Rebutlah Malam Lailatul Qadar
Posted On Friday, August 10, 2012 at at 11:17 PM by maori
Alangkah cepatnya masa
berlalu, ketika seronok melaksanakan ibadah, Ramadan kini di pusingan terakhir.
Sedih
rasanya, apakah amalan kita diterima atau tidak. Apa pun, kita masih ada 10
hari terakhir membuat pecutan.
Marilah kita menghidupkan
malam-malam yang menjadi buruan setiap kekasih Allah, moga kita dalam senarai
pencari lailatulqadar. Antara amalan menghidupkan 10 hari terakhir Ramadan
ialah solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan berzikir kepada Allah.
Kita digalak mengejutkan ahli keluarga bersama-sama menghidupkan malam itu dengan amal ibadah, jangan biarkan mereka terus lena dibuai mimpi.
Kita digalak mengejutkan ahli keluarga bersama-sama menghidupkan malam itu dengan amal ibadah, jangan biarkan mereka terus lena dibuai mimpi.
Bagi suami isteri, 10
malam terakhir usah bersama kerana Nabi mengemaskan ikat kainnya yakni tidak
bersama dengan isteri kerana sibuk dengan beribadah.
Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di akhir Ramadan iaitu dengan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah.
Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin, mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkannya sejak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Rasulullah s.a.w memberikan pedoman terbaik kepada umatnya supaya melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupnya dengan gerak ibadah.
Antaranya, solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam dan membangunkan ahli keluarga untuk beribadat.
Dalam beribadah (solat), baginda tidak pernah melupakan keluarganya.
Perilaku baginda membangunkan ahli keluarganya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar melakukan solat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar membangunkan keluarganya supaya melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “solat! solat!”
Berikut perkara-perkara yang patut dilakukan di 10 terakhir Ramadan:
1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian paling baik selain haruman.
Ibnu Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah: “Rasulullah jika berada dalam bulan Ramadan, baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun.
2. Mencari lailatulqadar
Baginda bersabda,
maksudnya, “Carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (Riwayat
al-Bukhari).
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
3. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d
berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur
bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah.
(Riwayat al-Bukhari).
Zaid ibnu Thabit berkata: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Riwayat al-Bukhari).
4. Melakukan iktikaf

Iktikaf adalah sunnah
baginda demi memperoleh kelebihan dan ganjaran lailatulqadar.
Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

5. Membanyakkan doa
Aisyah diajar Rasulullah
s.a.w membaca doa pada malam al-Qadar.
Doanya berbunyi: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535).
Doanya berbunyi: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535).
Sumber: www.hmetro.com.my