SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Ujian Amali PPISMP ambilan Julai 2009 (semester 1)







Ujian Amali PPISMP ambilan Julai 2009 (semester 1) telah dilaksanakan pada 13-15 Oktober 2009 (Selasa-Khamis). Pada 13.10.2009 pelajar telah menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (2.4 km) di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, manakala 6 ujian kecergasan yang lain telah dijalankan di persekitaran Stadium Tun Fatimah, ini kerana cuaca pada hari ini hujan lebat mengakibatkan ujian kecergasan fizikal dijalankan lebih awal berbanding ujian 2.4 km. Pada 14-15 Oktober 2009 pelajar telah menjalani Ujian Amali Gimnastraeda di Bilik Seri Puteri. Ketua Penilai Luar selaku wakil Unit Penilaian BPG iaitu Cik Shariena binti Jaafar dari IPGM Kampus Temenggung Ibrahim telah memantau perjalanan Ujian Amali yang telah dilaksanakan. Kepada semua pelajar tahniah kerana telah berjaya melaksanakan ujian amali dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang kecederaan yang serius.

Posted in Labels: |

0 comments: