SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Erti Zikir & Kaitannya (9) Proses Zikir

Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa,mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji.

Hadis menyebut 53 kebaikan (hasanah) zikir.

Namun apakah sebutan zikir yang paling mulia?

Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nabi s.a.w menyebut kalimat ‘Lailahaillah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Allah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis / Sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak sebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali r.a, maka bermulalah segala amalan Sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali r.a sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad s.a.w. Kalimah ‘Lailahaillah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT. Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasauf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.

Sumber : Kuliah Ustaz Hj. Ali Hj. Mohamad pd 29 Ogos 2001, jam 2300

Posted in Labels: |

0 comments: