Guru: Ikhlas @ Pilihan Terakhir . . . Ibnu Mohyeddin Generasi Pewaris Khalifah
Posted On Sunday, May 24, 2009 at at 4:16 PM by maoriAssalamualaikum ... Salam perjuangan buat semua Hari ini aku diberitahu, permohonan untuk menjadi guru saban tahun semakin ramai dan seolah-olah jawatan sebagai guru ini dilihat sebagai satu pilihan yang cukup popular pada masa kini dan aku juga diberitahu mengenai yang memohon untuk menjadi guru mencecah ke angka 4000 orang sedangkan tempat yang ditawarkan contohnya diuniversiti malaya hanyalah 60 orang sahaja dan di UPSI 400 tempat sahaja. Itu tidak termasuk dengan permohonan oleh lepasan ijazah bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - BPG/Kementerian Pelajaran Malaysia. Jumlahnya amat memeranjatkan hampir 68,ooo calon yang memohon program KPLI Nak kata pelik memang pelik sebabnya sebelum ini, kerjaya yang mulia ini seolah-olah dipandang remeh dan tiada memberikan apa apa impak yang besar kepada pembangunan modal insan tapi kini ianya telah berubah mengikut citarasa rakyat Malaysia pada masa kini. Disamping itu ada juga yang menjadikan guru sebagai salah satu daripada pilihan yang terakhir sekali untuk menempatkan diri dalam lapangan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Bahkan kalau ditanyakan persoalan kenapa memilih guru sebagai kerjaya, ada yang mengatakan ada pihak yang memaksa untuk menjadi guru contohnya suami, ibu dan ayah, teman rapat malahan ada juga yang menjawab atas permintaan buah hati. Tak kurang dari itu ada juga yang mengatakan terpaksa memohon untuk menjadi guru dek desakan daripada pasaran kerja yang terhad sedangkan sektor pekerjaan di Malaysia cukup luas dan pelbagai dan kelayakan yang dimiliki tidak mencukupi untuk memenuhi syarat untuk ke jawatan lain.
Jika keadaan sedemikian berlaku, bagaimana pula dengan perlaksanaannya. Jika seseorang itu ingin memohon untuk menjadi guru hanya dengan disebabkan oleh desakan keluarga dan juga pihak tertentu dan bukan dengan keikhlasan hati, saya merasakan seseorang itu akan gagal untuk menjadi pendidik yang berjaya dan akan menggagalkan pencapaian anak bangsanya dek kerana niat yang tidak ikhlas dalam melaksana tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
Oleh yang demikian, muhasabah diri bagi yang memohon untuk menjadi guru dan bakal bergelar guru, nilai semula niat kita untuk menjadi guru. Layakkah aku bergelar seorang guru andai niat dihati bukan untuk menjadi guru??? Fikir-fikirkan bersama ..adios