Kelebihan Ramadan
Posted On Wednesday, July 9, 2014 at at 11:17 PM by maori
Daripada Anas
(r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila
melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah (kerana
kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya
Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah
daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan
bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah
tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan
dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang
sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata
Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan
maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala
kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan
telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan
engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia
dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah
merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya
Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan
keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda
Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun
ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup
angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga.
Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat
indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah
bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas
bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah,
kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat),
Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah
berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang
berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka
Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan,
lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan
puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah
orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada
malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke
bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya
bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya ,
setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar
baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke
Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap
orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan
Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir
dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang
mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail ,
apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)
pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada
umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,
diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan
dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya,
orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan
saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila
pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya
Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka
ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua
mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad
keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya)
yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang
besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada
maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila
selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya!
Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala
mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah
keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala
hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada
memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku
kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda
Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi
kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau
mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b)
Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c)
Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d)
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali
ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa
menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan
mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika
menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal
fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar
dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan
ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya
dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti
memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak
sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah -
Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji
kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan
dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga
lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang
berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa
menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan
dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang
siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya
ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap
berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan
yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri
yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah
kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat
orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada
fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan,
dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang
yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700
kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang
berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga
tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada
hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang
berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek
Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman
syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam
makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan.
(A-Hadith)
Orang
mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan
badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah
(Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
-
Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam
syurga)
-
Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya
pakaian syurga)
-
Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas
titian Siratul Mustaqim!)
-
Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan
kepadanya gelas syurga!)
-
Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku
sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
-
Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku
cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta
menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima!
(Al-Hadith)
Malaikat
yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu
muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu
berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah
mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad!
(Al-Hadith)
·
Keredaan
Allah (bagi orang yang taat)
·
Keampuan
Allah (bagi orang yang maksiat)
·
Jaminan
Allah (bagi orang yang taat)
·
Kejinakan
Allah (bagi orang yang tawakkal)
·
Anugerah
Allah (bagi orang yang benar).
·
Ramadan,
Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa
dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan
ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang
yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana
ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah
bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan
termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan
yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa
di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan
dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya
Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya,
bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi
orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al
Hadith)
"Semulia
mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa
itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan
api." (Al Hadith)
"Siapa
memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama
balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al
Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada
berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa
menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan
akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga
berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih,
tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada
permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata
itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain
isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi
seluruhnya.(Al Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka
supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada
Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang
aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan
hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya
dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di
dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas
yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan
diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan
baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu
daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi
hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang
lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa
mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana
Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
Sabda
Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu
adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal
ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
Apabila
berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang
paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan
yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang
banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam
Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya
yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka
menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun
tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila
berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan,
sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang
bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah
(s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala
kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka
apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
Malam
Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan
beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam
ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak
diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha
mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan
yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan
banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang
dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan
kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat
pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan
akhirat.
Malam
Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah,
bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan
yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang
menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan
takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.
(Al-Hadith).
Sumber: Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban,
Ramadan oleh Budiman Radhi