Tahun baru 2013 harus jadi pemangkin minda
Posted On Tuesday, January 1, 2013 at at 3:13 PM by maori
Tiada guna masa berlalu tanpa memperoleh manfaat,
usaha perbaiki kelemahan diri
Azam dan iltizam memenuhi gerak hati kebanyakan insan yang berikrar memperbaiki diri.
Kemunculan tahun baru ini seharusnya menjadi pemangkin minda kita memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimanakah pula kita akan menghadapi tahun baru nanti. Segala suka dan duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan kepada kita. Tiadalah gunanya tahun berlalu tanpa apa-apa manfaat yang kita peroleh. Tiadalah manfaatnya tahun berlalu tanpa kita perbaiki untuk masa-masa akan datang. Apa yang berlaku tercatat sebagai sejarah. Tiada siapa yang dapat mengubahnya dan sejarah itu pasti berulang. Itulah lumrah alam. Oleh hal yang demikian kita tidak dapat lari daripada memikirkan apa yang telah berlaku kepada kita.

Semoga tahun mendatang ini akan menjadi lebih baik khususnya berkaitan
perkembangan agama Islam di tanah air. Walaupun bibit penambah baik itu mula
dirasainya, ia bukannya suatu jaminan umat Islam berasa selesa dan menghentikan
perjuangan. Melihat kepada cabaran yang akan dihadapi kelak, sebenarnya sudah
tiada masa untuk umat Islam berseronok dan terkinja-kinja menyambut tahun baru.
Tahun baru mesti disambut dengan penuh keazaman dan komitmen agar Islam
diletakkan di tempatnya. Bukan caranya menyambut tahun baru dengan pesta liar
yang langsung tidak menggambarkan adat ketimuran budaya, bangsa dan agama.
Penulis juga mengharapkan perpecahan di kalangan umat Islam akan dapat diperbaiki. Perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam pula dapat ditingkatkan di samping saling hormat menghormati antara satu sama lain sejajar dengan prinsip Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan dan kedudukan istimewa Islam di negara kita.
Kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan perlu direalisasikan dan dalam masa yang sama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermakna agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak menjejaskan keamanan dan kedamaian terhadap Agama Persekutuan di dalam negara.
Pada masa yang sama umat Islam hendaklah jangan sesekali mengherdik agama orang lain sebagaimana kita sendiri tidak mahu agama kita diherdik. Jangan memperlekehkan agama orang lain seperti kita tidak mahu diri agama kita diperlekehkan.
Perubahan minda sebegini amat penting bagi mengharungi tahun baru ini. Tanpanya sudah pasti kita akan berada di takuk lama dan tidak akan menjadi contoh teladan kepada orang lain.

Anjakan minda sebegini akan menjadi pemangkin kepada kita menggapai
kecemerlangan pada tahun hadapan. Berbeza pandangan dalam perkara furu' adalah
lumrah dan janganlah begitu terpesona dan taksub dengan sesuatu pandangan
hingga tidak boleh berlapang dada menerima teguran orang lain.
Walaupun 2012 menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan yang menguji
kesabaran dan perpaduan masyarakat, 2013 pasti akan menjadi pertaruhan sekiranya
tiada usaha mantap memperbetulkan keadaan yang sedang berlaku.
Untuk itu pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi dan individu perlu sedar hakikat sebenar dan tidak mementingkan diri sendiri saja. Moga tahun baru ini memberi harapan ke arah memartabatkan agama Islam di samping memelihara perpaduan rakyat pelbagai bangsa.