IPGM KPM dibuka semula.
Posted On Wednesday, July 29, 2009 at at 6:47 PM by maoriSelepas semua pelajar diarahkan pulang ke kampung halaman masing-masing sepanjang tarikh kuarantin di rumah selama 7 hari (23 - 29 Julai 2009 / Khamis - Rabu) maka IPGM KPM akan dibuka semula pada 30 Julai 2009 (Khamis) untuk meneruskan aktiviti akademik dan kuliah serta latihan perguruan negara. Semua yang terjadi adalah kesan dari gejala H1N1 yang semakin menular di peringkat negara dan antarabangsa. Dari hari ke hari semakin banyak premis pendidikan ditutup hasil dari gejala H1N1 ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin seharusnya membantu langkah-langkah yang diarahkan dan diwarwarkan oleh pihak berkuasa. Pencegahan dari jangkitan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Panduan dari Kementerian Kesihatan haruslah diambil berat dan dipatuhi sepenuhnya terutama dari segi disiplin dalam mengawal jangkitan tersebut. Sama-samalah kita menjalankan tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.