mereka yang berjalan dengan wajahnya (mukanya). Maka bertanyalah sahabat kepada baginda, bagaimana manusia berjalan di atas wajahnya?
Rasulullah menjawab, sebagaimana kamu mempercayai bagaimana Allah membuat makhluk-Nya berjalan dengan kakinya, tentunya Allah boleh menjadikan manusia berjalan di atas wajahnya.
Sesuatu yang paling mulia pada fizikal manusia ialah
wajahnya. Selain tempatnya di bahagian atas, Rasulullah mengeji manusia yang
memukul atau merosakkan wajah orang lain kerana mulianya wajah manusia itu.
Namun, bagi yang melupakan Allah dan lalai dengan kehidupan dunia, Allah menghina mereka dengan menterbalikkan keadaan dan menjadikan wajahnya sebagai ‘kaki’ untuk berjalan pada hari akhirat. Nauzubillah!
Ketahuilah, Allah tidak melarang manusia berusaha mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia. Namun, berpada-pada dan jangan lalai dengan suruhan Allah dan menindas serta mengambil hak orang lain.
Firman Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 7 dan 8: “Kemudian apabila engkau selesai (daripada sesuatu amal soleh), bersungguh- sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh lain). Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”
www.hmetro.com.my
Golongan jin yang beriman
Posted On Saturday, June 23, 2012 at at 12:50 PM by maori
Menurut al-Biqaie surah yang lalu menerangkan tentang
Nabi Nuh a.s. yang merupakan Rasul Allah yang pertama diutus kepada para
penentang dan penyembah berhala. Mereka menolak ajakan dan seruan sedangkan
beliau salah seorang anggota masyarakat. Surah yang lalu diakhiri dengan doa
Nabi Nuh a.s. ke atas mereka. Nabi Muhammad SAW rasul yang terakhir dan kaum
baginda mempunyai banyak persamaan dengan kaum Nabi Nuh. Ini disebabkan
keagungan al-Quran dan ayat ini mengingatkan hal tersebut sambil mengisyaratkan
kecaman kepada masyarakat Arab yang tidak menyambut ajakan beliau dan nabi yang
menyampaikannya dari suku bangsa bahkan yang terdekat dengan mereka.
Sheikh Muhammad al-Hindi dalam kitabnya pada majlis yang
ketujuh berkata: "Aku telah
mengumpulkan ajaran yang dibawa oleh agama Islam dengan ajaran yang dibawa oleh
penemuan moden, seperti ucapan mereka.” Sesungguhnya setiap ilmu, kebaikan
dan keburukan yang berlaku dalam hati itu ditimbulkan oleh roh yang mulia dan
roh yang hina. Dalam hadis diungkapkan yang bermaksud di dalam hati itu ada dua
kemahuan (kehendak). Kemahuan (kehendak) dari malaikat dan kemahuan (kehendak)
dari syaitan.
Firman Allah SWT: Katakanlah (hai Muhammad):
Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya: Telah mendengarkan sekumpulan jin (akan
al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran
yang menakjubkan.
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT memerintahkan
Rasulullah SAW memberitahu kepada umatnya, bahawa jin mendengar al-Quran, lalu
mereka beriman, membenarkannya serta tunduk kepada Allah SWT."
Menurut Al-Maraghi, Allah SWT mengeluarkan perintah
kepada rasul-Nya agar memberitahu kepada para sahabatnya tentang kisah-kisah
jin yang diwahyukan kepadanya kerana ia mempunyai banyak faedah dan manfaat kepada
manusia, antaranya:
- Sebagai
makluman bahawa Nabi SAW itu diutus kepada bangsa manusia juga kepada
bangsa jin.
- Sebagai
makluman bahawa jin itu mendengar pembicaraan dan memahami bahasa kita.
- Sebagai
makluman bahawa jin itu dibebankan dengan tanggungjawab (mukalaf) sama
seperti manusia.
- Sebagai
makluman bahawa jin yang beriman telah berdakwah kepada jin lain dari
kabilahnya agar mengaku beriman.
- Supaya kaum Quraisy mengetahui bahawa jin itu asalnya bersikap derhaka ketika mendengar al-Quran dan apabila mengetahui kemukjizatannya jin itu beriman kepadanya.
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan betapa nabi
mengetahui para jin yang mendengar wahyu yang diturunkan kepadanya, tetapi
bukan melalui kesaksian mata.
Dalam Ensiklopedia Abad XX karya Muhammad
Farid Wajdi dinyatakanmakhluk yang bersifat hawa (udara) atau api, berakal
dapat dibentuk dan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan yang berat.
Sayyid Sabiq seorang ulama Mesir mendefinisi jin sebagai
roh berakal, berkehendak, mukalaf (dibebani tugas keagamaan oleh Allah seperti
manusia) tetapi tidak berbentuk materi, kasar dan mereka mempunyai kemampuan
untuk tampil dalam pelbagai bentuk.
Firman Allah SWT: (yang) memberi petunjuk kepada
jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan
mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami.
Menurut Al-Mawardi, ayat itu ada dua pendapat:
- Segala
perkara yang mendapat petunjuk.
- Ke arah makrifatullah.
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu jalan yang lurus."
Hamka berkata: "Inilah
kesan pertama yang tinggal dalam diri mereka setelah mendengar al-Quran dibaca
Nabi. Mula-mula mereka takjub, merasa hairan tercengang mendengar ayat itu
dibaca". Ini kerana isi kandungannya tidak ada jalan membantah dan
menolak jika hatinya benar-benar bersih.
Firman Allah SWT: Dan bahawasanya Maha Tinggi
kebesaran Tuhan kami, dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak.
Sebenarnya perkataan jaddu dalam ayat
ini ada sepuluh tafsiran:
- Urusan
tuhan kami seperti pendapat al-Suddi.
- Perbuatan
tuhan kami seeperti pendapat Ibn Abbas.
- Peringatan
tuhan kami seperti pendapat Mujahid.
- Kekayaan
tuhan kami seperti pendapat Ikrimah.
- Ujian
tuhan kami seperti pendapat al-Hasan.
- Kerajaan
tuhan kami seperti pendapat Abu Ubaidah.
- Kemuliaan
dan keagungan tuhan kami seperti pendapat Qatadah.
- Kenikmatan
tuhan kami atas makhluk-Nya seperti pendapat al-Dahhak.
- Ketinggian
tuhan kami seperti pendapat Sa'id bin Jubair.
- Mereka yang prihatin dengan datuk, iaitu bapa kepada ayah. Ini pendapat daripada ucapan jin kerana kejahilan.
Syed Qutub berkata: "Kata-kata al-jad bererti
bahagian, habuan, kedudukan dan martabat iaitu kebesaran dan kekuasaan semuanya
merupakan makna-makna yang terpancar dari kata-kata itu dan sesuai dengan
tempatnya."
Maksud umum dari makna tersebut adalah mengungkapkan
perasaan hati bahawa Allah SWT Yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang suci dari
mempunyai isteri dan anak-anak sama ada lelaki atau perempuan.
www.utusan.com.my_dr.zulkifli mohamad albakri
Puasa bulan Rejab
Posted On Friday, June 15, 2012 at at 9:46 PM by maori
REJAB
boleh dikatakan sebagai bulan yang ditunggu kebanyakan umat Islam kerana
sesiapa yang berpuasa dipercayai mendapat fadilat yang sangat besar.
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat
mengenai bulan Rejab dan berharap sedikit sebanyak ia dapat menjawab persoalan
individu mengenai kelebihan bulan ini.
Dengan penjelasan ini juga, saya harap kita sama-sama dapat melaksanakan ibadah
dengan baik dan paling penting tahu mengenai apa yang kita laksanakan.
Pertamanya,
elok jika saya bawakan dalil al-Quran mengenai keistimewaan bulan Rejab ini.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 36, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan,
(demikian) di dalam Kitab Allah, sejak hari Dia menjadikan semua langit dan
bumi. Daripadanya adalah empat yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus.
Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan itu…”
Prof
Dr Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menafsirkan ayat ini yang bermaksud: “Maka setelah bangsa Arab memeluk agama
Tauhid, agama Hanif, yang dikenali sebagai Islam, yang disampaikan oleh Nabi
Ibrahim dan Ismail, diadakan empat bulan yang dihormati. Dihormati itu kerana
pada keempat-empat bulan itu tidak boleh berperang dan tidak boleh balas
dendam. Empat bulan itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. tiga
berturut-turut, dan yang satu lagi ialah bulan Rejab (bulan ketujuh).
Dengan penerangan yang diberikan oleh Prof Dr Hamka, keistimewaan bulan Rejab
sama saja dengan tiga bulan yang lain iaitu Zulkaedah iaitu bulan untuk
mempersiapkan diri untuk pergi menunaikan haji dan pada bulan seterusnya iaitu
Zulhijjah. Kemudian, bermulalah bulan Muharam sebagai pembuka tahun baru dalam
kalendar Islam yang sinonim dengan peristiwa Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke
Madinah.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila telah masuk bulan
Rejab, Baginda SAW berdoa; Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada
kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke
bulan Ramadan. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabarani) Malah, Abu Daud
meriwayatkan bahawa Al Allamah Ibnu Hajar dalam tulisannya menyatakan Baginda
SAW ‘memandubkan’ (sunat) berpuasa di bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab
adalah digalakkan tetapi tidak ada satupun hadis sahih membuktikan bahawa
berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab, akan mendapat ganjaran istimewa.
Ahli panel fatwa IslamOnline, Sheikh Dr Yusuf
Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai adakah berpuasa di dalam
bulan Rejab itu sunat atau bidaah, menyatakan bahawasanya berpuasa di dalam
bulan Rejab adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat), ke atas semua
perkara. Tetapi Rasulullah SAW tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan hanya
pada bulan Ramadan.
Malah, walaupun Baginda SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban tetapi tidak
berpuasa sepenuhnya. Dalam hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud
menyatakan bahawasanya: “Baginda SAW
berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, Baginda berbuka
sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa.” Al-Qaradawi tegas
mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram termasuklah
bulan Rejab tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Syaaban kerana ini tidak
dilakukan oleh Rasulullah SAW mahupun para sahabat.
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Syarawi dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai
puasa sunat menyenaraikan lapan jenis puasa yang beliau sifat sebagai ‘puasa
yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah’ iaitu: Pertama,
puasa hari Arafah (9 Zulhijjah khusus bagi mereka yang tidak menunaikan Haji).
Kedua, puasa hari Asyura (10 Muharam). Ketiga, puasa enam hari di dalam bulan
Syawal. Keempat, puasa hari-hari Putih di dalam bulan-bulan Islam iaitu pada
hari ke-13,14 dan 15. Kelima, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap
minggu.
Keenam, berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam
dan Rejab. Ketujuh, berpuasa sembilan hari daripada bulan Zulhijjah (dari 1
hingga 9 Zulhijjah). Kelapan, banyakkan berpuasa di dalam Syaaban.
Maka di sini, dapat saya simpulkan bahawa Rejab adalah bulan yang mulia
sebagaimana bulan-bulan haram yang lain. Dalam bulan Rejab ini sama-samalah
kita meninggalkan perbuatan yang dilarang dan diharamkan seperti menzalimi diri
sendiri, serta memperbanyak ketaatan kepada Allah SWT dan memperbanyakkan
membuat amal kebaikan. Marilah kita mempersiapkan diri untuk memasuki bulan
Ramadan yang bakal menjelma dua bulan daripada sekarang agar termasuk sebagai
Islam yang berjaya di bulan tersebut dan memperoleh Lailatul Qadar. Pada bulan
ini jugalah berlakunya peristiwa besar seperti peristiwa Israk dan Mikraj pada
tanggal 27 Rejab di mana yang memaktubkan solat fardu sebagai ibadat wajib yang
perlu dilaksanakan umat Islam. Berpuasalah dalam bulan ini sekadar yang mampu
tetapi janganlah sehingga melampaui batas.
www.hmetro.com.my
Belajar dari jantung!
Posted On Tuesday, June 12, 2012 at at 10:56 PM by maoriJantung tidak mementingkan diri. Dia tahu
organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam
jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 Liter darah dalam masa
satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat,dia
berdenyut sepanjang masa sehingga mendapat arahan dari tuannya Yang maha Kuasa
iaitu Allah untuk berhenti.
Terhentinya denyutan nya bermakna ajal tuan
jasadnya sudah sampai.Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi
jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah dikala kita
tidur dan tanpa sedar.
Jantung menerima arahan dari SA node.
Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi
setiap arahan ketuanya. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu
berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti
berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan
tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia
tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti
bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan
sakit jantung yang akhirnya menyebabkan kematian.
Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar .Usaha pembelajaran adalah satu usaha berterusan. Sebagai seorang muslim, kita perlu belajar dari buaian sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada selain Allah,nescaya huru haralah degupan jantung dan pengedaran darah dalam badan kita.jantung akan berdenyut secara tak sekata iaitu arrhythmia.
Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar .Usaha pembelajaran adalah satu usaha berterusan. Sebagai seorang muslim, kita perlu belajar dari buaian sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada selain Allah,nescaya huru haralah degupan jantung dan pengedaran darah dalam badan kita.jantung akan berdenyut secara tak sekata iaitu arrhythmia.
Kadangkala kita tidak sedar betapa hebatnya
kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun kita pada Allah,
jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat diri
saya dan anda semua… bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana
mematuhi perintah RabbNya.
Diwaktu itu segala penyesalan tiada berguna
lagi.