SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Program Ikhtiar Hidup PPISMP ambilan Julai 2009 (Semester 3)










Pada 17 Oktober 2009 (sabtu), Jabatan PJK telah mengadakan program ikhtiar hidup bagi 99 orang pelajar sem 3 PPISMP bagi memenuhi keperluan sukatan dan program pengayaan. Program ini telah dilaksanakan di Kesang Pajak, Jasin, Melaka. Pelajar telah didedahkan tentang cara memasak nasi menggunakan buluh dan menyediakan ayam panggang. Kebanyakan kumpulan berjaya menyediakan menu ayam panggang, sekalung tahniah kepada 3 kumpulan yang telah berjaya memasak nasi menggunakan 2 jenis buluh bersaiz besar dan kecil. Keadaan persekitaran yang kondusif telah berjaya memberikan pengalaman baru dan dapat diaplikasikan oleh pelajar. Terima kasih kepada pensyarah yang hadir iaitu En. Rosli Harun, Tn. Hj. Mad Isa Mamat, Tn. Hj. Abdul Razak Suderlan, En. Dzulkifli Abdul Samad, En. Abu Bakar Miskon dan Penyelaras Matapelajaran Rekreasi, Tn. Hj. Zulhisham Mohd. Ali & keluarga. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Posted in Labels: |

0 comments: