SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Selamat Menjalani UPSR 2009

Peperiksaan UPSR akan dilaksanakan pada 8 - 10 September 2009 (Selasa-Khamis). Kepada semua calon UPSR seluruh Malaysia selamat menjalani peperiksaan. Jawab jangan tidak jawab.
Selamat menjalani peperiksaan UPSR juga kepada anakanda Nor'ain dan rakan-rakan di SK Malim. Harap dapat tabahkan hati sepanjang peperiksaan ini kerana anda semua sedang berpuasa. Selamat Berjaya. Penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada warga pendidik di SK Malim yang tidak kurang hebatnya - telah berusaha bersungguh-sungguh termasuk semasa cuti untuk membimbing anak didik. Rasa-rasanya semua guru inginkan kejayaan anak didik mereka. Syabas kepada semua guru. Penulis teringat semasa pernah bertugas sebagai guru di sekolah rendah dulu-dulu (SK Nam Heng, SJK (T) Ladang Sg. Papan dan SK Batu Gajah) murid yang nak periksa cikgunya yang demam. Kepada yang pernah menjadi anak murid harap anda semua telah berjaya dalam kehidupan dan karier yang telah anda pilih.

Posted in Labels: |

0 comments: