SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Sekadar renungan dan peringatan bersama:

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 dec 2004 tsunami Aceh

Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

Adakah kita sedari...??? 
Acheh                        Tsunami        26-12-2004, 

Jogja                           Gempa           26-05-2006

Tasik, Jawa Barat     Gempa           26-06-2010

Guru Merapi              Meletus          26-10-2010

Jambatan Tenggarong Samarinda, Indonesia   Runtuh          26-09-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Oktober 2013
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!! 

Mengapa semua ini                        Berlaku pada tarikh 26hb

Adakah ini satu kebetulan?? 

Bukalah dan bacalah         Al-Quran Juzuk ke: 26

Allah SWT telah berfirman Mafhumnya:
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!! 

Jika sudi..      Sampaikanlah peringatan ini kepada hamba Allah yg lain..

Posted in Labels: | 0 comments

Pendapat mengenai hukum mengucapkan Selamat Natal.

Seperti yang termaklum, secara ringkasnya hukum ini terbelah kepada dua bahagian.
Ada dua pendapat dalam permasalahan ini:

1. Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan.

Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, tidak menolong seorang Muslim dalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.

2. Jumhur ulama masa kini membolehkan pengucapan Hari Natal, antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berpendapat bahwa perubahan masa menjadikan dia berbeza pandangan dengan Ibnu Taimiyah.

Al-Qaradhawi membolehkannya apabila mereka adalah orang-orang yang lembut ke atas Muslimin, lebih-lebih lagi apabila ada hubungan kejiranan, teman sekuliah, sepejabat dan lain-lainnya. Hal ini termasuk dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah.

Tidak dilarang bagi seorang muslim atau badan Islam memberi selamat atas perayaan ini, baik dengan lisan atau pun pengiriman kad ucapan yang tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib. Ucapan-ucapan yang digunakan dalam pemberian ucapan selamat ini pun haruslah yang tidak mengandungi unsur pengukuhan ke atas agama mereka.

Tidak dilarang menerima hadiah mereka karena sesungguhnya Nabi s.a.w telah menerima berbagai hadiah dari bukan Muslim seperti al-Muqouqis Pemimpin al Qibthi di Mesir dan juga yang lainnya dengan syarat bahawa hadiah itu bukan yang diharamkan seperti arak, daging babi dan lainnya.

Antara para ulama yang membolehkan hal ini adalah Dr Abdus Sattar Fathullah Sa’id, Dr. Muhammad Sayyid Dasuki, Ustadz Musthafa az Zarqo serta Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. (www.islamonline.net)

Tapi, mengikuti program Natal bersama bagi umat Islam hukumnya haram. Supaya umat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah, maka dianjurkan untuk tidak mengikuti kegiatan-kegiatan perayaan Natal.

Berkasih sayang penganut Kristian, tapi maruah Islam harus dipelihara.
Namun, sikap baik kepada mereka bukan bererti harus kita terjun dalam prinsip agama, dalam lingkungan aqidah mereka.

Kembali kepada formula awal tadi. Sikap, pendirian dan amalan kita mestilah berteraskan kepada maruah dan kasih sayang. Atas nama kasih sayang, boleh hadir dalam jamuan mereka, tetapi untuk mengangkat doa, mengaminkan bacaan doa mereka, maka hal itu tidak diperlukan, kerana ini bersangkutan maruah agama.

Lihat juga bagaimana dalam kes-kes Rasulullah s.a.w bertindak ketika berdepan dengan orang-orang bukan Islam. Ada waktu-waktunya, seperti baginda mengalah, berkompromi tetapi dalam hal lain, baginda bertegas.

Dalam kes Hudaibiyyah, baginda mengalah kerana hal itu tidak terkait dengan hal ibadat. Tapi, baginda enggan mengalah dan tunduk kepada permintaan yang mahu berkompromi soal ibadat, misalnya hari ini Rasulullah s.a.w menyembah berhala bersama-sama orang-orang kafir manakala esoknya orang kafir akan menyertai nabi menyembah Allah.

Hal ini nabi tolak melalui penyataan: ‘Lakum diinukum wa liya deen.’ (Kamu dengan hal agamamu, aku dengan urusan agamaku.)

Demikian juga ketika nabi dipujuk untuk diserahkan wanita, harta termasuklah diangkat sebagai pemimpin, maka nabi menolak ajakan tersebut kerana syaratnya ialah tinggalkan urusan dakwah Islam ini.
Ringkasnya, dalam hal maruah, tiada kompromi. Tetapi, kita mestilah raikan saudara non Muslim atas nama kasih sayang dengan menziarahi mereka jikalau ada jemputan kenduri, acara makan dan minu
petang di rumah mereka.

Posted in Labels: | 0 comments

Amalkan muliakan tetamu

Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim).

Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya. Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.

Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” 

Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.” Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.

Sumber: www.hmetro.com.my

Posted in | 0 comments

Seksa orang yang meninggalkan solat fardhu

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1.    Solat Subuh: satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2.    2. Solat Zuhur: satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3.    Solat Ashar: satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4.    Solat Magrib: satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5.    Solat Isya: satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Seksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1.    Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2.    Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3.    Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4.    Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5.    Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6.    Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1.    Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2.    Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3.    Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1.    Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2.    Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3.    Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1.    Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2.    Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3.    Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: www.detikislam.blogspot.com

Posted in Labels: | 0 comments

Kelebihan Mencium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Sumber: www.hmetro.my

Posted in Labels: | 0 comments

Kelebihan Puasa 6 Dalam Syawal...

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadis seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadisnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Posted in | 0 comments

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:

1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”

Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.

Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan
silaturahim.”

Sumber: www.pondoktauhid.blogspot.com

Posted in Labels: | 0 comments

Antara Tawadhuk’ dan Kemuliaan (Izzah)

Islam melarang kita bersikap takabbur sebaliknya diperintahkan bersikap dengan Tawadhu’. Tawadhu’ bererti merendah diri, menghinakan diri, merasakan diri serba kekurangan. Hanya Allah sahaja layak besifat dengan Takabbur sesuai dengan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Adakah sifat tawadhu’ ini merupakan sifat yang negatif? Atau sifat pasif yang mengakibatkan umat Islam menjadi lemah, tidak mempunyai semangat, tidak mempunyai daya juang, menolak kemajuan dan berbagai-bagai sikap yang negatif ? Setengah golongan menganggap jika kita sentiasa merendah diri, kita akan dihina, kita tidak dihormati, kita tidak akan menjadi bangsa yang disegani dan menganggap merendah diri sesuatu yang sinonim dengan kehinaan dan kelemahan. Pastinya tawadhu’ tidak bermaksud sedemikian.Tawadhu’ tidak menafikan sikap izzah dan kemuliaan yang mesti ada pada setiap muslim dan mukmin. Umat Islam mesti ada perasaan mulia dan Izzah diri dengan Islam yang dianuti.

Apakah yang dimaksudkan dengan izzah dan rasa kemuliaan dan rasa harga diri? Izzah bermaksud kita bangga dengan agama, dengan Allah, Rasul, amal salih, ilmu yang bermanfaat, serta dakwah kepada Allah. Itulah izzah berkosepkan iman.

Firman Allah,

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafik tidak mengetahui” [Al-Munafiqun : 8]

Ayat ini menegaskan bahwa kemuliaan hanya milik Allah, RasulNya dan kaum mukminin.

فلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ

“Artinya : Janganlah kamu merasa lemah dan meminta perdamaian, padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu” [Muhammad : 35]
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْبَغِي لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يُذِلَّ نَفْسَهُ

Maksudnya; Tidak selayaknya seorang mukmin menghinakan dirinya” Menghinakan diri dengan melakukan perkara yang boleh menghinakan mereka sendiri.

Tetapi di sudut yang lain kita mesti merasa mulia, merasa hebat, merasa bangga dengan keimanan kita, dengan agama Islam yang dianuti, dan dengan syiar Islam yang menjadi lambang agama Islam.

Firman Allah swt;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ.
Maksudnya;Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir. Al-Maidah:54.
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maksudnya; Demikianlah (perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, Maka Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. Al-Haj:32.

وعن ابن عباس قال : قال رسول الله ? : ” من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد ” رواه البيهقي.

Maksudnya; Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang berpegang dengan sunnah aku ketika umat kau telah rosak, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.

قال عمر بن الخطاب: ” نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله.
Maksudnya; Saidina Umar bin al-Khattab berkata; kami adalah satu bangsa yang Allah berikan kemulian kerana Islam, maka apabila kita mencari kemulaian dengan selain Islam, nescaya Allah akan hinakan kita.

Oleh itu, sebahagaian dari tuntukan keimanan kita ialah kita mesti merasa izzah, marasa mulia, merasa bangga dengan Islam yang kita anuti, Antara sikap yang mesti ada pada setiap muslim ialah;
·         Merasa yakin dengan ajaran-ajaran Islam.
·    Merasa bangga dengan syiar-syiar Islam dalam kehidupan seperti ibadah haji, sembahyang jumaat,  sembahyang berjamaah, puasa dan lain-lain yang menjadi lambang agama Islam.
·   Merasa mulia dengan penghayatan sunnah Nabi dalam kehidupan, bukannya merasa malu untuk melakukannya.
·         Bersikap tegas dan tidak ambil mudah dalam urusan agama.
·         Menunjukkan ketegasan dan kekuatan terhadap orang-orang yang memusuhi umat Islam.
·         Bersungguh-sungguh dalam usaha menegakkan syarit Islam dalam semua aspek kehidupan.
·       Berpegang tuguh dengan dasar-dasar dan prinsip-pinsip Islam berkaitan halal dan haram dalam urusan kehidupan.

Kita mesti mempunyai sikap izzah, merasa mulia, merasa bangga dengan agama Islam yang menjadi anutan kita supaya Islam dihormati, umat Islam dipandang tinggi oleh orang lain, umat Islam tidak dipandang hina oleh orang lain. Tetapi kemuliaan dan keangungan ini terhasil dari sifat tawadhu’ dan budi pekerti yang baik yang ada pada diri orang Islam.

Umat Islam menjadi umat yang disegani dan dihormati bukan kerana kesombongan, kekerasan, kemajuan, kekayaan dan kekuasaan mereka tetapi umat Islam dipandang tinggi, umat Islam disegani oleh orang lain kerana sikap yang baik, budi yang luhur akhlak yang mulia dan keperibadian yang terpuji.

Lihatlah contoh ketegasan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan hukum agama sehingga Baginda berkata, sekianya Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya, menolak rayuan golongan bangsawan Arab supaya dikecualikan dari hukuman tersebut. Renungi kehebatan Rasulullah s.a.w, disegani dan dihormati bukan kerana kekuasaan yang dimilki tetapi budi luhur dan akhlak mulia yang menghiasi diri.

Contohi ketegasan Umar dan penggunaan harta karajaan sehingga beliau mematikan lampu apabila urusan yang dilakukan adalah urusan peribadi bukan urusan negara. Hayati pengorbanan beliau dengan memikul gandum sendiri lalu diberikan kepada orang miskin. Semoga umat Islam dapat mengembalikan izzah dan kegemilangan umat Islam sebagaimana telah ditempa oleh umat terdahulu.

Sumber: www.usrahrasahati.com