SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Faktor-faktor membawa kepada sifat sabar (Usrah Hati@Ikim.FM).

1.Memahami realiti hidup ini adalah kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.


2. Meyakini bahawa dunia ini semuanya adalah milik Allah dan Allah berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki atau menarik daripada sesiapa yang dikehendaki. Firman Allah s.w.t;


ومابكم من نعمة فمن الله

Maksudnya; Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan . al-Nahl:53.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Maksudnya; Sesungguhnya Kita milik Allah dan Kita akan kembali kepadaNya. Al-Baqarah:156


3. Yakin bahawa disebalik kesusahan ada kesenangan dan kebahagiaan.

فإن مع العسر يسراً إن مع العسر يسراً

Maksudnya; Sesungguhnya pada kepayahan ada kesenangan dan Ingatlah pada kesusahan ada kesenangan.al-Sarh:5-6.


4. Memahami dan merasai bahawa balasan pahala yang besar kepada orang yang sabar. Firman Allah s.w.t;

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya Sesungguhnya orang-orang yang sabar disempurnakan balasan mereka tanpa dihitung. al-Zumar:10


5. Berdoa dan memohon pertolongan dari Allah swt agar sentiasa diberi kesabaran. Firman Allah swt;

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya; Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan sembahyang kerana sembahyang itu berat kecuali bagi orang yang khusyu'. Al-Baqarah:45.


6. Beriman dengan qada' dan qadar Allah swt. Firman Allah swt;

ما أصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها

Maksudnya; Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.al-Hadid:22.



Manusia dan Kesabaran.

Kesabaran dan ketaqwaan merupakan dua sifat hati yang penting untuk menjadi manusia yang baik. Sifat yang boleh membawa kepada kebahagian yang hakiki. Melihat kepada sifat sabar dan taqwa, manusia terbahagi kepada empat jenis;


1. Orang yang bersabar dab bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah orang-orang yang berbahagia di dunia dan akhirat, memperolehi kebahagian yang hakiki. Bersabar dalam melaksanakan perintah Allah dan bersabar atas meninggalkan larangan Allah.


2. Orang yang bertaqwa dengan banyak melakukan amal ibadah dan ketaatan tetapi tidak mempunyai kesabaran atas kesusahan dan kepayahan. Mereka bersabar dalam melakukan ketaatan tetapi tidak mampu bersabar atas musibah yang berlaku.


3. Orang yang bersabar tetapi tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah yang berlaku kepada orang-orang jahat, pemaksiat, penjenayah, mereka bersabar atas kesusahan yang dihadapi dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.


4. Orang yang tidak sabar dan tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Itulah seburuk-buruk manuisa, tidak mahu melakukan ketaatan dan tidak sabar dalam menghadapi kesusahan. Firman Allah swt;


إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23) وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25) وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (26) وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (27) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (28) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (29) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (30)

19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,

21. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

22. Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat,

23. Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya,

24. Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu,

25. Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta),

26. Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan,

27. Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.

28. Karena Sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).

29. Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya,

30. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada tercela.

Posted in Labels: |

0 comments: