SALAM SEJAHTERA & SALAM PERPADUAN
SELAMAT DATANG
Semoga Ilmu Yang Ada Dapat Membantu Anda
Posting yang ada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.

Tunaikan Hak ALLAH, Hak Diri dan Hak Keluarga

Keseimbangan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Islam mewajibkan setiap individu menunaikan hak dan kewajipan yang terpikul di atas bahunya samada kewajipan terhadap tuhannya ( Allah ), terhadap dirinya sendiri dan terhadap keluarganya.

Rasulullah saw menegaskan dalam sebuah hadis;

عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ سَلْمَانُ
(رواه البخاري)


Maksudnya; Diriwayatkan dari A’un bin Abi Juhaifah bahawa Rasulullah saw mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda’. Suatu ketika Salman melawat Abu Darda’ dan melihat Ummu Darda’ dalam keadaan bersedih lalu Salman bertanya kepadanya ” Kenapa dengan kamu? Lalu ia menjawab ” Saudaramu Abu Darda’ tidak mahukan dunia. Kemudian Abu Darda’ menhidangkan makanan lalu Salman menjemput Abu Darda’ makan bersama lalu dia menjawab” aku berpuasa“. Salman berkata “aku tidak akan makan sehingga engkau makan bersama” lalu ia makan bersama. Apabia malam menjelang, Abu Darda’ bangun beribadah lalu Salman berkata ” pergilah tidur” lalu ia tidur. Kemudia ia bangun beribadah semula lalu Salman sekali lagi menyuruhnya tidur. Apabila di akhir malam Salman mengejutkannya mengajak bersembahyang dan kedua-duanya bersembahyang. Setelah itu Salaman berkata kepadanya ” sesungguhnya engkau mempunyai kewajipan terhadap tuhanmu, dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap dirimu dan engkau juga mempunyai kewajipan terhadap keluargamu. Maka tunaikanlah hak kepada setiap yang berhak. Maka diceritakan kepada Nabi saw peristiwa tersebut lalu Nabi saw bersabda” Benarlah apa yang dilakukan oleh Salman“.

Pengajaran Hadis;

1. Setiap individu perlu menasihati saudara seagamanya apabila mereka melakukan suatu kesilapan.
2. Seorang muslim dalam melaksanakan tuntutan ibadah tidak boleh melakukannya secara keterlaluan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
3. Keseimbangan dalam kehidupan perlu ada dari sudut ibadah, masa berehat dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.
4. Kesibukan dalam urusan dunia tidak sepatutnya menjadi sebab sehingga seseorang tidak punya waktu untuk bersama keluarga dan masa untuk beribadah. Begitu juga sebaliknya tuntutan untuk beribadah tidak bermaksud meninggalkan urusan lain.
5. Kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar amat penting untuk menjadikan kehidupan seseorang itu seimbang antara tuntutan dunia dan tuntutan akhirat serta mendapat kebahagiaan didunia dan Akhirat.

Sumber www.usrahrasahati.com

Posted in Labels: |

0 comments: