Antara Tawadhuk’ dan Kemuliaan (Izzah)
Posted On Thursday, July 18, 2013 at at 12:37 PM by maori
Islam melarang kita bersikap
takabbur sebaliknya diperintahkan bersikap dengan Tawadhu’. Tawadhu’ bererti
merendah diri, menghinakan diri, merasakan diri serba kekurangan. Hanya Allah
sahaja layak besifat dengan Takabbur sesuai dengan kebesaran dan keagungan
Allah s.w.t.
Adakah sifat tawadhu’ ini
merupakan sifat yang negatif? Atau sifat pasif yang mengakibatkan umat Islam
menjadi lemah, tidak mempunyai semangat, tidak mempunyai daya juang, menolak
kemajuan dan berbagai-bagai sikap yang negatif ? Setengah golongan menganggap
jika kita sentiasa merendah diri, kita akan dihina, kita tidak dihormati, kita
tidak akan menjadi bangsa yang disegani dan menganggap merendah diri sesuatu
yang sinonim dengan kehinaan dan kelemahan. Pastinya tawadhu’ tidak bermaksud
sedemikian.Tawadhu’ tidak menafikan sikap izzah dan kemuliaan yang mesti
ada pada setiap muslim dan mukmin. Umat Islam mesti ada perasaan mulia dan Izzah
diri dengan Islam yang dianuti.
Apakah yang dimaksudkan dengan
izzah dan rasa kemuliaan dan rasa harga diri? Izzah bermaksud
kita bangga dengan agama, dengan Allah, Rasul, amal salih, ilmu yang
bermanfaat, serta dakwah kepada Allah. Itulah izzah berkosepkan iman.
Firman Allah,
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemuliaan itu
hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi
orang-orang munafik tidak mengetahui” [Al-Munafiqun : 8]
Ayat ini menegaskan bahwa
kemuliaan hanya milik Allah, RasulNya dan kaum mukminin.
فلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ
وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
“Artinya : Janganlah kamu merasa lemah dan meminta perdamaian, padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu” [Muhammad : 35]
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْبَغِي لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يُذِلَّ نَفْسَهُ
Maksudnya; Tidak selayaknya seorang mukmin menghinakan
dirinya” Menghinakan diri dengan melakukan perkara yang boleh
menghinakan mereka sendiri.
Tetapi di sudut yang lain kita
mesti merasa mulia, merasa hebat, merasa bangga dengan keimanan kita, dengan
agama Islam yang dianuti, dan dengan syiar Islam yang menjadi lambang agama
Islam.
Firman Allah swt;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى
الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ.
Maksudnya;Hai orang-orang
yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir. Al-Maidah:54.
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى
الْقُلُوبِ
Maksudnya; Demikianlah
(perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, Maka
Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. Al-Haj:32.
وعن ابن عباس قال : قال رسول الله ? : ” من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله
أجر مائة شهيد ” رواه البيهقي.
Maksudnya; Rasulullah s.a.w
bersabda, sesiapa yang berpegang dengan sunnah aku ketika umat kau telah rosak,
maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.
قال عمر بن الخطاب: ” نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة
بغيره أذلنا الله.
Maksudnya; Saidina Umar bin
al-Khattab berkata; kami adalah satu bangsa yang Allah berikan kemulian kerana
Islam, maka apabila kita mencari kemulaian dengan selain Islam, nescaya Allah
akan hinakan kita.
Oleh itu, sebahagaian dari
tuntukan keimanan kita ialah kita mesti merasa izzah, marasa mulia,
merasa bangga dengan Islam yang kita anuti, Antara sikap yang mesti ada pada
setiap muslim ialah;
·
Merasa yakin dengan
ajaran-ajaran Islam.
· Merasa bangga dengan
syiar-syiar Islam dalam kehidupan seperti ibadah haji, sembahyang jumaat, sembahyang berjamaah, puasa dan lain-lain yang menjadi lambang agama Islam.
· Merasa mulia dengan
penghayatan sunnah Nabi dalam kehidupan, bukannya merasa malu untuk melakukannya.
·
Bersikap tegas dan tidak ambil
mudah dalam urusan agama.
·
Menunjukkan ketegasan dan
kekuatan terhadap orang-orang yang memusuhi umat Islam.
·
Bersungguh-sungguh dalam usaha
menegakkan syarit Islam dalam semua aspek kehidupan.
· Berpegang tuguh dengan dasar-dasar
dan prinsip-pinsip Islam berkaitan halal dan haram dalam urusan kehidupan.
Kita mesti mempunyai sikap izzah, merasa mulia, merasa bangga dengan agama Islam yang menjadi anutan kita supaya Islam dihormati, umat Islam dipandang tinggi oleh orang lain, umat Islam tidak dipandang hina oleh orang lain. Tetapi kemuliaan dan keangungan ini terhasil dari sifat tawadhu’ dan budi pekerti yang baik yang ada pada diri orang Islam.
Umat Islam menjadi umat yang
disegani dan dihormati bukan kerana kesombongan, kekerasan, kemajuan, kekayaan
dan kekuasaan mereka tetapi umat Islam dipandang tinggi, umat Islam disegani
oleh orang lain kerana sikap yang baik, budi yang luhur akhlak yang mulia dan
keperibadian yang terpuji.
Lihatlah contoh ketegasan
Rasulullah s.a.w dalam menegakkan hukum agama sehingga Baginda berkata,
sekianya Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya,
menolak rayuan golongan bangsawan Arab supaya dikecualikan dari hukuman
tersebut. Renungi kehebatan Rasulullah s.a.w, disegani dan dihormati bukan kerana
kekuasaan yang dimilki tetapi budi luhur dan akhlak mulia yang menghiasi diri.
Contohi ketegasan Umar dan
penggunaan harta karajaan sehingga beliau mematikan lampu apabila urusan yang
dilakukan adalah urusan peribadi bukan urusan negara. Hayati pengorbanan beliau
dengan memikul gandum sendiri lalu diberikan kepada orang miskin. Semoga umat
Islam dapat mengembalikan izzah dan kegemilangan umat Islam sebagaimana telah
ditempa oleh umat terdahulu.
Sumber: www.usrahrasahati.com
Antara Tawadhuk’ dan Kemuliaan (Izzah)
Posted On at at 12:36 PM by maori

Ramadan kembali lagi
Posted On Monday, July 8, 2013 at at 11:26 PM by maori
Pagi tadi sempena bulan
Ramadan yang mulia yang bakal menjelang, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang
amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz
penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadan. Menurut satu hadith
Rasulullah… (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)... menceritakan
apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada
Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan
ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik
mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama
yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad
mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat
harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan
orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini
akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka
akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu
hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha
Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan
doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah
meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku,
jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu
daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila
mati seseorang anak Adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu:
1. Doa anak2 yang soleh,
2. ilmu yang bermanfaat dan
3. Sedekah amal jariah.
"Setinggi mana kasih
sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkau disana di bawah
rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian
hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin
dan muslimat yang telah pergi"
Antara Dunia dan Akhirat
Posted On Monday, July 1, 2013 at at 2:57 PM by maori
Firman Allah swt;
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ
الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا
أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ
لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka)
bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (QS. Al-Qashash: 77).
Ayat di atas menjelaskan kepada tiga perkara utama berkaitan kehidupan manusia. Kehidupan berkaitan dunia dan akhirat.
1. Kehidupan Akhirat Adalah Matlamat Utama
Allah SWT berfirman,
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ
اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) di negeri akhirat. Di sini terlihat dengan jelas bahwa
yang harus kita kejar adalah kebahagiaan hidup akhirat. Mengapa? Karena di
sanalah kehidupan abadi. Tidak ada mati lagi setelah itu.
Allah berfirman:
وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya
sekiranya mereka mengetahuinya (QS. Al-Ankabut: 64).
Lalu, apa erti kita hidup di dunia?… Dunia
tempat kita mempersiapkan diri untuk akhirat. Sebagai tempat persiapan, dunia
pasti akan kita tinggalkan. Ibarat terminal, kita transit di dalamnya sejenak,
sampai waktu yang ditentukan, setelah itu kita tinggalkan dan meneruskan
perjalanan lagi. Bila demikian tabiat dunia, mengapa kita terlalu banyak
menghabiskan hidup untuk keperluan dunia? Orang-orang bijak mengatakan bahawa
dunia ini hanyalah keperluan, ibarat tandas dan bilik mandi dalam sebuah rumah,
ia dibina semata sebagai keperluan. Justeru penghuni rumah itu tidak akan
mendatangi tandas atau bilik mandi kecuali jika perlu, setelah itu
ditinggalkan. Maka sungguh sangat aneh bila ada seorang yang duduk ditandas
sepanjang hari, dan menjadikannya sebagai tujuan utama dari dibangunnya rumah
itu.
Begitu juga sebenarnya sangat tidak wajar bila
manusia sibuk mengurus dunia sepanjang hari dan menjadikannya sebagai tujuan
hidup. Sementara akhirat dikesampingkan.
Perlu disedari segala urusan dunia dianggap sebagai urursan akhirat sekiranya dilakukan berasaskan kepada ajaran Islam dan mencari keredhaan Allah swt dan menepati prinsip dan dasar-dasar Islam. Sebaliknya segala urusan dunia dianggap semata-mata dunia sekiranya dilakukan sekadar memenuhi keperluan hidup manusia dan tuntutan nafsu semata-mata.
2. Berusaha Memperbaiki Kehidupan Dunia
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ
الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ
Dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari kenikmatan duniawi dan
berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.
Ayat di atas menjelaskan bahwasannya Allah
memerintahkan umat Islam selalu berusaha menggapai kebahagiaan akhirat, tetapi
jangan melupakan kehidupan di dunia ini. Meskipun kebahagiaan dan kenikmatan
dunia bersifat sementara tetapi tetaplah penting dan agar tidak dilupakan, sebab
dunia adalah ladangnya akhirat.
Masa depan — termasuk kebahagiaan di akhirat —
kita, sangat bergantung pada apa yang diusahakan sekarang di dunia ini. Allah
telah menciptakan dunia dan seisinya adalah untuk manusia, sebagai bekalan
menuju akhirat. Allah juga telah menjadikan dunia sebagai tempat ujian bagi
manusia, untuk mengetahui siapa yang paling baik amalnya, siapa yang paling
baik hati dan niatnya.
Allah mengingatkan perlunya manusia untuk
mengurus dunia ini dengan sebaik-baiknya, untuk kepentingan kehidupan manusia
dan keturunannya. Pada ketika yang sama Allah juga menegaskan perlunya selalu
berbuat baik kepada orang lain dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi.
Allah swt mengingatkan:
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا
فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً
Tidakkah kalian perhatikan
bahwa Allah telah menurunkan untuk kalian apa-apa yang ada di langit dan di
bumi dan menyempurnakan untuk kalian nikmat-Nya lahir dan batin” (QS. Luqman: 20).
Allah SWT menegaskan:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ
مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kedudukan suatu kaum, sehingga
kaum itu mengubah kondisi, kedudukan yang ada pada diri mereka sendiri” (QS. Ar-Ro’d: 11).
3. Menjaga Batasan Allah
Allah swt melarang manusia membuat kerusakan di muka bumi. Mereka boleh
mengurus alam, tetapi untuk melestarikan dan bukan merosakkannya. Firman Allah dari
sambungan ayat di atas:
وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي
الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
- Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan“.