Amalkan muliakan tetamu
Posted On Saturday, November 23, 2013 at at 10:53 PM by maori
Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah
meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang
beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan
sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan
tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia
berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim).
Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi
Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang
kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya. Baginda merasa tidak perlu
memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut.
“Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman.
Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.
Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”
Lantas Nabi
Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.”
Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan
manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril
bertanya: “Siapakah yang menciptakan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi
Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril
bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan
orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil
terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?”
Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda
kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas
menyedari kesilapannya.
Sumber: www.hmetro.com.my
Seksa orang yang meninggalkan solat fardhu
Posted On Sunday, September 29, 2013 at at 6:41 PM by maori
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh: satu kali meninggalkan akan
dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di
dunia.
2. 2. Solat Zuhur: satu kali meninggalkan
dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar: satu kali meninggalkan dosanya
sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib: satu kali meninggalkan dosanya
sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya: satu kali meninggalkan tidak akan
di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.
6 Seksa di Dunia Orang yang Meninggalkan
Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya
soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai
tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak
mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi
sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya
sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan
sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Seksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu
Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat
akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan
kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa
dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan
Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu
kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu
menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka
tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini
wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk
menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber: www.detikislam.blogspot.com
Kelebihan Mencium Anak
Posted On Wednesday, September 25, 2013 at at 10:15 PM by maori
Ciumlah
anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Sumber:
www.hmetro.my
Kelebihan Puasa 6 Dalam Syawal...
Posted On Sunday, August 11, 2013 at at 6:03 PM by maori
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadis seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadis ini adalah hadis sahih.
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadisnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan
Posted On Saturday, August 3, 2013 at at 10:56 PM by maori
Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10
malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam
pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada
melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak
sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak
pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan
khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul
qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai:
“Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat
al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa
mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan
mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada
10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu
melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat
dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti
21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan
seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami
isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan
solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf
juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi
SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian
Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat
gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk
iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai
pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun
sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan
sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam
al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi
tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama
meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan
qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini
berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata,
maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat
Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam
itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy
menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan
Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi
Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu
dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada
melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa
berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh
lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha
membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar
ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid
dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan
seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan
mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau
gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal
Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita
mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi
SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat
besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki
tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali),
maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki
dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi
SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya
Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad,
lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum
arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan
silaturahim.”
Sumber: www.pondoktauhid.blogspot.com
Antara Tawadhuk’ dan Kemuliaan (Izzah)
Posted On Thursday, July 18, 2013 at at 12:37 PM by maori
Islam melarang kita bersikap
takabbur sebaliknya diperintahkan bersikap dengan Tawadhu’. Tawadhu’ bererti
merendah diri, menghinakan diri, merasakan diri serba kekurangan. Hanya Allah
sahaja layak besifat dengan Takabbur sesuai dengan kebesaran dan keagungan
Allah s.w.t.
Adakah sifat tawadhu’ ini
merupakan sifat yang negatif? Atau sifat pasif yang mengakibatkan umat Islam
menjadi lemah, tidak mempunyai semangat, tidak mempunyai daya juang, menolak
kemajuan dan berbagai-bagai sikap yang negatif ? Setengah golongan menganggap
jika kita sentiasa merendah diri, kita akan dihina, kita tidak dihormati, kita
tidak akan menjadi bangsa yang disegani dan menganggap merendah diri sesuatu
yang sinonim dengan kehinaan dan kelemahan. Pastinya tawadhu’ tidak bermaksud
sedemikian.Tawadhu’ tidak menafikan sikap izzah dan kemuliaan yang mesti
ada pada setiap muslim dan mukmin. Umat Islam mesti ada perasaan mulia dan Izzah
diri dengan Islam yang dianuti.
Apakah yang dimaksudkan dengan
izzah dan rasa kemuliaan dan rasa harga diri? Izzah bermaksud
kita bangga dengan agama, dengan Allah, Rasul, amal salih, ilmu yang
bermanfaat, serta dakwah kepada Allah. Itulah izzah berkosepkan iman.
Firman Allah,
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemuliaan itu
hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi
orang-orang munafik tidak mengetahui” [Al-Munafiqun : 8]
Ayat ini menegaskan bahwa
kemuliaan hanya milik Allah, RasulNya dan kaum mukminin.
فلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ
وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
“Artinya : Janganlah kamu merasa lemah dan meminta perdamaian, padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu” [Muhammad : 35]
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْبَغِي لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يُذِلَّ نَفْسَهُ
Maksudnya; Tidak selayaknya seorang mukmin menghinakan
dirinya” Menghinakan diri dengan melakukan perkara yang boleh
menghinakan mereka sendiri.
Tetapi di sudut yang lain kita
mesti merasa mulia, merasa hebat, merasa bangga dengan keimanan kita, dengan
agama Islam yang dianuti, dan dengan syiar Islam yang menjadi lambang agama
Islam.
Firman Allah swt;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى
الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ.
Maksudnya;Hai orang-orang
yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir. Al-Maidah:54.
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى
الْقُلُوبِ
Maksudnya; Demikianlah
(perintah Allah). dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, Maka
Sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. Al-Haj:32.
وعن ابن عباس قال : قال رسول الله ? : ” من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله
أجر مائة شهيد ” رواه البيهقي.
Maksudnya; Rasulullah s.a.w
bersabda, sesiapa yang berpegang dengan sunnah aku ketika umat kau telah rosak,
maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid.
قال عمر بن الخطاب: ” نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة
بغيره أذلنا الله.
Maksudnya; Saidina Umar bin
al-Khattab berkata; kami adalah satu bangsa yang Allah berikan kemulian kerana
Islam, maka apabila kita mencari kemulaian dengan selain Islam, nescaya Allah
akan hinakan kita.
Oleh itu, sebahagaian dari
tuntukan keimanan kita ialah kita mesti merasa izzah, marasa mulia,
merasa bangga dengan Islam yang kita anuti, Antara sikap yang mesti ada pada
setiap muslim ialah;
·
Merasa yakin dengan
ajaran-ajaran Islam.
· Merasa bangga dengan
syiar-syiar Islam dalam kehidupan seperti ibadah haji, sembahyang jumaat, sembahyang berjamaah, puasa dan lain-lain yang menjadi lambang agama Islam.
· Merasa mulia dengan
penghayatan sunnah Nabi dalam kehidupan, bukannya merasa malu untuk melakukannya.
·
Bersikap tegas dan tidak ambil
mudah dalam urusan agama.
·
Menunjukkan ketegasan dan
kekuatan terhadap orang-orang yang memusuhi umat Islam.
·
Bersungguh-sungguh dalam usaha
menegakkan syarit Islam dalam semua aspek kehidupan.
· Berpegang tuguh dengan dasar-dasar
dan prinsip-pinsip Islam berkaitan halal dan haram dalam urusan kehidupan.
Kita mesti mempunyai sikap izzah, merasa mulia, merasa bangga dengan agama Islam yang menjadi anutan kita supaya Islam dihormati, umat Islam dipandang tinggi oleh orang lain, umat Islam tidak dipandang hina oleh orang lain. Tetapi kemuliaan dan keangungan ini terhasil dari sifat tawadhu’ dan budi pekerti yang baik yang ada pada diri orang Islam.
Umat Islam menjadi umat yang
disegani dan dihormati bukan kerana kesombongan, kekerasan, kemajuan, kekayaan
dan kekuasaan mereka tetapi umat Islam dipandang tinggi, umat Islam disegani
oleh orang lain kerana sikap yang baik, budi yang luhur akhlak yang mulia dan
keperibadian yang terpuji.
Lihatlah contoh ketegasan
Rasulullah s.a.w dalam menegakkan hukum agama sehingga Baginda berkata,
sekianya Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya,
menolak rayuan golongan bangsawan Arab supaya dikecualikan dari hukuman
tersebut. Renungi kehebatan Rasulullah s.a.w, disegani dan dihormati bukan kerana
kekuasaan yang dimilki tetapi budi luhur dan akhlak mulia yang menghiasi diri.
Contohi ketegasan Umar dan
penggunaan harta karajaan sehingga beliau mematikan lampu apabila urusan yang
dilakukan adalah urusan peribadi bukan urusan negara. Hayati pengorbanan beliau
dengan memikul gandum sendiri lalu diberikan kepada orang miskin. Semoga umat
Islam dapat mengembalikan izzah dan kegemilangan umat Islam sebagaimana telah
ditempa oleh umat terdahulu.
Sumber: www.usrahrasahati.com
Antara Tawadhuk’ dan Kemuliaan (Izzah)
Posted On at at 12:36 PM by maori