Tabiat suka membazir saudara syaitan
Posted On Monday, August 13, 2012 at at 10:52 PM by maori
Apa perasaan
kita apabila ditipu? Mesti marah dan malu punya. Kadang-kadang kita kutuk dan
kita menceritakan pula kepada semua orang mengenai kejahatan penipu itu. Kita
mesti tidak berpuas hati dan mahu rasanya membalas semula apa yang dilakukan si
penipu itu. Itulah fitrah manusia, tidak suka ditipu. Namun sedar atau tidak,
kita memang ditipu dan banyak kali tertipu oleh musuh kita iaitu syaitan.
Syaitan
sentiasa mencari jalan untuk memerangkap kita. Salah satu cara syaitan menipu
kita ialah dengan cara mendorong serta menggoda kita supaya membazir.
Membazir adalah saudara syaitan menerusi firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 26-27 yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada keluarga terdekat haknya kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan hartamu secara boros. Sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu kepada Tuhan sangatlah ingkar.”
Membazir adalah saudara syaitan menerusi firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 26-27 yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada keluarga terdekat haknya kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan hartamu secara boros. Sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu kepada Tuhan sangatlah ingkar.”
Membelanjakan harta kepada sesuatu yang tidak memberi manfaat walaupun sedikit dikira membazir apatah lagi jika berbelanja besar.
Walaupun 10 sen beli barang yang tidak berguna adalah saudara syaitan.
Setiap sesuatu akan dipertanggungjawabkan di depan Allah, sebab tidak ada yang kecil di depan Allah. Berjimat bukan ketika harta sedikit saja, tetapi dalam apa juga keadaan.
Manakala berjimat jangan pula sampai jadi kedekut. Membeli sesuatu yang tidak perlu atau tidak bermanfaat, berlebihan hingga terpaksa membuang perlu dielakkan.
Cuba lihat kereta, motosikal, baju, kasut, pakaian serta segala perhiasan kita itu berpatutan atau dibeli untuk memenuhi koleksi atau bertanding hendak menunjuk-nunjuk saja?
Imej dan prestij memang penting, tapi biarlah dalam kemampuan kita serta tidak melampau apatah lagi membazir. Hendak beli kereta adakah ia perlu? Jika perlu beli saja.
Tanya lagi, yang sudah ada masih boleh dipakai? Perlukah membeli kereta?
Kemudian, tanya lagi, mampukah kita? Sudah ada banyak, beli lagi sedangkan tidak pakai pun, sedekah jauh sekali.
Orang
dewasa dengan caranya manakala remaja pula dengan cita rasanya tersendiri.
Hendak tunjuk kaya satu penyakit juga. Kadangkala pada satu sudut, kita
berhabisan berbelanja sampai jadi papa pun tidak mengapa, tetapi apabila hendak
beli buku agama, amat berkira.
Mulai
sekarang, bersihkan rumah kita daripada barang tidak berguna.
Lebih baik rosak digunakan orang lain daripada rosak terbiar di rumah kita,
mungkin ia sangat berguna bagi orang lain.
Sesuatu yang amat malang apabila kita berasa sangat selesa dan aman dengan kekayaan yang kita miliki sehingga lupa Allah yang memberi, lalu kita guna sesuka hati, tidak ikut peraturan dan garis panduan yang digariskan Allah.
Allah boleh ambil apa saja yang Dia berikan kepada kita sebagai hamba yang lemah pada bila-bila masa dan di mana saja dengan cara apa sekalipun.
Harta yang diuruskan secara membazir adalah harta yang tidak berkat, apatah lagi beli dan guna untuk perkara yang terlarang.
Tiga tanda harta yang berkat iaitu apabila dimiliki pemiliknya menjadi qanaah (berasa mencukupi), pemiliknya menjadi tenang serta berasa itu adalah amanah dan pemilik harta itu lebih mulia daripada harta yang dimilikinya.
Sumber: www.hmetro.com.my