Budaya salam kukuhkan organisasi
Posted On Tuesday, June 25, 2013 at at 11:19 PM by maori
Alhamdulillah, setiap hari kita bekerja dan berhubung dengan masyarakat
sama ada secara berdepan mahupun dalam bentuk maya. Perjumpaan menyebabkan kita
perlu berkomunikasi melalui perbualan, perbincangan atau permesyuaratan. Dalam
teori organisasi, pelbagai kaedah komunikasi berkesan untuk menjalin hubungan
dan suasana kerja sesuai. Umat Islam dianugerahkan ucapan komunikasi istimewa
sebagai pembuka dan penutup tirai percakapan yang turut mengandungi doa.
Ucapan salam diucapkan sebelum
percakapan seperti dinyatakan Rasulullah SAW, salam sebelum kalam (percakapan)
mendapat pahala bagi yang mengucapkannya dan menjadi hak kepadanya menerima
jawapan balas daripada orang menerima ucapan salam daripadanya.
Ulama bersetuju hukum menjawab salam
adalah wajib berbanding hukum memberi salam yang sunat. Ini bererti setiap
orang mengucapkannya dengan maksud doa kepada yang lain pasti mendapat hak
untuk didoakan melalui jawapan salam itu.
Bahkan kita dianjurkan menjawab salam dengan lebih baik daripada apa yang diterima. Firman Allah bermaksud: “Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)
Justeru, membudayakan salam memberi nilai tambah kepada diri serta sahabat. Seseorang yang mengucapkannya tidak rugi kerana salam bukan sekadar ucapan selamat, pembuka dan penutup bicara malah ia ucapan penghuni syurga yang saling berdoa memohon Allah menganugerahkan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan.
Imam Abu Hurairah diriwayatkan mengucapkan salam kepada ibunya sebelum keluar rumah. Ia dilakukan untuk mendapat jawapan salam atau doa daripada ibunya supaya apa yang akan dilakukan sama ada berjihad, berniaga dan beribadat akan mendapat kesejahteraan, kerahmatan serta keberkatan Ilahi.
Bahkan kita dianjurkan menjawab salam dengan lebih baik daripada apa yang diterima. Firman Allah bermaksud: “Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” (Surah al-Nisa’, ayat 86)
Justeru, membudayakan salam memberi nilai tambah kepada diri serta sahabat. Seseorang yang mengucapkannya tidak rugi kerana salam bukan sekadar ucapan selamat, pembuka dan penutup bicara malah ia ucapan penghuni syurga yang saling berdoa memohon Allah menganugerahkan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan.
Imam Abu Hurairah diriwayatkan mengucapkan salam kepada ibunya sebelum keluar rumah. Ia dilakukan untuk mendapat jawapan salam atau doa daripada ibunya supaya apa yang akan dilakukan sama ada berjihad, berniaga dan beribadat akan mendapat kesejahteraan, kerahmatan serta keberkatan Ilahi.
Kita biasanya memberi salam sebelum
memasuki rumah dan amat jarang sekali semasa meninggalkannya. Adalah baik kita
mencontohi Abu Hurairah dengan memberi salam kepada ahli keluarga sebelum
keluar rumah.
Apabila membudayakan salam khasnya
dalam organisasi, beberapa etika perlu difahami. Pertama, sebaik-baiknya ia
dimulakan pemimpin atasan kepada stafnya sebagai teladan. Menjadi sunnah
Rasulullah SAW mendahulukan memberi salam termasuklah kepada kanak-kanak.
Malah, Rasulullah SAW menganjurkan
supaya yang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki, berjalan kaki
kepada yang duduk, kumpulan sedikit memberi salam kepada yang ramai dan muda
kepada yang tua.
Kedua, hendaklah memberi salam sesama Islam tanpa mengira sama
ada mengenalinya atau tidak. Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, berkata: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
SAW: Islam bagaimana yang terbaik? Jawab Baginda: Anda memberi makan dan salam
kepada seseorang yang dikenali atau tidak dikenali.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Ketiga, mengucapkannya dengan ikhlas mendapat keredaan Allah
dan mengamalkan sunnah Nabi SAW. Imam al-Ghazali dalam Ihya’nya berkata, lidah
orang beriman itu di belakang hatinya, iaitu apa disebut lidah difahami
hatinya. Sedangkan lidah orang munafik itu di hadapan hatinya. Apabila lidah
menyebut, tidak difahami hatinya. Ertinya hati dan lidah tidak seiringan.
Justeru, sampaikan salam dengan suci hati supaya meninggalkan kesan mendalam
dalam perhubungan.
Dalam konteks pengurusan di tempat
kerja, ucapan salam boleh dibudayakan ketika berurusan dengan pelanggan, ketika
memulakan mesyuarat, ucapan dan taklimat, ketika bertemu, menjawab telefon dan
mengetuk pintu pejabat.
Impak positif akan diperoleh oleh warga organisasi daripada budaya salam ini selain amalan pembuka bicara serta saling mendoakan, ia mengeratkan silaturahim.
Hubungan baik warga organisasi antara penentu keselesaan bekerja. Melalui ucapan salam, hati bersedia berbicara dan mampu mengikis penyakit hati seperti benci, prasangka dan hasad di samping memancarkan keselesaan rasa selain mendapat pahala.
Sangat menarik jika ucapan salam ini dihalusi supaya menjadi mudah dibudayakan dalam kehidupan termasuk dalam organisasi. Oleh itu, jadikan lidah sebagai modal perkhidmatan dan pengukuh silaturahim supaya keuntungan dunia dan akhirat dapat diraih melalui keunikan anugerah salam.
Bahaya Sifat Sombong
Posted On Thursday, June 20, 2013 at at 10:01 PM by maori
Manusia dilarang dan diharamkan dari bersifat dengan sifat sombong.
Larangan ini disebabkan manusia tidak layak bersifat dengan sifat ini kerana
manusia merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah swt dengan kemampuan yang
sangat terbatas. Sifat sombong sangat merbahaya kerana ia menyebabkan berbagai
masalah dalam kehidupan manusia.
Antara bahaya sifat sombong ialah;
1. Orang yang sombong mendapat kemurkaan dari Allah swt.
Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman;
الكبرياءُ ردائي والعِزَّةُ إزاري
فمن نازعنى واحدا منهما قذفته فى النار
Maksudnya;Sombong itu selendang aku dan kemulian itu
pakaianku, sesiapa yang mengambil salah satunya daripadanya Aku campakkan ke
dalam api neraka.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Maksudnya; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap
orang yang sombong takabbur lagi membangga diri
2. Orang yang sombong akan ditutup pintu hidayah daripada Allah swt.
Firman Allah swt;
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ
وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya; Allah menutup hati-hati mereka, pendengaran
mereka dan penglihatan mereka, bagi mereka azab yang sangat besar.
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ
جَبَّارٍ
Maksudnya;Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong
dan sewenang-wenang
3. Orang yang sombong mengabaikan perintah Allah subhanahu wata’ala.
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي
الْأَرْضِ مَرَحًا
Maksudnya;Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari
manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan
angkuh.
4. Orang yang Sombong menjadi penghuni neraka.
Sabda Rasulullah saw;
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي
قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya;Tidak akan masuk surga siapa saja yang di dalam
hatinya terdapat sedikit kesombongan).
5. Kesombongan
membawa kepada kehinaan di dunia dan di akhirat.
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ
عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya; Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada
beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.
Dalam kehidupan kita didunia, sifat sombong membawa bermacam-macam masalah
samada dalam diri seseorang, masyarakat, organisasi, dan negara.
Seseorang akan menjadi masalah kepada orang lain apabila tidak boleh
berkerja sama kerana sombong. Keluarga tidak bahagia apabila sebahagian ahli
keluarga bersikap sombong mementingkan diri sendiri.
Masyarakat tidak harmoni apabila ada anggota masyarakat bersifat sombong
dan takabbur menyebabkan masyarakat berpecah belah. Negara menjadi tidak makmur
apabila pemimpin sombong mementingkan diri sendiri dan tidak perihatin kepada
rakyat, dunia akan menjadi huru hara apabila para pemimpin sombong tidak
menghormati negara lain.
Sebalik semua akan merasa bahagia dan tenang apabila manusia saling hormat
menghormati, merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dan itulah inti pati
akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Sumber: www.usrahrasahati.com
Selamat Bercuti
Posted On Friday, May 24, 2013 at at 11:26 PM by maori
Selamat Bercuti. Admin dan keluarga akan menjalani ibadah umrah dari 25 Mei 2013 - 7 Jun 2013.
Untuk ahli keluarga, saudara, rakan sekerja, rakan mengaji (sek,maktab,universiti) sahabat, kenalan, pelajar, mantan pelajar dan jiran tetangga. Mohon ampun dan maaf. Halalkan makan dan minum. Maafkan tutur kata, gurau senda. Semoga hamba dan keluarga berupaya melaksanakan ibadah dengan baik. Amin Ya Rabbal Alamin (Bina Insan Keluarga). Kamu semua hamba dah maafkan.
Masyarakat perlukan pemimpin berintegriti untuk menjadi ikutan, teladan
Posted On Friday, May 10, 2013 at at 12:21 AM by maori
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempunyai adab mulia serta
berintegriti tinggi. Amal salih dan kebajikan hendaklah sentiasa sebati dalam
jiwa seseorang kerana ia dapat mendidik jiwa sentiasa diangkat pada kedudukan
mulia di sisi Allah.
Di samping itu, amal kebajikan yang dilakukan akan menjamin dan menjurus kepada keamanan serta kesejahteraan masyarakat. Inilah asas utama kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Di samping itu, amal kebajikan yang dilakukan akan menjamin dan menjurus kepada keamanan serta kesejahteraan masyarakat. Inilah asas utama kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Tempat mereka yang beramal salih sudah dijelaskan Allah dalam firman yang
bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang
melakukan kebaikan akan mendapat tempat yang tertinggi dalam syurga.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 107).
Masyarakat kini memerlukan contoh
ikutan yang baik dari semua peringkat kepemimpinan sama ada dalam institusi
keluarga iaitu ibu bapa, pemimpin masyarakat seterusnya kepada peringkat
tertinggi sesebuah negara.
Merekalah yang akan menjadi ikutan
sehingga ada pendapat menyatakan, manusia akan sentiasa berada di landasan
ketua atau pimpinan mereka sendiri.
Untuk merealisasikan tuntutan ini, maka Allah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai contoh teladan terbaik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak menyekutukan Allah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Untuk merealisasikan tuntutan ini, maka Allah mengutuskan Nabi dan Rasul sebagai contoh teladan terbaik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak menyekutukan Allah serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami utuskan seorang Rasul
pada setiap umat supaya mereka sentiasa menyembahKu dan tidak kufur serta
menjauhkan taghut.” (Surah An-Nahl, ayat 36).
Peringkat kedua contoh ikutan
terbaik ialah sahabat Rasulullah SAW kerana mereka pernah bersama Baginda SAW
dalam kesenangan dan kesusahan. Mereka mendapat kelebihan dan jaminan syurga
dari Baginda SAW.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku,
kemudian sahabatku yang mesti dipegang dengan cara bersungguh-sungguh.”
(Al-Hadis).
Ketiganya, mereka yang diberikan
kelebihan dari kalangan orang beriman kerana merekalah yang akan menegakkan
syiar Islam selepas Baginda SAW dan sahabat.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah setiap insan hendaklah berusaha menjadikan seluruh kehidupan mereka berada dalam keimanan dan ketakwaan supaya dapat diikut dan dicontohi oleh generasi kemudian.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah setiap insan hendaklah berusaha menjadikan seluruh kehidupan mereka berada dalam keimanan dan ketakwaan supaya dapat diikut dan dicontohi oleh generasi kemudian.
Remaja khususnya perlu diberi
bimbingan sepenuhnya kerana merekalah aset utama sebagai penggerak generasi
bagi menjana masyarakat cemerlang.
Sumber: www.bharian.com_agama_ Ustaz Zamanuddin Jusoh
Tips Mudah
Posted On Thursday, May 9, 2013 at at 10:01 PM by maori
Tips Mudah tentang mencari muka surat Al-Quran
(Mashaf Rasm Usmani) mengikut Juzuk.
Contoh 1: Juzuk 20
Caranya mudah dan diberikan oleh saudara Ali
dari Yaman semasa mengerjakan haji.
|
Juzuk
|
|
20
|
|
Darab
|
( X )
|
20
|
|
Jawaban
|
=
|
400
|
|
Tolak
|
( – )
|
20
|
|
Jawaban
|
=
|
380
|
|
Tambah
|
( + )
|
2
|
|
Jawaban
|
=
|
382
|
Betul atau tidak ?
Moga ada manfaatnya.
Contoh 2: Juzuk 13
|
Juzuk
|
|
13
|
|
Darab
|
( X )
|
20
|
|
Jawaban
|
=
|
260
|
|
Tolak
|
( – )
|
20
|
|
Jawaban
|
=
|
240
|
|
Tambah
|
( + )
|
2
|
|
Jawaban
|
=
|
242
|
Betul atau tidak ?
Moga ada manfaatnya.
Kelebihan Mencium Anak
Posted On Wednesday, May 1, 2013 at at 6:48 PM by maori
Ciumlah
anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Sumber:
www.hmetro.com.my
Ubati marah dengan ilmu dan amal
Posted On Tuesday, April 9, 2013 at at 2:21 PM by maori
Bilakah kali terakhir anda marah dan kepada siapakah anda tujukan
kemarahan itu? Sudah berapa banyak hati yang terluka dengan kemarahan anda itu?
Bukan tidak boleh marah namun kadang-kadang marah itu
menjadi wajib. Nabi pun pernah marah apabila agamanya dipermainkan. Bila ada
pelanggaran hukum Allah nabi menampakkan kemarahannya.
Buruk sangat marah
dilakukan kerana nafsu. Ja’far bin Muhammad mengatakan, “Marah adalah pintu segala kejelekan.” Dikatakan kepada Ibnu
Mubarak, “Kumpulkanlah untuk kami akhlak
yang baik dalam satu kata! Beliau menjawab, “Meninggalkan amarah.”
Demikian juga Imam Ahmad dan Ishaq menafsirkan bahawa akhlak yang baik adalah dengan meninggalkan amarah. Orang yang marah tidak tentu pasal tidak perasan ke buruknya muka orang marah.
Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggota menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata haram yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti lafaz kufur, mencela agama dan seumpamanya.
Selain daripada itu, seorang yang cepat marah akan melakukan tindakan di luar dugaan yang berkemungkinan akan membabitkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.
Yang parah lagi, marah terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki
di dalam diri dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang.
Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah. Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia.
Maka, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat. Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain.
Mungkin kita menyedari perbuatan itu salah, tetapi kerana terlalu terpengaruh dengan marah kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah.
Kata-kata itu seperti melaknati orang, mencelakakan orang dan sebagainya. Sebab jika kita menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita menuduhnya dengan ucapan kita itu.
Andai kata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi. Ada setengah ulama menganggap ucapan seperti ‘sial’, ‘laknat’, ‘celaka’ dan seumpamanya sebagai doa, kerana ada sebuah hadis daripada Rasulullah yang melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah.
Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang memberi ucapan itu.
Diriwayatkan dari Jabir, beliau berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Ansar merasa tidak selesa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Ansar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan”.
Di sini mari kita berkongsi sedikit tip untuk merawat sifat marah yang berasaskan nafsu atau baran. Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan amal.
Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara:
· Bertafakur memikirkan
kisah teladan yang menyentuh buruk baiknya bersifat marah, berfikir keutamaan
menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut. Dengan cara itu,
akan menjadikannya gemar dan suka kepada pahala yang bakal diperoleh dari
menghiasi diri dengan sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat
marah.
· Seseorang itu menakutkan
dirinya kepada seksaan Allah dengan mempercayai bahawa kekuasaan Allah ke atas
dirinya lebih besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain.
· Mengingatkan diri akibat
permusuhan dan pembalasan dendam.
· Berfikir mengenai bentuk
buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir betapa kejinya sifat marah itu.
·
Berfikir sebab yang
membawanya kepada kemarahan.
· Menyedari kemarahannya
berpunca dari sikap membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak
Allah.
Sementara itu, mengubati marah dengan amal perbuatan pula ialah dengan membaca doa: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam.”
Begitu juga sunat dibaca doa itu ketika marah, ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.
Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca ayat itu , maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, (berdiri sebenarnya keadaan bersedia untuk bertindak sebab itu Rasul suruh duduk sebab duduk kurang sedikit kemahuan bertindak ganas. Begitu juga disuruh baring sebabnya ketika baring sudah tidak ada keupayaan untuk bertindak.
Dekatkan diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan supaya dia tahu kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.
Rasulullah bersabda yang maksudnya, “Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia melekatkan dirinya ke bumi” . Selain itu, cara menghilangkan marah juga ialah dengan mendiamkan diri. Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam.
Oleh kerana kesan tercela yang ditimbulkan sifat marah itu, Rasulullah menganjurkan umat manusia supaya jangan suka marah. Ia tidak akan mendatangkan perkara yang baik kepada diri.
Malah, menyebabkan pelbagai bencana terutama sekali perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya. Selain itu, orang yang suka marah sering ditunggangi syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu.
Manakala orang yang menurut kehendak syaitan tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
Summber:
www.hmetro.com


