SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Osteoporosis menyerang dalam senyap

MENJELANG tahun 2050 dianggarkan sebanyak 50 peratus kes keretakan tulang pinggul akan berlaku di seluruh Asia.

Ini bermakna Malaysia berdepan dilema dengan peningkatan jumlah warga emas yang dijangka mencecah hampir 4 juta orang dalam tempoh sedekad lagi dengan sebahagian besar mereka menghidap penyakit tulang.

Apatah lagi kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of Otago, New Zealand, mendapati wanita di Malaysia mengambil kurang 50 peratus daripada amaun diet kalsium yang diperlukan.

Sedangkan, ketumpatan tulang akan menyusut apabila usia mencecah 30-an. Oleh itu, pengambilan diet seimbang dan amalan gaya hidup yang sihat adalah penting untuk mencegah penyakit berbahaya terutama osteoporosis yang mampu melumpuhkan pesakit hingga ke akhir hayat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, osteoporosis menyerang 'mangsanya' secara senyap bukan sahaja di negara Barat malah merupakan masalah kesihatan yang besar di Asia.Terkini, penghidap osteoporosis di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun mencecah seramai 80 juta orang.

"Bagaimanapun, peningkatan paling ketara dijangka berlaku di negara-negara Asia termasuk Malaysia.

"Kes keretakan tulang akibat osteoporosis melibatkan sekurang-kurangnya 90 orang dalam 100,000 rakyat dan dijangka meningkat di negara jiran lain ," katanya pada perasmian kempen Listen To Your Bones di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, baru-baru ini.

Atas sebab itu, menurut Tiong Lai, pihaknya bersama Akademi Perubatan Malaysia berjaya membangunkan Clinical Practice Guideline (CPG) atau Garis Panduan Amalan Klinikal pada tahun 2002 untuk membantu diagnosis, pencegahan dan rawatan osteoporosis.

Standard terbaik untuk mendiagnosis osteoporosis, jelasnya, adalah dengan mengikut tahap ketumpatan mineral tulang (BMD) menggunakan pengimbas penyerapan sinar X dwi-tenaga (DEXA).

"Ukuran BMD dilakukan untuk individu yang menghadapi risiko seperti wanita selepas menopaus, mengalami keretakan atau trauma tulang pinggul, tulang belakang atau pergelangan tangan juga BMI rendah," kata beliau.

Tambahnya, pada masa ini Kementerian Kesihatan mempunyai 14 unit mesin pengimbas DEXA yang ditempatkan di hospital utama seluruh negara.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mohd. Nasir Mohd. Ashraf.

Kempen anjuran Fonterra Brands (M) Sdn. Bhd., dengan sokongan Kementerian Kesihatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai pentingnya menjaga kesihatan tulang bagi mencegah osteoporosis.

Kempen Listen To your Bones selama tiga hari yang dilancarkan 8 Mei lalu di Sunway Pyramid itu juga menawarkan pemeriksaan tulang percuma bagi mencapai sasaran sejuta ujian baru di seluruh negara.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan khidmat perundingan kesihatan tulang, demonstrasi senaman menguatkan tulang dan sampel percuma produk Anlene seperti Anlene Concentrate, susu tepung Anlene dan yogurt.

Sementara itu, Pengurus Besar Fonterra Brands, John McKay menjelaskan, kebanyakan lelaki mahupun wanita beranggapan bahawa tulang mereka kuat kerana sering bersenam dan aktif melakukan aktiviti luar.

Malah persepsi umum terhadap osteoporosis adalah ia merupakan penyakit orang tua lebih-lebih lagi epidemik itu tidak menunjukkan sebarang simptom awal, sebaliknya hanya dapat dikesan apabila penghidapnya mengalami keretakan tulang.

"Anlene memperkenalkan kandungan nano-kalsium (kalsium mikroskopik) yang 100 kali ganda lebih kecil berbanding kalsium biasa untuk membantu penyerapan secara efektif ke dalam tulang.

"Dua gelas Anlene setiap hari dapat membekalkan nutrien penting untuk membantu membina tulang lebih kuat dari dalam agar anda dapat meneruskan gaya hidup aktif," ujar beliau.

Kaedah pencegahan osteoporosis melibatkan beberapa aspek termasuk pengambilan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, senaman, gaya hidup dan pemeriksaan awal juga mengekalkan berat badan ideal.

Posted in Labels: | 0 comments

Perempuan Melayu

perempuan melayu itu
islam senonimnya
pabila berpakaian
menutup padan
nampak mata
berkelubung jemala

perempuan melayu itu
timur ukurannya
pabila berjalan
penuh sopan
lemah gemalai
lenggang diayun
luhur budi
halus bahasa
rendah suara
pabila berbicara

perempuan melayu itu
beradat berbangsa
pabila duduk
bersimpuh kaki
depan tetamu
tunduk kepala
puji-pujian belakang teman

perempuan melayu itu
ayunya bukan parasrupa
jelitanya dek melayunya itu!

hasil nukilan

HJ MAT YUSOF MAT YATIM

Posted in Labels: | 0 comments

Guru: Ikhlas @ Pilihan Terakhir . . . Ibnu Mohyeddin Generasi Pewaris Khalifah

Assalamualaikum ... Salam perjuangan buat semua Hari ini aku diberitahu, permohonan untuk menjadi guru saban tahun semakin ramai dan seolah-olah jawatan sebagai guru ini dilihat sebagai satu pilihan yang cukup popular pada masa kini dan aku juga diberitahu mengenai yang memohon untuk menjadi guru mencecah ke angka 4000 orang sedangkan tempat yang ditawarkan contohnya diuniversiti malaya hanyalah 60 orang sahaja dan di UPSI 400 tempat sahaja. Itu tidak termasuk dengan permohonan oleh lepasan ijazah bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - BPG/Kementerian Pelajaran Malaysia. Jumlahnya amat memeranjatkan hampir 68,ooo calon yang memohon program KPLI Nak kata pelik memang pelik sebabnya sebelum ini, kerjaya yang mulia ini seolah-olah dipandang remeh dan tiada memberikan apa apa impak yang besar kepada pembangunan modal insan tapi kini ianya telah berubah mengikut citarasa rakyat Malaysia pada masa kini. Disamping itu ada juga yang menjadikan guru sebagai salah satu daripada pilihan yang terakhir sekali untuk menempatkan diri dalam lapangan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Bahkan kalau ditanyakan persoalan kenapa memilih guru sebagai kerjaya, ada yang mengatakan ada pihak yang memaksa untuk menjadi guru contohnya suami, ibu dan ayah, teman rapat malahan ada juga yang menjawab atas permintaan buah hati. Tak kurang dari itu ada juga yang mengatakan terpaksa memohon untuk menjadi guru dek desakan daripada pasaran kerja yang terhad sedangkan sektor pekerjaan di Malaysia cukup luas dan pelbagai dan kelayakan yang dimiliki tidak mencukupi untuk memenuhi syarat untuk ke jawatan lain.

Jika keadaan sedemikian berlaku, bagaimana pula dengan perlaksanaannya. Jika seseorang itu ingin memohon untuk menjadi guru hanya dengan disebabkan oleh desakan keluarga dan juga pihak tertentu dan bukan dengan keikhlasan hati, saya merasakan seseorang itu akan gagal untuk menjadi pendidik yang berjaya dan akan menggagalkan pencapaian anak bangsanya dek kerana niat yang tidak ikhlas dalam melaksana tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.

Oleh yang demikian, muhasabah diri bagi yang memohon untuk menjadi guru dan bakal bergelar guru, nilai semula niat kita untuk menjadi guru. Layakkah aku bergelar seorang guru andai niat dihati bukan untuk menjadi guru??? Fikir-fikirkan bersama ..adios

Posted in Labels: | 0 comments

Kisah Ustaz Farhan Al Hafiz

Nama saya Farhan bin Abdullah. Nama asal saya semasa beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Imam Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
-
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis.....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan..

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

Posted in Labels: | 0 comments

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih atas kesudian anda untuk melayari laman ini.
Segala cadangan, idea untuk menambahbaik laman ini amat dialu-alukan.

Posted in | 0 comments