Sambutan Krismas dari Perspektif Islam
Posted On Thursday, December 23, 2010 at at 10:24 PM by maoriMelihat perhiasan sempena krismas di pusat membeli belah membuatkan saya merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dari perspektif Islam berkenaan dengan sambutan hari Krismas (Christmas) oleh penganut-penganut agama Kristian. Ini adalah kerana hiasan sambutan hari Krismas di lobi KLCC begitu hebat dan belum pernah saya lihat sehebat itu di mana-mana. Berikut merupakan pandangan yang telah diambil daripada www.malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hari-krismas.
Pengenalan Sambutan Hari Krismas
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
“Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”1
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan: “- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus“2
Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).
Bila Nabi Isa a.s. Dilahirkan?
Al-Qur’an tidak memberikan tarikh dan masa yang tepat berkenaan hal ini tetapi sekadar gambaran masa kelahiran nabi Isa a.s. Seperti Firman Allah s.w.t. “Maka seseorang menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..” (Qur’an 19:24-26)
Peristiwa di atas berlaku pada Maryam a.s. selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Di dalam ayat di atas ada menyebut tentang buah kurma yang masak di atas pohonnya, ini menunjukkan yang masa kelahiran itu tentu sekali bukan di dalam musim sejuk, bahkan bermungkinan besar di dalam musim bunga ataupun musim panas.
Bagaimana pula dengan Alkitab?
Ini adalah persoalan yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Sambutan Krismas adalah pada setiap 25hb Disember dan sinonim dengan salji musim sejuk. Kitab Perjanjian Baru tidak banyak menyentuh mengenai kelahiran Nabi Isa a.s. Kitab Matius menyentuhnya secara ringkas, manakala kitab Markus dan Yohanes langsung ‘membisu’ dalam hal ini. Kitab Lukas adalah satu-satunya sumber rujukan yang agak mendalam dengan mengambarkan masa kelahiran Nabi Isa a.s.:
“Ketika mereka di situ tibalah waktunya bagi Maria (Maryam) untuk bersalin, dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, karena tidak ada tempat bagi mereka di rumah penginapan. Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam “. (Lukas 2:6-8)
Di dalam ayat di atas, ada mengatakan yang gembala-gembala tinggal di padang rumput untuk menjaga ternakan mereka pada waktu malam, ini menunjukkan yang musim itu bukanlah musim hujan mahupun musim sejuk. Dalam Adam Clarke Commentary, jelas mengatakan yang aktiviti-aktiviti gembalaan seperti yang dinyatakan dalam Lukas 2:2-8 berlaku dalam musim bunga atau musim panas:
It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the fields and deserts about the Passover (early Spring), and bring them home at commencement of the first rain…..the first rain began early in the month of Marchesvan, which answer to part of our October and November. We find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer. 3 [Menjadi kebiasaan kuno di antara orang-orang Yahudi pada masa itu untuk menghantar domba mereka ke ladang dan padang pasir semasa hari Paskah (awal musim bunga) dan membawa mereka pulang pada permulaan hujan pertama....hari hujan pertama bermula pada awal bulan Markhesvan yang memenuhi sebahagian daripada bulan Oktober dan November. Kami mendapati bahawa domba dibiarkan di ladang terbuka selama musim panas.] Tiada seorang pegembala pun yang sanggup tidur bersama-sama dengan ternakannya di padang rumput pada musim hujan mahupun pada musim sejuk.
Jadi terbuktilah bahawa sambutan hari Krismas pada tarikh 25hb Disember adalah satu kesilapan masa. Tiada seorang pegembala pun yang sanggup tidur bersama-sama dengan ternakannya di padang rumput pada musim hujan mahupun pada musim sejuk. Pengalaman penulis di India pada musim sejuk, semua ternakan seperti kambing akan di masukkan ke dalam rumah pengembala itu sendiri malah dipakaikan ‘baju’ guni untuk menjaga kesihatan ternakan itu. Bayangkanlah bagaimana keadaan ternakan itu jika ianya diletakkan di padang rumput sepanjang malam pada musim sejuk? Ini jelas adalah satu salah faham di dalam ajaran agama Kristian yang telah dibuktikan dari Alkitab (Bible) mereka sendiri. Apa yang menariknya ialah kitab Lukas lebih menepati apa yang Allah s.w.t. Firmankan dalam Surah Maryam, ayat 24 hingga 26, iaitu kelahiran Nabi Isa a.s bukanlah pada musim hujan mahupun musim sejuk, sebaliknya ia adalah pada musim bunga ataupun musim panas.
Mengapa 25 Disember?
Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno. Oleh sebab agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi menjadi perayaan Krismas kerana pemuka-pemuka agama Kristian ingin menjaga hati orang-orang Romawi yang baru menerima agama tersebut. Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yang perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.
Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:
“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”4 [Krismas, hari "Misa Kristus" -- Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan untuk selamanya pada hari perayaan Rom kuno untuk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) -- Di kalangan puak-puak Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sebagai tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yang terbakar (mahatari).]
Sambutan hari Krismas bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Maka jelaslah kepada kita yang sambutan hari Krismas bukanlah berasal daripada ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno. Ini tidak seperti ajaran Islam yang tegas menghapuskan semua perayaan kebatilan kepada para penganutnya sepertimana peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas r.a.
Semasa Rasullullah s.a.w. sampai ke Madinah dan penduduk Madinah ketika itu sedang manyambut perayaan selama dua hari, bertanyalah Rasulullah s.a.w kepada mereka tentang apa yang mereka rayakan itu. Setelah diberitahu yang sambutan itu adalah sambutan sejak dari sebelum mereka memeluk agama Islam lagi, maka Rasullullah s.a.w. menjawab yang Allah s.w.t. telah menggantikan perayaan itu dengan dua perayaan Islam (iaitu Aidilfitri dan Aidiladha). Dengan cara itu, maka terhapuslah segala perayaan yang tidak islamik sebelum era kedatangan Islam.
Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”)5. Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun. Hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.
Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya, “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud). Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah ini.
Sumber:www.malay.bismikaallahuma.org/islam-dan-hai-krismas
Jangan Putus Asa
Posted On Saturday, December 18, 2010 at at 3:53 PM by maoriDalam menjalani kehidupan dunia sebagai manusia pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah s.w.t sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115. Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan;
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.
Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami Telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Sabda Rasulullah sa.w;
إن من أشد الناس بلاء الأنبياء
Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang paling berat menerima ujian ialah para Nabi.
Daripada ayat dan hadis di atas, dapat difahami hakikat kehidupan dunia ini adalah sebagai ujian, ia bertujuan untuk menilai diri seseorang samada baik atau sebaliknya. Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan walaupan kita telah berusaha. Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah s.w.t sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha. Penetapan kejayaan bukan ditangan manusia, kerana sekiranya kejayaan itu ditangan manusia sudah pasti tidak ada orang yang gagal didunia. Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.
Allah s.w.t melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.
Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Bagi mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yang di alami:
· Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik.
· Sesuatu yang penting dalam urusan kita ialah usaha yang kita lakukan, bukan hasil usaha kerana hanya Allah s.w.t yang menentukan hasil usaha yang kita lakukan. Walaupun kita tidak berjaya kita tetap mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t
· Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.
· Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu.
· Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmahnya disebaliknya.
· Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimaqbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t dan sentiasa terus berdoa dan menghampirkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.
Justeru, Jangan putus asa;
إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ
Maksudnya; Tatkala Rasulullah berkata kepada sahabatnya ( Abu Bakar ) Janganlah kamu bersedih kerana Allah besama kita, lalu Allah s.w.t memberikan ketenangan kepadanya.
2. Kerana Allah hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambanya serta gembira dengan hamba yang kembali kepadanya;
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Maksudnya; Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
3. Kerana Allah sayang kepada hamba-hambaya yang kembali kepadanya;
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya; Sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya.
Sumber: www.usrahrasahati.com
Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru
Posted On Wednesday, December 15, 2010 at at 10:54 PM by maoriDari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanankuu biarpun satu ayat..."
BERASASKAN peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan.
Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah. Ayat 5, surah Yunus bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....” Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29 atau 30 hari.
Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini hampir memasuki berada di tahun baru. Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi. Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.
Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian. Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk. Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?
Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman. Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan. “Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,” katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya. “Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,” katanya.
Dr. Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian. “Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,” katanya. Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian, kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka. Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).
Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat dengan peristiwa-peristiwa yang menggugat keimanan dan kesusilaan tamadun manusia. Dalam mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat dicapai.
Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.
Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas sesuai dengan ungkapan ”Islam adalah cara hidup”.
Sumber :www.al-azim.com
Haji @ Hajah sekadar Panggilan atau Penanda
Posted On Saturday, December 11, 2010 at at 6:17 PM by maoriHaji dan Hajah adalah panggilan yang sering terdengar di Tanah Suci oleh jemaah haji. Panggilan itu biasanya diserukan oleh (tentera atau petugas2) di Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi ketika menegur jemaah atau untuk mengatur mereka. Sebutan itu juga lazim diucapkan oleh para peniaga ketika menjajakan barang-barang komoditi mereka. Sementara itu, di Malaysia, panggilan haji atau hajah (disingkat H atau Hj) galibnya diberikan kepada penganut agama Islam yang sudah menunaikan ibadah haji, sehingga di depan namanya biasa ditambahi huruf besar H atau Hj.
Dalam Kamus Besar Bahasa Malaysia (1990: 292), lema "haji" dimaksudkan sebagai:
1. Rukun Islam yang ke lima;
2. Sebutan untuk orang yang sudah melakukan ziarah ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.
Berkaitan dengan pengertian itu pula, umat Islam yang akan berangkat ke Tanah Suci oleh pemerintah diistilahkan dengan "rombongan atau jemaah haji" Malaysia. Ketika mereka sudah selesai menjalankan ibadah dan akan kembali ke Tanah Air, istilahnya berubah menjadi "rombongan atau jemaah haji" Malaysia. Sebutan "calon" tidak disisipkan lagi, dan itu menunjukkan mereka sudah sah menjadi haji atau hajah. Adapun di Tanah Suci, baik di Mekah maupun Madinah, sebutan haji atau hajah berbeda lagi pengertiannya. Sebutan itu tidak terkait dengan gelar bagi umat Islam yang sudah menunaikan ibadah haji. Misalnya, rombongan atau jemaah haji Malaysia yang masuk gelombang pertama, setibanya di Jeddah kemudian diberangkatkan dulu ke Madinah. Selama lapan hari di Madinah, jemaah haji ini memanfaatkan waktu untuk beribadah di Masjid An-Nabawi. Jelas, jemaah ini belum memulakan ibadah haji mereka, tapi oleh askar atau para peniaga sudah dipanggil haji atau hajah. Begitu juga ketika sudah berada di Mekah dan belum selesai menjalankan ibadah haji, tetap kerap dipanggil haji atau hajah. Bila panggilan haji atau hajah itu diberikan kepada jemaah gelombang kedua, boleh dimaklumi, kerana mereka sudah selesai melaksanakan ibadah haji. Sewaktu masih dalam status jemaah haji, gelombang kedua tersebut, setelah sampai di Jeddah, lalu diberangkatkan ke Mekah. Setelah selesai ibadah hajinya bersama jemaah gelombang pertama, baru jemaah gelombang kedua ini menuju Madinah.
Dalam konteks inilah kita boleh memahami perbezaan makna haji/hajah bagi masyarakat Malaysia khususnya, dengan pengertian dalam bahasa Arab asal kosakata tersebut. Panggilan haji atau hajah yang diteriakkan oleh askar atau peniaga di Tanah Suci itu, sebetulnya tidak ada sangkut-pautnya dengan sudah atau belum selesainya pelaksanaan ibadah haji. Mengapa? Sebab, istilah haji dalam bahasa Arab adalah orang yang sedang berziarah atau berkunjung. Kemudian, dalam fiqh dilengkapi dengan maksud untuk beribadah haji. Oleh itu, tidak salah jika jemaah haji gelombang pertama di Madinah atau gelombang kedua di Mekah dipanggil haji/hajah oleh askar atau peniaga.
Bagi masyarakat Malaysia, panggilan haji/hajah menjadi gelar atau penanda telah selesainya rangkaian peribadatan haji (manasik haji), dan lazimnya menjadi gelar yang melekat di depan namanya. Sedangkan bagi masyarakat Arab, istilah haji menjadi panggilan bagi umat Islam yang sedang berziarah ke Tanah Suci untuk beribadah haji. Suatu panggilan sementara yang hanya melekat selama umat Islam itu sedang berziarah atau akan menjalankan ibadah haji. Dengan kata lain, mereka menggunakannya sebagai penanda sesaat saja, dan setelah pelaksanaan ibadah haji selesai, maka sebutan itu pun tidak terdengar lagi. Makna dan sebutan haji bagi sebagian kalangan umat Islam seperti di Malaysia merupakan status sosial baru. Ada kebanggaan, meskipun sering kali berupa kebanggaan nyata kerana tidak dilingkungi dengan konsekuensi dan kewajiban yang harus dijalankan oleh penyandang gelar haji tersebut, baik dalam konteks kesalehan individu mahupun kesalehan sosial. Gelar tersebut seolah melekat sepanjang hayat dan tidak mengalami perubahan atau penambahan. Meskipun orang tersebut telah beribadah haji berkali-kali, gelarnya tetap haji atau hajah (H atau Hj), bukan haji kuadrat misalnya (HH atau HHHH).
Agar tidak terjebak pada kebanggaan maya gelar haji atau hajah yang eksesif, patut disedari bahwa penambahan huruf H atau Hj di depan nama lebih bijak dimaknai dalam dua hal:
Pertama – sebagai peringatan bagi yang bersangkutan agar selalu sadar bahwa dia telah dan pernah berziarah ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Kedua – sebagai doa bagi yang bersangkutan agar tetap menjaga kemabruran haji/hajah-nya, dan suatu saat boleh kembali mengunjungi Tanah Suci.
Sumber: www.majalah.tempointeraktif.com
Penyakit Hati Ikut Cara Rasulullah S.A.W
Posted On Friday, December 10, 2010 at at 6:48 AM by maoriPenyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:
1. Mensyirikkan Allah SWT.
2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.
3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.
4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.
5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.
Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.
Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.
6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu pengetahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.
7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.
Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang nyata berlaku.
8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.
Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.
Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT. Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.
Ubat yang mujarab
Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW. Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.
- Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.
- Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.
- Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut.
- Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.
- Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.
Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Dosa melemah dan mematikan jiwa
Thabit bin Qurrah berkata: Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”
Abdullah bin Mubarak berkata: “Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”
Realiti kini
Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendurhakai syara’. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.
Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara’ lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.
Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah SWT menurunkan hujan. Kedapatan manusia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan ‘malam amal’ atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj.
6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.
Keriangan mentauhidkan Allah
Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa. Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpura-pura. Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.
Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan syara’. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara’ tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.
Taubat
Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.
Sumber: www.malaysiamaya.com
The Hijrah
Posted On Monday, December 6, 2010 at at 4:51 PM by maoriSemoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.
Allah the Almighty sent Muhammad (peace and blessings be upon him) to mankind at the time when it was most in need of His message. The whole world was in the total darkness of polytheism and ignorance. It was at this time that Allah chose to send His servant Muhammad (peace and blessings be upon him) to mankind.
The Prophet of mercy (peace and blessings be upon him) came to enjoin on people chastity, noble manners and characteristics, firmness in faith, kindness to kith and kin, good neighborliness, and abstention from injustice and oppression. He (peace and blessings be upon him) enjoined upon them to consult the Qur'an in all their affairs. He (peace and blessings be upon him) enjoined earning from lawful means and spending in virtuous ways and made everybody equal with respect to the law of Allah. Allah says: [Say, "My Lord has only forbidden immoralities — what is apparent of them and what is concealed — and sin, and oppression without right, and that you associate with Allah that for which He has not sent down authority, and that you say about Allah that which you do not know."] (Al-A`raf 7:30).
When the early Muslims responded to the call of the Prophet (peace and blessings be upon him), they were being severely persecuted by the disbelievers. The Prophet (peace and blessings be upon him) was opposed by three sets of people: the envious; the arrogant who knew the truth yet denied it; and the misled, ignorant ones. These people exerted all their efforts to stop the spread of Islam: [They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah will perfect His light, although the disbelievers dislike it.](As-Saff 61:8).
When the torment became severe in Makkah and the idolaters wanted to assassinate the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him), the angel Jibreel (peace be upon him) came to him and said, "Allah has given you permission to migrate to Madinah. Therefore, do not spend tonight in your house, giving them (the idolaters) the chance to get to you." While the idolaters were lying in wait outside the house of the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) for him to come out — so that they could all strike him at the same time — he (peace and blessings be upon him) emerged from his house reciting the opening verses of Surat Yasin and threw sand in their faces. Allah prevented the idolaters from seeing him and made slumber overtake them.
The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) and his companion, Abu Bakr (may Allah be pleased with him), hid in the cave of Thawr for three days until the search for them subsided. The Quraish searched for the Prophet in every nook and cranny and followed his tracks until they were at the very entrance of the cave where the Prophet was hiding in. Abu Bakr then said, "If any of them looks down at their feet, they will see us." The Prophet (peace and blessings be upon him) replied, assuring him, "What do you think about two companions, of whom Allah is the third?" After three days, the two companions found a guide and proceeded to Madinah.
While the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) was on his way to Madinah during his migration, Suraqah ibn Malik (may Allah be pleased with him), who had not yet embraced Islam at that time, pursued the Prophet (peace and blessings be upon him) in order to capture or kill him and win the prize money that the Quraish had offered for the Prophet's head. However, Allah Almighty intended that Suraqah would change his mind and ask the Prophet (peace and blessings be upon him) to forgive him instead. This is the story of how the Hijrah took place and it represented a manifest victory for Islam and the Muslims in that Allah rendered the disbelievers' plots fruitless. Allah says: [If you do not aid him [the Prophet] Allah has already aided him when those who disbelieved had driven him out [of Makkah] as one of the two, when they [Muhammad and Abu Bakr] were in the cave and he [Muhammad] said to his companion, "Do not grieve; indeed Allah is with us." And Allah sent down His tranquillity, upon him and supported him with soldiers [angels] you did not see and made the word of those who disbelieved the lowest, while the word of Allah – that is the highest. And Allah is Exalted in Might and Wise.] (At-Tawbah 9:40).
Dear Muslims, the Prophet (peace and blessings be upon him) and his companion Abu Bakr (may Allah be pleased with him) entered Madinah gloriously and honorably. He (peace and blessings be upon him) then moved into a house, built his mosque with quarters for his wives, and started upon a new era full of blessings and victories based on divine support. After this, the Hijrah from Makkah to Madinah became compulsory on every Muslim, until the conquest of Makkah by the Prophet (peace and blessings be upon him). The issue of Hijrah to Madinah was a miracle in itself, for the city at that time had very meagre commerce, infrastructure, and agricultural resources. In fact, living in the city was financially restrictive even for its inhabitants. By any human estimation, immigration to such a city, with all its deficiencies, would cause immense economic and social difficulties, but as Allah the Almighty would have it, the reverse was the case for the Hijrah to Madinah.
This Hijrah caused Madinah to achieve large number of benefits. People now had the opportunity of meeting the Prophet (peace and blessings be upon him), learning their religion from him, emulating his noble character, preserving his Sunnah, learning about his public and private life and everything else about the religion of Islam. The Hijrah had a great impact on Islam and the Muslims because Allah bestowed a lot of His blessings on them.
Although the Muslims faced some difficulties during the first days of their immigration to Madinah, they were able to overcome these difficulties through their strong belief, patience, and perseverance. The Prophet (peace and blessings be upon him) was full of love and compassion for the people in general and their children in particular. After the initial period of hardships, Allah bestowed good things in abundance upon the people of Madinah in all areas of life. We have all missed out on the reward of making Hijrah to Allah the Almighty and His Messenger (peace and blessings be upon him) during the prophetic era, but there is another type of Hijrah which we can make and which will earn us immense rewards. We must migrate from disobedience to obedience of Allah; shun negligence in religious matters and migrate to adherence; migrate from sins to submission to Allah; migrate from laziness and false hopes to diligence, seriousness, and striving in what pleases Allah; and migration of our hearts from affinity to this mundane life to the love of the hereafter. The Prophet (peace and blessings be upon him) said, "The Muslim is one who does not harm other Muslims with his hands or tongue and the muhajir(migrant) is the one who shuns all that Allah has forbidden." Allah says: [Indeed, those who have believed and those who have emigrated and fought in the cause of Allah — those expect the mercy of Allah. And Allah is Forgiving and Merciful.] (Al-Baqarah 2:218).
In the Prophet's Hijrah, there are admonitions and lessons for every Muslim, especially of patience and perseverance. Another lesson is that it was the will of Allah to make His Prophet (peace and blessings be upon him) perform the Hijrah with means that human beings are well accustomed to, such as riding on a camel and hiring a guide. If Allah had wished, He could have willed that his Prophet (peace and blessings be upon him) did the Hijrah on Al-Buraq [a riding animal that the Prophet rode when on his Night Journey to Jerusalem and Paradise], but the will of Allah was that He wanted the Muslims to emulate their Messenger (peace and blessings be upon him) and to aid and assist their religion with whatever means that Allah had facilitated for them. The greatest obligation upon us all then, dear Muslims, is to aid and assist the religion of Allah by practicing it and advising each other and being patient upon that.
The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) was exposed to several assassination attempts, both before and after his migration. In Makkah, Abu Jahl had attempted to kill him before Allah sent the angel Jibreel (peace and blessings be upon him) to prevent him from carrying out this devilish act. At the Battle of Tabuk, an attempt was made on his life by some of the hypocrites. Even in Madinah, an attempt was made to kill him (peace and blessings be upon him) by poisoning his food, but Allah saved him from all these attempts. This was due to his embodying all forms of worship totally for the sake of Allah and for his sincere dependence on Him. Allah says: [And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him.](At-Talaq 65:3) Indeed, the current predicament of the Muslims throughout the world necessitates that we benefit from the lessons derived from the Hijrah. We must realize that the situation of this generation of Muslims cannot improve except by that which improved the condition of our righteous predecessors: sincere and correct belief, noble manners and characters, absolute trust in Allah, patience, and perfection of acts of worship in accordance with the sunnah. May Allah make us of those who listen to the truth and follow it, and may He bless, guide, and forgive us all. Ameen.
Sumber : Sheikh Ashraf Salah (www.islamonline.net)

