SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Pertandingan Bowling Piala Pengarah 2010

Pertandingan bowling Piala Pengarah 2010 anjuran Unit Ko Ku telah dijalankan pada 23 Februari 2010 di Melaka International Bowling Centre, Ayer Keroh. Jabatan Pend. Jasmani dan Kesihatan diwakili oleh Cik Khadijah binti Hj. Tompang (KJ), Pn. Zaimawati binti Abdul Kadir, Tn.Hj. Zulhisham bin Mohd. Ali. Pn. Zaimawati berjaya menduduki tempat ke dari 15 pemain utama kategori Wanita. Tarikh pusingan berikutnya adalah pada 24 Mac 2010, 24 April 2010 dan 22 Mei 2010. Kepada pemain Jabatan PJK harap dapat bersedia bagi pusingan berikutnya. Bravo Esprit de Corp.

Lawatan Sambil Belajar PJM3106 Anatomi & Fisiologi








Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPGKPM telah merancang siri lawatan sambil belajar bagi subjek PJM3106 Anatomi dan Fisiologi bagi pelajar PISMP ambilan Januari 2009. Berikut adalah tarikh dan makluman program yang telah dirancangkan.


Siri 1 – 20 Februari 2010 (Sabtu) Unit Matematik dan Pra Sekolah 1

Pensyarah: Tn. Hj. Zulhisham bin Mohd. Ali

Siri 2 – 27 Mac 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 1 dan Pend. Khas 3

Pensyarah: Pn. Zaimawati binti Abdul Kadir

Siri 3 – 03 April 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 2 dan Pend. Khas 5

Pensyarah: En. Ramle bin Hj. Taib

Siri 4 – 17 April 2010 (Sabtu) Unit Pend. Khas 4 dan Pra Sekolah 2

Pensyarah: Pn. Rohaya binti Mee & Pn. Fatimah binti Yusof


Lokasi lawatan:

Muzium Anatomi di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Unit PISMP Januari 2009 (PK 1, PK 2, PK 3, PK 4, PK 5, PRA 1, PRA 2 dan MATEMATIK)


Objektif lawatan:

1. Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai tubuh badan manusia dan fungsi-fungsinya.

2. Melihat keadaan sebenar bahagian-bahagian tubuh yang telah diawet.

3. Memahami dan mendalami teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

4. Meningkatkan kesedaran dan meningkatkan ketakwaan pelajar terhadap penciptaan

Allah.

5. Bersyukur dengan anugerah yang telah diperolehi sebagai hamba allah, sebagai khalifah

yang telah terpilih.

Lelaki yang ditarik ke Neraka

“Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke Neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu”. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan banya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa? . . . menutup aurat? . . . pengetahuan agama? . . . Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? . . . Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ”taman” neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya menentingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibair melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingt kau terlepas . . . kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak . . . jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat . . . dan tidak)menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya . . . maka anak itu akan disoal dan dipertanggunjawabkandi akhirat kelak . . . dan nantikan atarikan ibunya ke neraka.)

(p/s Duhai anak-anak lelaki . . . sayangilah ibumu . . . nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa . . . kerana ibu juga insan biasa . . . tak lepas dari melakukan dosa . . . selamatkanlah dia dari menjadi “kayu api” neraka . . . jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah . . . betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia maka di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka ! kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T
‘Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu . . . “

Sumber: ustazmelaka.net

Posted in Labels: | 0 comments

Peristiwa di bulan Rabiul Awal

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.


3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.


7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sumber: www.iluvislam.com

Posted in Labels: | 0 comments

Hidup bersama ALLAH

Firman Allah swt;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya; Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Al-Hadid:4

عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّصلى الله عليه وسلميَوْمًا, فَقَالَ: – يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ, اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ, وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ, وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ وَاعْلَمْ : أنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبهُ اللهُ لَكَ ، وَإِن اجتَمَعُوا عَلَى أنْ يَضُرُّوكَ بِشَيءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلاَّ بِشَيءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحفُ- رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ

Maksudnya; Dari Abu Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

Dari dua dalil di atas jelas menunjukkan bertapa Allah swt sangat hampir dengan kita, bertapa Allah swt terlalu dekat dengan kita sehingga Allah menyatakan Allah sentiasa bersama kamu dimana sahaja kamu berada. Hampirnya Allah swt kepada manusia bukan bermaksud dekat berjisim tetapi suatu keadaan yang tidak dapat difikirkan oleh manusia, namun yang pasti Allah swt amat mengetahui semua perkara yang dilakukan oleh setiap manusia samada perbuatan yang zahir mahupun yang batin. Allah swt melihat setiap tindakan dan perlakuan manusia samada di tempat terang mahupun di tempat yang gelap gelita.

Firman Allah swt;

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. al-Nisa’:78

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, sedarilah, insafillah, marilah kita kembali kepada Allah swt dengan meletakkan hati dan perasaan kita kepada Allah, sentiasa ingat kepada Allah swt dalam kehidupan kita. Rasakanlah dalam hati kita bertapa Allah swt terlalu dekat dengan kita. Sambutlah cinta Allah swt terhadap hambanya nescaya kita menjadi hamba yang sangat bertuah.

Marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan ajaran Allah swt yang menjanjikan ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita tinggalkan segala larangan-larangan swt Allah kerana semua perkara yang dilarang akan membawa keburukan kepada kita. Rakan pembaca yang dihormati, Hargaiilah nikmat Allah swt khususnya nikmat iman dan Islam, seterusnya suburkan keimanan kita dengan taqwa dan istiqamah dalam mengamalkan tuntutan agama, insyaallah kita akan sentiasa disayangi Allah swt dan kebahagian akan menjadi mikik kita insyaallah.

Bagaimana Hidup bersama Allah swt;

  • Besarkan dan Agongkan Allah dalam hati dan amalan kita.
  • Sentiasa merasakan kebersamaan Allah swt dalam kehidupan kita.
  • Sentiasa berhati-hati terhadap kemurkaan Allah swt.
  • Laksanaan amal ibadah dengan penuh penghayatan.
  • Sentiaasa peka dengan tuntutan agama Islam lalu diamalkan dan larangan agama lalu ditinggalkan.

Sumber: www.usarahrasahati.com

Posted in Labels: | 0 comments