SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Istiqamah

ANTARA sifat terpuji yang menjadi perhiasan wajib orang Mukmin yang bertakwa kepada Allah ialah beristiqamah dalam beramal soleh. Sehubungan itu, Allah Taala berfirman dalam surah Hud, ayat 112 yang bermaksud: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”

Jelas daripada maksud ayat al-Quran itu, istiqamah membawa maksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendiriannya yang asal, tidak berganjak dan juga tidak mundur ke belakang biar selangkah jua. Biar apa pun yang terjadi dan apa yang bakal dihadapinya, pendiriannya yang asal tetap dipertahankan walaupun nyawa dan jasadnya akan menjadi bahan pertaruhan. Yang penting baginya, pendiriannya untuk menjayakan cita-citanya yang suci akan tercapai dan berjaya juga akhirnya.

Perlu diinsafi bahawa beristiqamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa pun jua biarpun lidah yang tidak bertulang ini begitu petah melafazkannya ke seantero dunia. Ini kerana istiqamah sebenarnya sedikit sebanyak menuntut pengorbanan yang penuh tulus daripada seseorang Muslim dan kadangkala jasadnya, hartanya dan nyawanya sekali akan menjadi pertaruhan demi menjayakan cita-cita Islam. Situasi seumpama inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi Rasulullah SAW iaitu para sahabat yang tetap teguh dalam perjuangan mereka menegakkan Islam ketika itu.

Selain daripada beristiqamah mempertahankan kebenaran dan kepercayaan yang bertakhta di jiwa sanubarinya, seorang Muslim juga dituntut supaya beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan juga menjauhi segala larangan-Nya. Beristiqamah dalam mengerjakan amalan soleh yang dianjurkan Islam adalah amalan amat afdal dan disukai di sisi Allah Taala. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)

Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitab Hidayah al-Mursyidin pula menegaskan bahawa istiqamah itu ialah satu keadaan konsisten atau beriltizam dalam menuruti sunnah yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah, berakhlak dengan akhlak yang diredai Allah Taala dan sikapnya serta tindakannya jauh daripada pengaruh hawa nafsu. Sebab itulah orang yang dikuasai oleh hawa nafsu, mata hatinya akan menjadi buta. Akibatnya, dia tidak dapat membezakan antara yang sunnah dengan yang bidaah dan yang baik dengan yang buruk. Bahkan yang sering terjadi adalah sebaliknya, perkara bidaah dianggap sunnah, sunnah pula dikira sebagai bidaah, yang salah dikatakan benar dan yang benar dikira salah pula.

Yang paling menggerunkan lagi, apabila seseorang manusia kalah dalam perjuangan memerangi hawa nafsu, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana hawa nafsu mampu mengubah ibadat seseorang hamba itu kepada Allah Taala yang Maha Esa kepada ibadah hawa nafsu sentiasa cenderung mengarahkan manusia ke arah kesesatan dan kebatilan.

Justeru, seorang Muslim bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya ialah seorang Muslim yang sentiasa menjunjung segala titah dan perintah Allah pada sepanjang masa dan ketika tanpa memilih untuk beramal pada bulan atau hari tertentu. Padanya, setiap detik, masa dan hari berlalu amat berharga baginya untuk memperbanyakkan amalan soleh sebagai bekalan dan persediaan sebelum menghadap Allah pada hari akhirat kelak.

Seorang Muslim yang beristiqamah akan merebut setiap peluang dan kesempatan mendatang tanpa berlengah-lengah kerana ingatannya sentiasa segar dengan hadis Rasulullah bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa hidup kamu sebelum datangnya masa mati kamu; masa sihat kamu sebelum datangnya masa sakit kamu; masa lapang kamu sebelum datangnya masa sibuk kamu; masa muda kamu sebelum datangnya masa tua kamu dan masa kaya kamu sebelum datangnya masa miskin kamu. (Hadis riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi).

Sehubungan itu, seorang Muslim yang bertakwa sentiasa prihatin dan peka dalam segala pelaksanaan amalan soleh demi meraih ganjaran disediakan oleh Allah Taala, lebih-lebih lagi ganjaran berlipat ganda pada bulan tertentu seperti bulan Muharam, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Pada bulan berkenaan, seorang Muslim yang beristiqamah akan melipatgandakan amalannya berbanding pada hari-hari biasa dan berusaha untuk meraih kelebihan, keistimewaan dan ganjaran yang terhampar sepanjang bulan berkenaan.

Amat malang juga ada sebahagian umat Islam yang hanya beramal pada bulan yang istimewa saja dan tidak meneruskan pula amalan soleh itu pada bulan yang lain.
Apabila tiba Ramadan, dia akan berpuasa dan melakukan amalan yang dianjurkan sepanjang bulan berkenaan dengan penuh tekun, tetapi setelah berlalunya Ramadan, dia seolah-olah ‘merdeka’ daripada segala amalan soleh. Ini menunjukkan betapa iman dan amalnya adalah bermusim seperti musim buah-buahan pada bulan tertentu. Amalan seumpama ini tidak disukai oleh Allah dan juga bukan sifat seorang Muslim bertakwa dan beristiqamah.

Rasulullah adalah qudwah terbaik sebagai seorang hamba Allah yang bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya. Rasulullah sentiasa beramal soleh sepanjang masa dan ketika, hatinya tidak putus-putus mengingati Allah, lidahnya sentiasa basah dengan zikir kepada Allah dan segala tindak tanduk serta pergerakannya sentiasa memantulkan nilai kebajikan dan kebaikan. Begitu juga generasi para sahabat berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah muncul sebagai generasi terbaik dan contoh dalam segala lapangan hidup.

Pendek kata, sifat istiqamah adalah sifat terpuji di sisi Allah Taala sehingga ia mengangkat darjat ketakwaan seseorang Muslim dan martabat umat Islam sebagai generasi terbaik dan contoh kepada umat lain. Oleh itu, amatlah wajar sifat istiqamah menjadi suatu perhiasan wajib bagi setiap Muslim supaya dia beroleh kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Sumber : www.bharian.com.my

Posted in Labels: | 0 comments

Hikmah Kematian (2)

3. KEMATIAN mengingatkan bahwa KITA TAK MEMILIKI APA-APA

Bila kehidupan adalah panggung sandiwara…

Di atas pentas dunia kita hanyalah hamba.

Sehingga ‘kekayaan’ dan ‘kekuasaan’ yang ada adalah fatamorgana…

Yang akan ‘hilang’ bila habis perannya..

Pemilik sebenarnya hanyalah Allah Sang Pencipta dan Penguasa.

Ketika peran usai, kepemilikan pun kembali kepada-Nya.

Harta yang dimiliki hanyalah kain kafan putih yang ada.

Sahabat yang setia hanyalah amal sholeh yang membela.

4. KEMATIAN mengingatkan bahwa HIDUP ADALAH SEMENTARA

Bila kejayaan dan kesuksesan di dunia…

Manusia bahagia dan menyangka bahwa hidup akan selamanya.

Sehingga dia akan terlena..

Bahwa Allah menciptakan dunia ini hanyalah sementara.

Demikian pula bila musibah dan bencana yang melanda di dunia..

Manusia sedih dan nestapa meratapi apa yang ada…

Seperti tidak ada nikmat lain yang ada selamanya.

Sehingga dia menjadi lupa …

Bahwa dunia ini hanyalah sementara.

Kita akan menikmati hidup dengan bersabar dan bersyukur..

Bila kita ingat akan datangnya kematian..

Dimana dia bukan merupakan akhir kehidupan…

Tetapi dia adalah awal dari kebidupan yang kekal…

5. KEMATIAN mengingatkan bahwa HIDUP BEGITU BERHARGA

Bila hidup adalah sementara…

Dan kematian bukan merupakan akhir kehidupan…

Tetapi merupakan awal dari kebidupan yang kekal…

Maka hidup di dunia sangatlah berharga…

Manusia seharusnya memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Karena Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman.

Seorang petani yang cerdas akan memanfaatkan ladang itu…

Dengan menanam tumbuhan yang berharga…

Dia akan menanam dengan sungguh-sungguh…

Dan dia khawatir, bila ladang harus dikembalikan…

Ternyata tanaman tak berbuah dengan hasil yang sedikt dan tak sempurna.

Dan dia akan bahagia, bila mempunyai buah yang banyak dan sempurna..

Untuk bekal kehidupan selanjutnya.

Orang biasa mengatakan:

“Carilah kesuksesanmu di dunia tapi jangan lupa akhiratmu..”

Tetapi Allah sebaliknya berfirman:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu untuk (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan nasibmu dari (kenikmatan) dunia…” (QS Al-Qashash:77)

Orang yang mencintai sesuatu...

takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu.

Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat.

Dengan memaknai kematian, berarti kita sedang menghargai arti kehidupan.

Sumber : www.kata2hikmah0fa.wordpress.com


Posted in Labels: | 0 comments

Hikmah Kematian (1)

Kematian itu PASTI datangnya...

Tapi tidak TERDUGA datangnya...

Sehingga orang yang BIJAKSANA akan selalu SIAP menghadapinya.

Rasulullah Shalallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:

“PerBANYAKlah mengINGAT sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu KEMATIAN!” (HR. Tirmidzi)

Berbahagialah hamba-hamba Allah yang senantiasa bercermin dari kematian.

Kematian adalah guru terbaik...

Kematian memberikan banyak pelajaran...

Kematian akan membingkai makna hidup...

Bahkan kematian akan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang...

Beberapa hikmah kematian adalah:

1. KEMATIAN mengingatkan bahwa WAKTU SANGAT BERHARGA

Tak seorang pun tahu…

Berapa lama lagi jatah waktu pentasnya di dunia akan berakhir.

Ketika Sang Sutradara telah memutuskan ‘cukup’

Walau dengan berat hati dan terpaksa…

Permainan di dunia akan segera ditinggalkannya.

Ketika seorang manusia telah melalaikan waktunya…

Pada hakikatnya ia sedang menghancurkan kehidupannya…

Pada hakekatnya ia sedang menyiapkan kebinasaannya…

Karena tak ada satu detik pun waktu terlewat…

Melainkan ajal kian mendekati.

Allah Subhanahu wa Ta’alaa mengingatkan :

“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (QS Al-Anbiya : 1)

“Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang zalim: ‘Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul….” (QSIbrahim:44)

2. KEMATIAN mengingatkan bahwa KITA BUKAN SIAPA-SIAPA

Kehidupan dunia adalah pentas sandiwara…

Dan kematian seseorang adalah akhir peran yang dimainkannya.

Apa pun dan siapa pun peran yang telah dimainkan..

Walaupun peran yang dimainkan adalah seorang pejabat…

Atau seorang yang kaya raya…

Atau sang raja diraja sekalipun…

Ketika Sang Sutradara mengatakan ‘cukup’ !

Maka semua akan kembali kepada-Nya…

Mempertanggungjawabkan setiap peran yang dimainkannya.

Dan kita baru sadar…bahwa kita bukan siapa-siapa…


Sumber : www.kata2hikmahOfa.wordpress.com


Posted in Labels: | 0 comments

Valentine’s Day- Apa pandangan Islam ? (2)

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:


· Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;

· Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan

· Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya: “Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya “Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

‘Hari Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’ ’ (Surah Al-Baqarah: 120-121). Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari). Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.

Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13). Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Posted in Labels: | 0 comments

Valentine’s Day- Apa pandangan Islam ? (1)

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat. Untuk kali ini saya cuba dan akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak daripada beberapa sumber.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Posted in Labels: | 0 comments

Detik-detik Menjelang Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Dua bulan setelah menunaikan ibadah haji wada’ (haji perpisahan), Nabi Muhammad SAW terkena sakit demam panas dibarengi pusing. Para isteri beliau sudah berkumpul. Tidak seorang pun dari mereka yang berani meninggalkan beliau dalam keadaan sakit parah. Tidak lama kemudian, datanglah putri kesayangan beliau, yaitu Fatimah. Beliau menyambut kedatangan Fatimah dengan wajah ceria. Fatimah kemudian diminta duduk di sebelah kanan beliau.

Nabi Muhammad SAW membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah hingga membuat Fatimah menangis tersedu-sedu. Beberapa saat kemudian, beliau membisikkan sesuatu dan Fatimah pun seketika tersenyum gembira. Tak ada seseorang yang mengetahui apa isi bisikan beliau, termasuk isteri-isterinya. Siti Aisyah, isteri Nabi Muhammad SAW yang paling muda usianya, terdorong rasa ingin tahu. Siti Aisyah memberanikan diri menanyakannya kepada Fatimah. Fatimah menjawab bahwa itu rahsia antara dirinya dengan sang Ayah.

Beberapa hari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Fatimah baru membocorkannya kepada Siti Aisyah. Bisikan beliau yang membuat Fatimah menangis adalah kabar dari Malaikat Jibril mengenai segera dicabutnya nyawa Nabi Muhammad SAW. Ketika itu beliau berpesan kepada Fatimah agar tetap bertakwa kepada Allah SWT dan bersikap sabar menerima kenyataan pahit tersebut. Bisikan Nabi Muhammad SAW yang kedua berisi bahwa Fatimah telah menjadi wanita beriman yang terkemuka di dunia. Selain itu, Fatimah akan menjadi orang pertama dari keluarga Nabi Muhammad SAW yang akan menyusul beliau ke alam barzakh. Fatimah pun tersenyum.

Senyum Terakhir Nabi Muhammad SAW

Demam panas yang menyerang tubuh Nabi Muhammad SAW semakin hari semakin tinggi. Beliau tidak dapat lagi meninggalkan tempat tidurnya. Beliau meminta persetujuan seluruh isterinya untuk pindah dan dirawat di rumah Siti Aisyah. Para isteri menyetujui. Sahabat Abbas bin Abdul Muthalib dan Ali bin Abi Thalib, menantunya, lalu memapah beliau yang berjalan tertatih-tatih menuju kediaman Siti Aisyah. Rupanya demam panas beliau bertambah tinggi hingga beliau minta disiram dengan air. Permintaan beliau dituruti.

Semula Nabi Muhammad SAW masih mampu memimpin solat fardhu berjamaah di Masjid Nabawi. Solat Zohor berjamaah bersama para sahabat adalah solat yang terakhir kali diimami oleh beliau. Namun, sejak itu terhitung sudah tiga hari beliau tidak sanggup mengimami solat. Hal ini dikarenakan keadaan kesihatan beliau yang kian uzur. Bila beliau mendengar suara sahabat Bilal bin Raba’ mengumandangkan azan solat, beliau segera menunjuk sahabat Abu Bakar Siddiq sebagai imam solat. Tempat kediaman Siti Aisyah memang sangat berdekatan dengan Masjid Nabawi.

Pada saat kaum muslimin sudah siap berdiri untuk melaksanakan solat berjamaah di masjid, secara mendadak Nabi Muhammad SAW menyingkapkan kain penyekat kamarnya. Beliau melihat para jamaah sambil tersenyum senang sambil melambaikan tangan. Melihat keadaan beliau yang demikian, para sahabat sangat gembira. Mereka menyangka beliau telah sembuh dari sakitnya. Sementara Abu Bakar Siddiq yang akan mengimami solat menyangka beliau hendak keluar kamar dan memimpin solat. Tetapi beliau segera memberi isyarat supaya para jamaah memulai solatnya. Kain penyekat ditutup kembali. Para sahabat meneruskan solatnya.

Pidato Abu Bakar Siddiq

Tanda-tanda kedatangan Malaikat Izrail, malaikat pencabut nyawa, semakin dekat. Nabi Muhammad SAW berada di atas pangkuan Siti Aisyah. Beliau memiringkan kepalanya ke arah kepala Siti Aisyah. Siti Aisyah mengira beliau menghendaki sesuatu dari kepalanya. Tetapi, secara tiba-tiba dari mulut beliau keluar setetes cairan dingin. Siti Aisyah merasa sangat gementar, menduga beliau pingsan. Siti Aisyah kemudian menyelimuti Nabi Muhammad SAW dengan pakaian beliau.

Pada saat itu Umar bin Khattab dan Mughirah bin Syu’bah datang berniat menjenguk Nabi Muhammad SAW. Keduanya meminta izin kepada Siti Aisyah untuk mendekatinya. Setelah diperiksa, Umar bin Khattab menyangka beliau pengsan. Sementara Mughirah bin Syu’bah mengatakan beliau telah wafat. Ternyata dengan suara yang keras dan penuh emosi, Umar bin Khattab membantahnya. Umar bin Khattab tidak percaya beliau telah tiada. Umar bin Khattab bahkan menuduh Mughirah bin Syu’bah telah berbohong kepada dirinya.

Tidak lama kemudian Abu Bakar Siddiq datang. Abu Bakar langsung melihat keadaan beliau. Setelah memeriksa beliau, Abu Bakar lalu mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Ertinya, sesungguhnya segala sesuatu milik Allah SWT dan sesungguhnya kepada-Nya semua akan kembali. Abu Bakar mencium kepala, dahi dan kedua pipi beliau. Menurut Abu Bakar, alangkah harumnya sekujur tubuh beliau, baik sewaktu hidup maupun setelah mangkat. Orang-orang yang hadir spontan menangis. Semuanya benar-benar bersedih. Tulang dan persendiannya seakan copot. Lidah mereka kelu. Mulut mereka seperti terkunci rapat, tak dapat berkata apapun.

Dalam keadaan yang pantas, para sahabat dan kaum muslimin telah berkumpul di dekat rumah Nabi Muhammad SAW. Mereka beramai-ramai menitikkan air mata. Tak ada yang bisa mempercayai bahwa manusia agung sekaligus pemimpin kesayangan mereka telah dipanggil oleh Allah SWT. Seluruh penghuni alam pun turut berduka. Awan hitam menutupi Kota Madinah. Untuk menenangkan hati dan menjaga keimanan mereka, Abu Bakar Siddiq segera berbicara dihadapan mereka: “Barang siapa yang menyembah Allah SWT, maka Allah SWT Maha Hidup dan tidak akan mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Muhammad Rasulullah, maka Muhammad Rasulullah sekarang telah meninggal dunia.”

Doa Ma Halaka

Nabi Muhammad SAW menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Isnin, tanggal 12 Rabiul Awal 11 Hijrah dalam usia 63 tahun. Jenazah beliau dimandikan dalam keadaan berpakaian. Ali bin Abi Thalib yang memimpin pelaksanaan prosesi pemandiannya. Di antara sahabat yang membantu membolak-balikkan tubuh jenazah adalah Abbas bin Abdul Muthalib, Fadhl bin Abbas dan Qatsam bin Abbas. Usamah bin Zaid dan Shalih yang menuangkan air ke tubuh jenazah. Ali bin Abi Thalib sendiri yang membersihkan tubuh jenazah dari bekas keringat. Ali tidak menemukan satu kotoran pun pada tubuh beliau. Malah, menurut Ali, jenazahnya mengeluarkan bau harum.

Selesai dimandikan, jenazah suci Nabi Muhammad SAW dikafani dengan tiga pakaian beliau sendiri; yang dua berwarna putih dan yang satu berwarna kekuning-kuningan. Tidak ada baju lengan panjang dan serban di dalamnya. Jenazah beliau selanjutnya diletakkan di atas ranjang di pinggir bakal kuburan. Kemudian masuklah orang-orang secara berkelompok. Mereka mensolatinya berkelompok dan bergantian. Orang yang pertama solat adalah Abbas bin Abdul Muthalib, kemudian Bani Hasyim, Muhajirin, Anshar, dan seluruh manusia yang hadir. Berikutnya giliran anak-anak dan para wanita yang diberi kesempatan masuk untuk melihatnya.

Sahabat Abu Thalhah lantas mencangkul tanah untuk lubang kuburan Nabi Muhammad SAW di tempat tidur bekas beliau. Jenazah beliau dimakamkan di dalam rumah Siti Aisyah, isteri beliau. Beliau pernah mengatakan bahwa dahulu para nabi dikubur di tempat mereka wafat. Selama menggali, Abu Thalhah mengucapkan doa ma halaka. Artinya Nabi Muhammad SAW sebenarnya tidak rusak dan tidak meninggal sama sekali, kecuali dikubur dan dicabut ruhnya.

Abu Thalhah sudah rampung membuat tempat peletakan jenazah. Nabi Muhammad SAW secara perlahan diturunkan ke liang lahat. Abbas bin Abdul Muthalib, Fadhl bin Abbas, Qatsam bin Abbas, Ali bin Abi Thalib, dan Syaqran yang turun ke liang lahat. Mereka mengurus dan mengatur posisi jenazah. Sesudah wajah dan tubuh jenazah dihadapkan ke arah kiblat, jenazah dipendam dan lubang kubur ditutup. Di atas kuburnya dibangun sebuah bata. Para sahabat kemudian menaburkan debu dan meratakan kuburan (makam) Nabi Muhammad SAW, lalu menyiramkan air di atasnya.

Sumber : www.komunitasamam.wordpress.com

Posted in Labels: | 0 comments

Jawatan Kosong . . .

Sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w marilah kita muhasabah diri kita, sejauh mana peranan kita terhadap amalan solat kita.

Posted in Labels: | 0 comments

Erti Zikir & Kaitannya (9) Proses Zikir

Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa,mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji.

Hadis menyebut 53 kebaikan (hasanah) zikir.

Namun apakah sebutan zikir yang paling mulia?

Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nabi s.a.w menyebut kalimat ‘Lailahaillah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Allah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis / Sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak sebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali r.a, maka bermulalah segala amalan Sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali r.a sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad s.a.w. Kalimah ‘Lailahaillah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT. Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasauf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.

Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300

Posted in Labels: | 0 comments

LTDL Peringkat 9 Melaka - Nilai





Pada 31 Januari 2011 (Isnin) menyertai "flag off" Perlumbaan LTDL peringkat ke 9 di Jalan Hang Tuah Mall. Berbagai ragam penonton di Melaka. Jalan Hang Tuah Mall menjadi tumpuan rakyat Melaka. Rasa seronok dapat ikut serta dalam program Kelab Basikal Tua Batu Berendam dalam program pelancongan. Hampir 30 pemilik basikal tua Melaka berkumpul dan menyertai program ini. Walaupun hujan turun sejak awal pagi tetapi gembira bersama pemilik2 KBTBB. Terima kasih .

Posted in Labels: | 0 comments