Diskaun Raya 20 peratus
Posted On Saturday, September 12, 2009 at at 9:27 AM by maoriPlus beri potongan mulai tengah malam hingga 7 pagi selama 6 hari.
PETALING JAYA: Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite untuk enam hari sempena Aidilfitri kali ini. Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata tawaran diskaun itu antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 September ini. "Diskaun itu tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya itu di luar waktu puncak setiap hari," katanya pada sidang media di sini, semalam. Katanya diskaun itu sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan menghargai pengguna lebuh raya seperti disaran Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, baru-baru ini. Nik Airina menasihatkan pengguna mematuhi Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (JWP) ditetapkan Plus Expressways yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu. Beliau berkata, JWP yang dikuatkuasakan untuk enam hari iaitu pada 18, 19, 22, 23, 26 dan 27 September ini. "Kami menjangka jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami, terutama Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak kepada 1.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding sejuta kenderaan pada hari biasa. "Jadi kami berharap pengguna dapat mengikuti jadual itu yang terbukti menjadi faktor utama menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya," katanya. Beliau berkata, ketika perayaan Tahun Baru Cina lalu kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP.
"Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya mulai minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini," katanya. Sejumlah 2,500 kakitangan Plus dan 400 anggota polis dan St John Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. Bernama
"Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya mulai minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini," katanya. Sejumlah 2,500 kakitangan Plus dan 400 anggota polis dan St John Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. Bernama
Penulis - alangkah bagusnya jika amalan ini dilaksanakan sejak dulu lagi agar memberi kemudahan kepada semua pengguna PLUS yang telah bertahun menggunakan kemudahan tanpa mengira turun naik minyak. Kaedah ini sepatutnya boleh dilaksanakan pada musim cuti sekolah dan semua cuti yang melibatkan banyak pergerakan kenderaan. Tentang tempoh masa tu bolehlah difikirkan tidak hanya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi boleh diberikan juga kemudahan ini kepada pengguna PLUS yang menggunakan lebuh raya pada waktu lainnya agar semua pengguna PLUS mendapat kemudahan yang sama.