Masyarakat perlukan pemimpin berintegriti untuk menjadi ikutan, teladan
Posted On Friday, May 10, 2013 at at 12:21 AM by maori
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempunyai adab mulia serta
berintegriti tinggi. Amal salih dan kebajikan hendaklah sentiasa sebati dalam
jiwa seseorang kerana ia dapat mendidik jiwa sentiasa diangkat pada kedudukan
mulia di sisi Allah.
Di samping itu, amal kebajikan yang dilakukan akan menjamin dan menjurus kepada keamanan serta kesejahteraan masyarakat. Inilah asas utama kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Di samping itu, amal kebajikan yang dilakukan akan menjamin dan menjurus kepada keamanan serta kesejahteraan masyarakat. Inilah asas utama kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Tempat mereka yang beramal salih sudah dijelaskan Allah dalam firman yang
bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang
melakukan kebaikan akan mendapat tempat yang tertinggi dalam syurga.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 107).
Masyarakat kini memerlukan contoh
ikutan yang baik dari semua peringkat kepemimpinan sama ada dalam institusi
keluarga iaitu ibu bapa, pemimpin masyarakat seterusnya kepada peringkat
tertinggi sesebuah negara.
Merekalah yang akan menjadi ikutan
sehingga ada pendapat menyatakan, manusia akan sentiasa berada di landasan
ketua atau pimpinan mereka sendiri.
Untuk merealisasikan tuntutan ini, maka Allah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai contoh teladan terbaik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak menyekutukan Allah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami utuskan seorang Rasul
pada setiap umat supaya mereka sentiasa menyembahKu dan tidak kufur serta
menjauhkan taghut.” (Surah An-Nahl, ayat 36).
Peringkat kedua contoh ikutan
terbaik ialah sahabat Rasulullah SAW kerana mereka pernah bersama Baginda SAW
dalam kesenangan dan kesusahan. Mereka mendapat kelebihan dan jaminan syurga
dari Baginda SAW.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku,
kemudian sahabatku yang mesti dipegang dengan cara bersungguh-sungguh.”
(Al-Hadis).
Ketiganya, mereka yang diberikan
kelebihan dari kalangan orang beriman kerana merekalah yang akan menegakkan
syiar Islam selepas Baginda SAW dan sahabat.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah setiap insan hendaklah berusaha menjadikan seluruh kehidupan mereka berada dalam keimanan dan ketakwaan supaya dapat diikut dan dicontohi oleh generasi kemudian.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah setiap insan hendaklah berusaha menjadikan seluruh kehidupan mereka berada dalam keimanan dan ketakwaan supaya dapat diikut dan dicontohi oleh generasi kemudian.
Remaja khususnya perlu diberi
bimbingan sepenuhnya kerana merekalah aset utama sebagai penggerak generasi
bagi menjana masyarakat cemerlang.
Sumber: www.bharian.com_agama_ Ustaz Zamanuddin Jusoh