SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

IPGM KPM dibuka semula.

Selepas semua pelajar diarahkan pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang tarikh kuarantin di rumah selama 7 hari (23 - 29 Julai 2009 / Khamis - Rabu) maka IPGM KPM akan dibuka semula pada 30 Julai 2009 (Khamis) untuk meneruskan aktiviti akademik dan kuliah serta latihan perguruan negara. Semua yang terjadi adalah kesan dari gejala H1N1 yang semakin menular di peringkat negara dan antarabangsa. Dari hari ke hari semakin banyak premis pendidikan ditutup hasil dari gejala H1N1 ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin seharusnya membantu langkah-langkah yang diarahkan dan diwarwarkan oleh pihak berkuasa. Pencegahan dari jangkitan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Panduan dari Kementerian Kesihatan haruslah diambil berat dan dipatuhi sepenuhnya terutama dari segi disiplin dalam mengawal jangkitan tersebut. Sama-samalah kita menjalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Posted in Labels: | 0 comments

Bulan Syaaban (gergento)

Diam-diam Sya'ban kembali lagi. Terlalu banyak kelebihan di bulan Sya'ban. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis)

Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis)

Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

Barang siapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan pada bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

Posted in Labels: | 0 comments

Faktor-faktor membawa kepada sifat sabar (Usrah Hati@Ikim.FM).

1.Memahami realiti hidup ini adalah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.


2. Meyakini bahawa dunia ini semuanya adalah milik Allah dan Allah berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki atau menarik daripada sesiapa yang dikehendaki. Firman Allah s.w.t;


ومابكم من نعمة فمن الله

Maksudnya; Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan . al-Nahl:53.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya; Sesungguhnya Kita milik Allah dan Kita akan kembali kepadaNya. Al-Baqarah:156


3. Yakin bahawa disebalik kesusahan ada kesenangan dan kebahagiaan.

فإن مع العسر يسراً إن مع العسر يسراً

Maksudnya; Sesungguhnya pada kepayahan ada kesenangan dan Ingatlah pada kesusahan ada kesenangan.al-Sarh:5-6.


4. Memahami dan merasai bahawa balasan pahala yang besar kepada orang yang sabar. Firman Allah s.w.t;

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya Sesungguhnya orang-orang yang sabar disempurnakan balasan mereka tanpa dihitung. al-Zumar:10


5. Berdoa dan memohon pertolongan dari Allah swt agar sentiasa diberi kesabaran. Firman Allah swt;

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya; Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan sembahyang kerana sembahyang itu berat kecuali bagi orang yang khusyu'. Al-Baqarah:45.


6. Beriman dengan qada' dan qadar Allah swt. Firman Allah swt;

ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها

Maksudnya; Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.al-Hadid:22.



Manusia dan Kesabaran.

Kesabaran dan ketaqwaan merupakan dua sifat hati yang penting untuk menjadi manusia yang baik. Sifat yang boleh membawa kepada kebahagian yang hakiki. Melihat kepada sifat sabar dan taqwa, manusia terbahagi kepada empat jenis;


1. Orang yang bersabar dab bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah orang-orang yang berbahagia di dunia dan akhirat, memperolehi kebahagian yang hakiki. Bersabar dalam melaksanakan perintah Allah dan bersabar atas meninggalkan larangan Allah.


2. Orang yang bertaqwa dengan banyak melakukan amal ibadah dan ketaatan tetapi tidak mempunyai kesabaran atas kesusahan dan kepayahan. Mereka bersabar dalam melakukan ketaatan tetapi tidak mampu bersabar atas musibah yang berlaku.


3. Orang yang bersabar tetapi tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah yang berlaku kepada orang-orang jahat, pemaksiat, penjenayah, mereka bersabar atas kesusahan yang dihadapi dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.


4. Orang yang tidak sabar dan tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah seburuk-buruk manuisa, tidak mahu melakukan ketaatan dan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan. Firman Allah swt;


إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23) وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25) وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (26) وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (27) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (28) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (29) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (30)

19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,

21. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

22. Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat,

23. Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,

24. Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu,

25. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta),

26. Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan,

27. Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.

28. Karena Sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).

29. Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya,

30. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada tercela.

Posted in Labels: | 0 comments

Gotong Royong dan Kebersihan IPGM KPM








Pada 27 Julai 2009 (Isnin), program gotong royong dan kebersihan telah dilaksanakan di IPGM KPM.
Ini selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan agar IPTA yang sedang bercuti menjalankan langkah-langkah keselamatan bagi membersihkan premis di bawah jagaan IPGM KPM. Puan Pengarah telah merasmikan gotong royong ini pada jam 8.30 pagi di Anjung Tadbir dan disertai oleh pensyarah dan staff sokongan. Selepas perasmian, semua pensyarah telah bergerak ke jabatan masing-masing untuk menjalankan gotong royong. Jabatan PJK juga telah melaksanakan gotong royong dengan menyembur ubat yang dibekalkan, membasuh lantai, tandas dan semua peralatan di Stor PJ A, PJ B, Stor PL 1 dan persekitaran yang digunakan untuk interaksi dengan pelajar. Moga kebersihan dapat dijaga bagi mengelakkan sebarang jangkitan pada sesi p-p yang dijangkakan bermula semula pada 30 Julai nanti. (Rujuk http://www.moh.gov.sg/mohcorp/influenzah1n1/default.aspx) untuk mendapatkan maklumat tentang Influenza A (H1N1).

Falsafah Islam Dalam Menghadapi Penyakit (DrMaza.com)

Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata. Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam berbagai sudut.

Ajarannya mengandungi kepercayaan lurus yang wajib dipasakkan dalam jiwa insan, juga mengandungi tindakan tepat dalam kehidupan. Dalam ertikata lain, Islam memandu jiwa insan, demikian ia juga memandu amalan dan tindakannya.

FAHAMI KONSEP

Kebahagiaan hidup insan itu bergantung kepada jiwa yang baik, juga kebendaan yang mencukupi. Maka Islam memerintah insan beriman bahawa rezeki adalah kurniaan Allah, di samping dia mesti berusaha mencapai kurniaan itu melalui peraturan yang Allah tetapkan untuk alam ini.

Berkerja, berusaha dan berpenat lelah untuk mendapatkan rezeki diperintah oleh Allah. Insan tidak dibenarkan duduk berdoa menunggu rezeki datang tanpa berusaha. Namun, jika dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya disebabkan faktor-faktor yang berlaku di alam ini, maka kegagalan itu bukan lagi kesalahannya.

Dia diberikan pahala atas segala usaha dan kesungguhannya, sekalipun tidak berjaya. Bahkan dia diberikan ganjaran pahala yang lebih atas redha dan kesabarannya. Hendaklah dia beriman bahawa Allah boleh mendatangkan rezeki kepadanya dengan berbagai cara, sekalipun tanpa usaha daripadanya. Namun usaha adalah perintah Allah.

Walaupun usaha bukan faktor segalanya, namun ia adalah salah satu sebab yang Allah letakkan di alam ini untuk rezeki diberikan kepada seseorang hamba. Kegagalan usaha adalah ujian Allah yang biasanya berlaku disebabkan sistem atau perjalanan alam yang Allah tetapkan juga. Ini seperti kemarau, hujan, kezaliman, persaingan hamba-hamba Allah yang lain dan seumpamanya.

Allah tidak menzalimi hambanya, namun dunia ini bukan dihuni oleh dia seorang, tetapi berkongsi dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Juga dunia ini ada sistem yang berjalan seperti hujan, panas, kematian, kehidupan, malam, siang, tua, sakit dan seumpamanya yang tidak boleh diubah melainkan dengan kehendak Allah semata. Maka insan hendaklah sedar, ketika dia berusaha, dia sebenarnya menunaikan perintah Allah dan merupakan amal ibadah buatnya di akhirat. Jika dia gagal, bukan bererti Allah menzaliminya tetapi dia adalah makhluk yang terpaksa tunduk kepada perjalanan alam yang Allah ciptakan.

Kekerdilan insan tidak mungkin membolehkan dia mengatasi segala cabaran alam dengan sekadar usaha semata, maka di situ dia disuruh bertawakkal dan berdoa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa boleh mengubah perkara yang lazim bagi alam.

Namun, jika dia tetap diuji, bererti dia mesti terus berusaha sementara Allah tetap memberi pahala kepadanya.

Dengan itu dia telah menggabungkan iktikad dan tindakan. Menyebabkan dia cuba mematuhi tuntutan alam yang Allah tetapkan, dalam masa yang sama jiwanya bergantung kepada Allah.

WABAK DAN PENYAKIT

Memahami konsep ini adalah penting dalam kehidupan muslim agar betul iman dan tindakan. Dalam menghadapi bahaya yang mengancam; Islam melarang manusia memusnahkan diri mereka secara sia-sia.

Diharamkan membunuh diri sendiri atau orang lain, mencederakan diri atau orang lain. Semua itu dilarang melainkan dengan sebab yang sah seperti perang, bunuh balas, hukuman dan seumpamanya.

Firman Allah: “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

FirmanNya juga: “Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam ertikata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri.

Nabi s.a.w ketika berbicara tentang taun menyebut: “Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan ‘quarantine’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf.

Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya…Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika segala langkah telah diambil, namun penyakit atau wabak terkena juga sehingga mungkin membawa maut, maka ketika itu keadaan berada di luar dari penguasaan insan. Bukan semestinya tanda seseorang itu bersalah atau dibenci oleh Allah.

Ini sama seperti seseorang yang memandu kenderaan dengan cermat dan mematuhi undang-undang, namun tiba-tiba pihak lain melanggarnya, atau keretanya rosak dengan tiba-tiba, sudah pasti dia tidak dipersalahkan. Juga dia terpaksa menerima hakikat bahawa bukan dia seorang pengguna jalanraya.

Sikap cermat adalah satu faktor keselamatan, tetapi bukan segalanya. Namun apa yang dia mampu usaha hanyalah faktor tersebut, yang lain diluar bidang usahanya.

Demikian insan dan penyakit. Justeru itu, jika segala usaha telah dibuat untuk mengelakkannya, namun wabak dan penyakit menimpa juga, maka Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapakah yang kamu hitung sebagai syahid dalam kalangan kamu?”. Jawab para sahabat: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid”. Jawab baginda: “Kalau begitu, para syuhada umatku sedikit”. Tanya mereka: “Siapakah mereka (syuhada) wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan taun maka dia syahid, sesiapa yang mati disebabkan sakit perut maka dia syahid” (Riwayat Muslim).

Dengan itu Islam cuba mengatasi bahaya kehidupan di dunia, dan dalam masa yang sama memberikan jaminan kehidupan di akhirat. Di sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad, dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan.

Justeru insan muslim akan berusaha menyelamatkan diri dari bahaya penyakit, dan akan redha kepada Allah jika gagal.

Posted in Labels: | 0 comments

H1N1 Influenza A

Perhatian untuk semua pelajar PISMP ambilan Januari 2007 - Praktikum 2
Untuk makluman semua pelajar dibawah pemantauan saya bahawa IPGM KPM telah mengarahkan CUTI BERGANTI mulai 23 - 29 Julai 2009 (Jumaat-Rabu). Ini mengambil kira situasi kebanyakan ramai pelajar yang menghidapi demam dan selsema. Sehubungan itu, sebarang aktiviti praktikum tidak dibenarkan dilaksanakan sepanjang tarikh berkenaan. Semua staf akademik dikehendaki hadir pada 27 Julai 2009 (Isnin) untuk menjalankan gotong royong dan pemeriksaan kesihatan. Kuliah akan dijalankan semula pada 30 Julai 2009 (Khamis).

Jika ada pelajar yang disahkan mengidap penyakit atau dalam kuarantin....maka tindakan sewajarnya mestilah mengikut nasihat doktor. Maklumkan kepada guru besar dan pensyarah penasihat. Maklumat lanjut atau surat dari Pengarah akan menyusul kemudian.
Adalah diharapkan semua orang dapat berjaga-jaga; Walaupun wabak ini belum disahkan di IPGM KPM; Harap maklumkan kepada semua rakan dan sekolah (Praktikum bahaw ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga sahaja.

Berikut adalah situasi semasa di IPGM KPM sahaja.
(Rujukan lanjut di http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php)

Maklumat berkaitan 13 kes tempatan daripada 4 kejadian kluster di negeri Melaka adalah seperti berikut:

1. Lima (5) kes daripada kluster di kalangan pelajar Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Maktab Perguruan ini mempunyai seramai 1,878 pelatih dan sejumlah 130 kes bergejala ILI dikesan sejak 20 Julai 2009. Sebanyak 5 sampel telah diambil dan kelima-limanya didapati positif jangkitan influenza A(H1N1). Semua pelatih yang bergejala ILI telah diberi rawatan simptomatik sebagai pesakit luar dan dikuarantin di asrama KPM berkenaan untuk membendung penularan influenza A(H1N1).

2. Empat (4) kes daripada kluster yang berlaku di kalangan 1,258 pelajar Kolej Yayasan Mara, Melaka. Seramai 33 pelajar telah dilaporkan menghidap jangkitan ILI dan dari 5 sampel random yang diambil, 4 adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). 32 pelajar kes ILI telah dikuarantin di bilik isolasi di Asrama kolej tersebut sejak 21 Julai 2009 sementara seorang pelajar telah dimasukkan ke Hospital Melaka dan sedang menerima rawatan antiviral.

3. Tiga (3) kes daripada kluster di kalangan pelajar penghuni Asrama Kolej Professional Mara, Melaka. Asrama ini mempunyai 161 orang penghuni (153 pelajar dan 8 staf) dilaporkan mempunyai 41 kes ILI. Tiga (3) sampel random yang diambil mendapati semuanya adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). Pelajar yang terlibat dikuarantin di salah sebuah blok penginapan sekolah mulai 21 Julai 2009. Tiada kes baru dikesan di kalangan pelajar lain.

4. Satu (1) kes daripada kluster di Nilam Nursing School Bachang, Melaka yang mempunyai 326 pelatih jururawat dan 20 kakitangan. Seramai 27 orang didapati menunjukkan gejala ILI. Daripada 2 sampel yang diambil, 1 positif dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kes-kes berkenaan di isolasi di asrama kolej.

Kesemua 4 fasiliti yang dimaksudkan telah diarahkan ditutup serta-merta mulai 23 Julai 2009 selama 7 hari untuk membendung penularan di institusi berkenaan.

Posted in Labels: | 0 comments

Bila kepala dan leher tidak sehaluan - Sama-samalah kita fikirkan . . .

Cuba saudara dan saudari toleh ke kanan.. Cuba saudara dan saudari raba leher saudara/i.. Sekarang, cuba toleh pula ke kiri.. Cuba raba lagi leher saudara/i..
Apa yang boleh saudara/i rasa di leher saudara/i sewaktu kepala saudara/i toleh ke kiri dan kanan tadi?
Ya, tidak syak lagi! Hehehee.. Macam iklan sabun pulak.. Bila kita toleh ke kanan @ ke kiri, secara automatik leher juga akan mengikut ke arah tersebut.
Nah, sekarang cuba saudara/i toleh kepala ke kanan tetapi leher menghala ke kiri.. Apa pula rasanya?
Saya dah cuba.. Memang rasa leher dan kepala macam nak terputus… Sakit, pedih, dan pelbagai rasa.. Bukan setakat tiga rasa macam ikan kerapu jer.. Huhu.. Nak merapu ke saya ni?
Tidak, tidak.. Sebenarnya saya sedang membayangkan organisasi. Tak kiralah organisasi tempat kerja, keluarga mahupun organisasi sosial.
Kepala adalah organ paling penting yang akan menentukan ke mana hala tuju organisasinya. Dalam erti kata lain, kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada kepala tersebut. Tak kiralah, mungkin bagi keluarga, kepalanya adalah suami, bapa. Kalau di tempat kerja, dah tentu aje kepalanya adalah managing director, CEO, Ketua Jabatan. Kalau peringkat negara pula, dah tentulah kepalanya Perdana Menteri.
Leher pula adalah organ yang menghubungkan badan dan ekor dengan kepala. Paling penting, leher mestilah bertindak mengikut arah kepala tak kira ke manapun kepala tuh menoleh. Tidak boleh tidak, leher mesti patuh dengan kepala. Kalau keluarga, leher ni biasanya isteri, ibu. Manakala di tempat kerja leher ni dah tentulah intermediate management seperti pengurus @ pengarah. Kalau peringkat negara pula, leher ni adalah PM, TPM dan juga menteri2 lainnya.
Kalau leher tidak mahu ikut kepala, atau kepala tidak mengendahkan leher, alahai haru birulah jadinya badan dan ekor. Tak tahu nak ikut yang mana. Ke kanan ke atau ke kiri ke? Kalau ikut kepala, nanti leher terbelit, kalau ikut leher nanti kepala pula putus (Monen).

Posted in Labels: | 0 comments

Hikmah di sebalik sesuatu kejadian







Allah tidak akan memberikan cubaan melebihi kemampuan manusia. Barangsiapa yang bertakwa dan berserah padaNya akan selalu mendapat Hikmah-Nya.

Tanggal 20 Julai 2009 (Isnin), selepas pelajar Program Rekreasi dan Perkhemahan berkumpul di gelanggang bola keranjang (setelah mendapat kebenaran dari KJ - Cik Khadijah binti Hj. Tompang, jam ketika itu 8.45 pagi) saya bergerak dari IPGM Kampus Perempuan Melayu ke SK Batu Berendam 2 dengan tujuan untuk menjalankan praktikum minor pj pelatih di bawah jagaan saya bernama Shazana binti Saberi (Sains). Pada waktu pagi seperti ini, kenderaan seperti bas kilang, kereta persendirian, motorsikal dan lori amat banyak. Saya berhati-hati memandu kerana selepas menjalankan tugas praktikum (jam 11.00 pagi) saya akan bertolak terus ke Institut Biodiversiti Lanchang Pahang untuk bertugas sebagai Penyelaras Program Rekereasi dan Perkhemahan Siri 2 (Unit PK 4 dan PK 5) Ketika melepasi pintu depan SK Batu Berendam 2 hampir dengan tepat jam 9.00 pagi, saya memandu di lorong kanan sekali dengan tujuan untuk memudahkan saya mengekori dan melancarkan pergerakan ke tempat tujuan. Hendak dijadikan cerita, adalah sebuah kereta Proton Saga Iswara Sedan MBH4161 yang terhegeh-hegeh (jangan marah ye) di sebelah kiri jalan cuba mengelakkan kereta dihadapannya dengan masuk ke lorong kanan betul2 di hadapan kereta saya, namun saya telah cuba memperlahankan kereta pujaanku BDR45 teringat2 pesan iklan di TV jangan gopoh dijalanraya. Dengan penuh tertib dan teratur, saya pun memperlahankan kenderaan tanpa menyedari sebuah lori tanah jenis Hino MAK5504 (16 tan) sedang mengekori laju di belakang kereta pujaanku. Tidak semena-mena seperti dalam surat yasin ayat terakhir "KUN FAYAKUN" maka berlakulah kemalangan yang amat saya tidak mahu berlaku seperti yang pernah dipaparkan di TV dan yang pernah saya saksikan sendiri sepanjang saya bertugas. Kereta pujaanku hancur remuk depan dan belakang (macam burger). Tapi apa yang menghairankan saya dan khalayak yang menyaksikan kemalangan itu ialah tiada sebarang kecederaan kepada saya, pemandu MBH4161 (Mahendran) dan pemandu lori (Mahat). Tetapi impak dari kemalangan itu dapat dilihat pada gambar2. Kadang2 kita memandu dengan penuh tertib menjaga tatasusila, menjaga keselamatan tapi ada orang lain pula yang tidak berhati2 maka moto "KESELAMATAN JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA" hanyalah tinggallah moto sahaja. Sama2lah kita fikirkannya. Tagline dari Nabil "LU FIKIRLAH SENDIRI" he he he. Maaf kepada pelajar Program Rekreasi Siri 2 kerana tidak dapat bersama di Lanchang. Barulah saya sedar betapa sayangnya isteri dan anak terhadap saya. Terima kasih kepada En. AKO dan En. MIM yang singgah ditempat kejadian dan rakan2 yang menghubungi saya.
Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu. Hanya Allah saja yang mengetahuinya.
"ALHAMDULILLAH"

Posted in Labels: | 0 comments

Mencari Bahagia Melalui Sabar

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

"Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman".

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.

Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalammnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.

Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;

Firman Allah swt;

"Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar".(Al-Baqarah:155).

"Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar".( Ali Imran :200)

"Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas".(Al-Zumar:10)


Sabda Rasulullah s.a.w. dan maksudnya; "Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar".


Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata; dan maksudnya; "Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga".

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1. Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah.

2. Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah

3. Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.

Posted in Labels: | 0 comments

Pemantauan Program KDC KPLI Pend. Khas Ambilan November 2008

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua pelajar KPLI Pend. Khas ambilan November 2008.
Sepanjang bulan Julai dan Ogos saya tidak dapat menjalankan pemantauan yang telah diamanahkah kepada saya kerana akan bertugas menjalankan penyeliaan praktikum bagi pelajar PISMP ambilan Januari 2009 dari 29 Jun - 21 Ogos 2009.

Sehubungan itu, saya bercadang akan mula menjalankan pemantauan di sekolah anda pada awal bulan September. Harap anda dah mula menyiapkan modul2 yang telah dibekalkan oleh IPGM KPM sepanjang tarikh berkenaan.

Berikut adalah pelajar seliaan saya di bawah program pemantauan KPLI Pend. Khas

Nordiana binti Abd. Rahman SK LKTP Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.
Sabariah binti Hj. AHmad SK LKTP Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.
Majilah binti Basiron SK LKTP Linggiu, Kota Tinggi, Johor.
Siti Suhada binti Daud SK LKTP Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.

Posted in Labels: | 0 comments

Praktikum 2 PISMP Ambilan Januari 2007

Assalamualaikum
Perhatian kepada semua pelajar dibawah bimbingan saya, harap anda dapat bersedia dari segi mental, fizikal, emosi, rohani sepanjang praktikum 2 yang akan berjalan dari 29 Jun - 21 Ogos 2009. Diharap anda dapat menjaga AKHLAK, AURAT, ADAB sepanjang praktikum ini berjalan. Anda semua dikehendaki menyediakan satu laman blog untuk tujuan penulisan jurnal harian @ mingguan sepanjang program ini. Sila rujuk contoh blog KSPK 2007 yang disediakan sebagai rujukan. Saya akan menjalankan 2 kali penyeliaan minor + 1 kali penyeliaan bersama guru pembimbing subjek minor anda. Berikut adalah pelajar di bawah penyeliaan saya.

SELAMAT BERPRAKTIKUM

NOOR HAYANA BINTI ABU SAMAH SAINS SKBB 2
SHAZANA BINTI SABERI SAINS SKBB 2
NOORLIYANA BINTI NORADZMAN SAINS SKBSM
NURUL NADHRAH BINTI KAMARUZZAMAN SAINS SKBSM
FATHIAH BINTI HARUN MATE SKBSM
NURHUSNA BINTI MANSOR MATE SKBSM
WAN SHAZWANI NADIAH BINTI W.A.RAHMAN SAINS SKSD
FARAHWAHIDA BINTI ZULKIFLI SAINS SKSD
NURHAYATI BINTI JUSOH PRA SKTM
ROSLINDA BINTI ABDULLAH PRA SKTM

Posted in Labels: | 0 comments

Program Pendidikan Luar KDC KPLI Pend. Khas 2009


























Program ini telah dilaksanakan pada 15 - 18 Jun 2009. Seramai 88 orang pelajar telah menyertainya. Walaupun bilangan peserta agak ramai, namun dengan kegigihan fasilitator dan keinginan peserta untuk melaksanakannya telah membolehkan program ini dijalankan dengan lancar. Banyak pengalaman pahit, manis, lucu, sedih diperolehi sepanjang program ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya melalui program 4 hari 3 malam dengan jayanya. Jadikanlah pengalaman yang dilalui sebagai titik tolak dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Terima kasih kepada Puan Pengarah, Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor atas kesudian menyertai program ini. Tahniah kepada puan pengarah yang telah mencuba banyak aktiviti seperti abseiling, flying fox dan snorkeling. Jika ada yang hati yang terguris sepanjang program ini, saya sebagai Penyelaras Program memohon maaf atas segala kekurangan. "Berperanan sebelum anda di beri peranan" Gambar-gambar berikut boleh dijadikan kenangan.

SMK Tinggi St. David - Hari Makanan dan Ulangtahun ke 50







Pada 27 Jun 2009 (sabtu) yang lalu, saya telah dijemput untuk menyertai karnival ini.
Saya dan En. Said telah membantu memasang peralatan tali untuk aktiviti abseiling. Aktiviti ini berlangsung dari jam 9.30 pagi - 4.30 petang. Walaupun penat, tapi menyeronokkan kerana ramai yang mencuba termasuk murid-murid sekolah rendah. Tahniah kepada yang telah mencuba. Terima kasih kepada En. Lye Yong Kim yang telah menjemput Jabatan PJK untuk melaksanakan aktiviti ini.

KPLI R Sains ambilan Julai 2008


















Assalamualaikum


Apa khabar semua ? Lama menyepikan diri. Macam mana perasaan dan pengalaman anda sebelum dan selepas bergelar seorang guru. Harapan saya anda semua akan berjaya di mana juga anda berada. Harap anda dapat menghubungi antara satu sama lain bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Kalau ada kelapangan bercuti di Melaka singgahlah ke Teratak Baiti Jannati saya. He he he. Gambar-gambar dah ada dalam CD tapi tak tahu macam mana nak serahkan pada anda semua. Kenangan bersama anda semua tetap dalam kenangan.

Posted in Labels: | 0 comments