SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Bercuti


Selamat Bercuti. Admin dan keluarga akan menjalani ibadah umrah dari 25 Mei 2013 - 7 Jun 2013.

Untuk ahli keluarga, saudara, rakan sekerja, rakan mengaji (sek,maktab,universiti) sahabat, kenalan, pelajar, mantan pelajar dan jiran tetangga. Mohon ampun dan maaf. Halalkan makan dan minum. Maafkan tutur kata, gurau senda. Semoga hamba dan keluarga berupaya melaksanakan ibadah dengan baik. Amin Ya Rabbal Alamin (Bina Insan Keluarga). Kamu semua hamba dah maafkan.

Posted in | 0 comments

Masyarakat perlukan pemimpin berintegriti untuk menjadi ikutan, teladan


Sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempunyai adab mulia serta berintegriti tinggi. Amal salih dan kebajikan hendaklah sentiasa sebati dalam jiwa seseorang kerana ia dapat mendidik jiwa sentiasa diangkat pada kedudukan mulia di sisi Allah.

Di samping itu, amal kebajikan yang dilakukan akan menjamin dan menjurus kepada keamanan serta kesejahteraan masyarakat. Inilah asas utama kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Tempat mereka yang beramal salih sudah dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang melakukan kebaikan akan mendapat tempat yang tertinggi dalam syurga.” (Surah Al-Kahfi, ayat 107).

Masyarakat kini memerlukan contoh ikutan yang baik dari semua peringkat kepemimpinan sama ada dalam institusi keluarga iaitu ibu bapa, pemimpin masyarakat seterusnya kepada peringkat tertinggi sesebuah negara.

Merekalah yang akan menjadi ikutan sehingga ada pendapat menyatakan, manusia akan sentiasa berada di landasan ketua atau pimpinan mereka sendiri.

Untuk merealisasikan tuntutan ini, maka Allah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai contoh teladan terbaik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak menyekutukan Allah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami utuskan seorang Rasul pada setiap umat supaya mereka sentiasa menyembahKu dan tidak kufur serta menjauhkan taghut.” (Surah An-Nahl, ayat 36).

Peringkat kedua contoh ikutan terbaik ialah sahabat Rasulullah SAW kerana mereka pernah bersama Baginda SAW dalam kesenangan dan kesusahan. Mereka mendapat kelebihan dan jaminan syurga dari Baginda SAW.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku, kemudian sahabatku yang mesti dipegang dengan cara bersungguh-sungguh.” (Al-Hadis).

Ketiganya, mereka yang diberikan kelebihan dari kalangan orang beriman kerana merekalah yang akan menegakkan syiar Islam selepas Baginda SAW dan sahabat.

Apa yang dapat dilihat di sini ialah setiap insan hendaklah berusaha menjadikan seluruh kehidupan mereka berada dalam keimanan dan ketakwaan supaya dapat diikut dan dicontohi oleh generasi kemudian.

Remaja khususnya perlu diberi bimbingan sepenuhnya kerana merekalah aset utama sebagai penggerak generasi bagi menjana masyarakat cemerlang.

Sumber: www.bharian.com_agama_ Ustaz Zamanuddin Jusoh

Posted in | 0 comments

Tips Mudah


Tips Mudah tentang mencari muka surat Al-Quran (Mashaf Rasm Usmani) mengikut Juzuk.

Contoh 1: Juzuk 20

Caranya mudah dan diberikan oleh saudara Ali dari Yaman semasa mengerjakan haji. 

Juzuk

20
Darab
( X )
20
Jawaban
=
400
Tolak
( – )
20
Jawaban
=
380
Tambah
( + )
2
Jawaban
=
382

Betul atau tidak ?

Moga ada manfaatnya.

Contoh 2: Juzuk 13

Juzuk

13
Darab
( X )
20
Jawaban
=
260
Tolak
( – )
20
Jawaban
=
240
Tambah
( + )
2
Jawaban
=
242

Betul atau tidak ?

Moga ada manfaatnya.

Posted in | 0 comments

Kelebihan Mencium Anak


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

Sumber: www.hmetro.com.my

Posted in Labels: | 0 comments